"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan

Ahad, 27 Oktober 2024

Teh Tarik: Disangka Susu, Rupanya Gula

 *Teh Tarik: Disangka Susu, Rupanya Gula*

Kita minum teh tarik dengan harapan rasanya yang lemak dan sedap berasal dari susu, tapi tahukah anda Sebahagian besar yang anda minum sebenarnya adalah GULA. 

Susu pekat manis yang digunakan dalam teh tarik bukanlah susu tulen yang baik untuk kesihatan, sebaliknya lebih daripada 40% kandungannya adalah gula dan minyak sawit. 

Setiap kali kita minum secawan teh tarik, kita mungkin tidak sedar sedang memasukkan beberapa sudu gula ke dalam tubuh. 

Ia terasa lembut di lidah, tetapi hakikatnya, teh tarik yang kerap kita nikmati ini boleh menjadi punca kita menambah berat badan, merosakkan gigi, dan lebih membimbangkan, menyumbang kepada penyakit diabetes dan serangan jantung.

Tidak salah untuk menikmati teh tarik sekali-sekala, tetapi lebih baik kurangkan kekerapan atau pilih yang kurang manis.

Jangan biarkan minuman yang kita sayangi menjadi musuh kepada kesihatan kita!

#konspirasigulaPutihBahaya

@TeamMediaDakwah.Iman

Khamis, 2 Jun 2022

Vaginismus:Takut bersama undang penyakit faraj terkunci

 

Tangkap layar perkongsian Dr. Kash mengenai sindrom faraj terkunci di media sosial

Sindrom faraj terkunci atau Vaginismus merupakan antara penyakit yang dihadapi oleh ramai wanita sehingga menyukarkan mereka untuk menimang cahaya mata.

Seperti perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kash Mustafa, dia memaklumkan kebanyakan pesakit yang mengalami masalah tersebut adalah disebabkan terlalu takut atau fobia untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan sehingga mengakibatkan faraj tertutup dan bertukar keras seperti dinding.

“Penyakit ini berlaku apabila terdapat rangsangan pada bahagian faraj wanita sewaktu sesuatu ingin dimasukkan seperti jari atau alat sulit suami dan kemudian ia menyebabkan otot-otot faraj mengetat, tertutup, dan keras macam dinding.

“Bila dah tak boleh nak bersama, memang tak boleh mengandung dan mereka ini perlu mendapatkan rawatan dahulu untuk bantu ikhtiar mengandung,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman, Dr. Kash menceritakan tentang pesakitnya yang terpaksa membatalkan rawatan untuk memulihkan keadaannya yang mengalami masalah faraj terkunci kerana telah diceraikan oleh suaminya.

“Dapat mesej dari pesakit, dia kata suami dah ceraikan, baginya rawatan Vaginismus tidak ada makna buatnya lagi,” kongsinya di media sosial.

Tambah Dr. Kash, sokongan suami adalah kekuatan yang sangat penting untuk kesembuhan si isteri sekiranya mereka mengalami masalah penyakit tersebut.

“Pejuang Vaginismus sangat memerlukan sokongan suami untuk sembuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Selasa, 6 Julai 2021

Apa itu rendaman faraj dan apa keistimewaannya?

 Rendaman faraj. Siapa pernah buat?


Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.

Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.

Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.

Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.

Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat.

Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa 'cantik' & bersih. Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.

Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.

Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?

1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.

2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.


Bahan² untuk buat rendaman faraj :

1. Garam bukit

2. Air rebusan sireh

3. Asam keping

Siapa perlu buat rendaman faraj? 

1. Ibu hamil - Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab

2. Ibu berpantang - Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.

3. Gadis & sesiapa saja - Boleh dijadikan amalan mingguan.

Khasiat merendam faraj :

1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.

2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.

3. Memantapkan cengkaman faraj.


Untuk ibu2 yang nak dapatkan banyak lagi perkongsian info dan tips penjagaan kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan boleh cuba Aplikasi Mama Net : http://www.mamanet.co/link/appmmn(PERCUMA SAHAJA)

Khamis, 15 Oktober 2020

Anda mungkin dijangkiti #COVID19 jika mengalami sekurang-kurangnya 2 simptom ini.

1. Demam (fever) 

2. Badan seram sejuk (Chills)

3. Kekejangan otot (Rigors)

4. Mialgia (Myalgia)

5. Sakit kepala

6. Sakit tekak (sore throat)

7.  Mual atau muntah (Nausea or vomiting)

8. Cirit birit (Diarrhea)

9. Kelesuan (Fatigue)

10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal  Congestion or running nose)

ATAU 

salah satu simptom ini. 

1. Batuk (Cough)

2. Kesesakan nafas (shortness of breath)

3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing)

4. Hilang deria bau (lost of smell)

5. Hilang deria rasa (lost of taste) 

ATAU 

Penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:

1. Radang paru-paru/Pneumonia

2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS)

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera! 

Kebanyakan kes kematian di negara kita kerana lambat mendapatkan rawatan.

Sumber KKM

Selasa, 13 Oktober 2020

Cara elak bibir kering akibat memakai mask terlalu lama

 

Memakai mask terlalu lama boleh menyebabkan bibir cepat kering. (Gambar Rawpixel)

Pandemik Covid-19 belum nampak penghujungnya. Ini bermakna, ‘mask’ sudah jadi teman setia bila berada di luar.

