"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kes Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Dadah. Papar semua catatan

Selasa, 15 Jun 2021

Ibu tunggal dan bekas suami didakwa edar dadah

 


Kota Bharu: Seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya diperkosa pegawai polis dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Wanita berkenaan dituduh bersama bekas suaminya dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh masing-masing berusia 29 dan 28 tahun itu didakwa mengedar dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 61 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa ada dalam kawalan mereka dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 13.6 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong, kira-kira jam 4.20 petang, pada 4 Jun 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Akhbar sebelum ini melaporkan, wanita dua anak yang bekerja sebagai pembantu rumah mendakwa menjadi mangsa rogol membabitkan seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor, minggu lalu.

Susulan kejadian itu, pegawai polis terbabit ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

Seorang janda bersama bekas suaminya berusia 29 dan 28 tahun di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Seorang janda bersama bekas suaminya berusia 29 dan 28 tahun di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rabu, 9 Jun 2021

Rakus: Pegawai polis didakwa rogol ibu tunggal di bilik siasatan IPD

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Seorang pegawai polis ditahan selepas disyaki merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, Sabtu lalu.

Suspek berusia 29 tahun dikatakan melakukan perkara terkutuk itu pada jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan.

Sumber berkata, semasa berada dalam bilik berkenaan, suspek dikatakan membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral serta melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

"Terdahulu, mangsa yang berstatus janda dan mempunyai dua anak ditangkap bersama bekas suaminya hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

"Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B ABD 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

"Suspek adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, susulan tangkapan berkenaan, wanita dan bekas suaminya direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dan direman seminggu sehingga Jumaat ini.

"Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa wanita itu dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik saspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

"Semasa berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan oral seks dan persetubuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun -myMetro