Tetapi jika anda sedar, kerana terlalu lama memakai mask bahagian bibir menjadi cepat kering. Kotoran, peluh, air liur malah gincumu semuanya berkumpul di dalam mask hingga menjadikan bibir mudah kering dan pecah-pecah. Oleh itu, rawatlah bibir anda sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Elakkan dari menjilat bibir

Tabiat menjilat bibir apabila kering menjadi satu sifat semulajadi. Cuba elakkan perbuatan ini kerana apabila air liur terkena pada bibir kering, ia akan mengeluarkan lembapan dari jaringan bibir. Bakteria yang terdapat dalam air liur juga akan menyerap ke dalam bibir kering. Ini akan menjadikan bibir anda cepat pecah.

2. Eksfoliasi bibir kamu dengan lembut

Tujuan pengelupasan kulit bibir adalah untuk meningkatkan penggantian sel dan menghapuskan kulit mati. Anda boleh biarkan proses pengelupasan terjadi dengan sendiri. Elak dari menggosok kulit bibir terlalu kuat. Boleh juga menyapu minyak atau krim bibir.

3. Elak rumusan lipstik matte

Lipstik matte selalunya dibuat dengan minyak atau emolien paling sedikit dan ini akan memudahkan tekstur bibir menjadi kering dengan cepat. Sebelum memakai lipstick, pastikan anda memakai pelembap bibir atau lip balm dahulu.

4. Sapukan SPF sebelum memakai mask

Bukan hanya wajah, bibir juga perlu disapu SPF (krim pelindung matahari) untuk menjaga kelembapan dan melindunginya dari pancaran kasar matahari. Sinar berbahaya ini akan menyebabkan rasa terbakar pada kulit yang kering. Sekaligus boleh menyebabkan bibir menjadi luka.

5. Jangan pakai mask berulang kali

Mask yang dipakai berkali-kali bukan hanya boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering malah merbahaya kepada anda. Ini kerana bakteria, kotoran, peluh, dan air liur akan terkumpul di dalam mask dan boleh mendatangkan penyakit. Sebaiknya, tukar mask setiap empat jam sekali bagi mengelakkan kamu dijangkiti bakteria dan kekotoran.

-FMT

Selasa, 4 Ogos 2020

TANDA POSITIF VIRUS COVID-19

TANDA POSITIF VIRUS COVID-19

Hari 1-3 ▶️ Biasa Sejuk
               ▶️ Tekak gatal
               ▶️ Tidak demam

Hari 4 ▶️ Tekak nyeri, lebih gatal
            ▶️ Tubuh lemah
            ▶️ Suara serak
            ▶️ Suhu badan 36.5 °
            ▶️ Kurang selera makan
            ▶️ Sakit kepala
            ▶️ Cirit-birit

Hari 5 ▶️ Keradangan tekak
            ▶️ Titik putih belakang kerongkong
            ▶️ Kerongkong merah & bengkak
            ▶️ Kehilangan suara
            ▶️ Suhu badan 36.5 ° -36.7 °
            ▶️ Tubuh lemah (sakit badan)
            ▶️ Sakit sendi (rasa reumatik atau gout)

Hari 6 ▶️ Suhu badan 37 ° (demam)
            ▶️ Batuk kering (Tanpa kahak)
            ▶️ Tekak nyeri semasa makan
            ▶️ Makin teruk bila telan & bercakap
            ▶️ Badan mual atau muntah berulang
            ▶️ Sedikit sesak nafas
            ▶️ Sakit tangan & jari
            ▶️ Muntah (membuang)
            ▶️ Cirit-birit (peredaran air berair)

Hari 7 ▶️ Demam tinggi dari 37.4 ° -37.8 °
            ▶️ Batuk berterusan (kahak)
            ▶️ Sakit kepala & cirit-birit
            ▶️ Cirit-birit yang berterusan
            ▶️ Muntah berterusan

Hari 8 ▶️ Demam 38 ° ke atas
            ▶️ Masalah pernafasan/Kesan nafas
            ▶️ Batuk berterusan
            ▶️ Sakit kepala, sakit sendi yang lebih
            ▶️ Sakit di punggung (Lumbal tegang)

Hari 9 ▶️ Tiada bantuan sama sekali
            ▶️ Demam semakin tinggi suhu
            ▶️ Batuk berterusan (Kahak)
            ▶️ Sesak nafas

SILA KE HOSPITAL DENGAN SEGERA JIKA TERDAPAT TANDA AWAL DI ATAS SEBELUM TERLAMBAT🚨

SAYANGI ORANG TERSAYANG ANDA

Sabtu, 25 Julai 2020

Khasiat kesihatan peria katak


▪Merawat darah tak sihat, seperti darah bertoksik dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

▪Penyakit taun - peringkat awal bangun boleh dirawat dengan campuran daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

▪Penyakit kencing manis - peria katak mengandungi sebatian dikenali sebagai hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

▪Tenaga - Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.

▪Masalah mata - Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu membaiki penglihatan mata.

▪Membersih dan membaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

▪Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

▪Penyakit bausir - Bausir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak butter milk dan di minum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh.

▪Psoriasis - Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.

▪Penyakit gangguan pernafasan - campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

▪Toxemia ialah pembersih darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa)dan dapat mengubati jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang. ..yg📝