"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2025

Keimanan di bumi Gaza membuatkan 5 juta solar tidak bernilai!!!

 KISAH 5 JUTA DOLAR YANG TIADA NILAI

5 Juta Dolar, itulah harga untuk satu maklumat. Hanya satu maklumat kecil tentang dimana lokasi seorang tawanan Israel. Namun di bumi Gaza, nilai wang tidak lagi mampu menandingi nilai iman.

Selama 23 bulan, tawaran itu diumumkan kepada dunia. Ia bukan rahsia. Ribuan pejuang muqawamah mengetahuinya. Begitu juga para doktor, petugas logistik, sukarelawan yang menyediakan makanan, pakaian, air dan perlindungan kepada para tawanan Israel.

Mereka tahu di mana para tawanan disembunyikan. Mereka melihatnya. Ada yang mungkin memberi rawatan, ada yang mungkin membawa makanan. Tetapi tidak satu pun di antara mereka yang membuka mulut, tidak walau untuk jumlah yang boleh mengubah hidup seribu keluarga.

5 juta dolar. Bagi dunia, ia angka yang menggoda. Bagi penduduk Gaza, ia hanyalah angka kosong, yang tidak mampu membeli maruah dan keimanan.

Pengarah Mossad akhirnya muncul di televisyen Israel, dengan wajah kecewa dan nada getir,

“Jika tawaran ini diberikan kepada bangsa lain, mungkin ada yang sanggup mengkhianati bapanya sendiri atau sahabat karibnya demi jumlah wang sebesar ini.”

Tetapi tidak bagi mereka di Gaza. Kerana di hati mereka hidup nama Nabi Muhammad SAW, seorang teladan yang mengajar bahawa dunia ini hanya persinggahan, dan harga sebenar adalah keredaan Allah.

Mereka menolak dunia untuk mencari syurga. Mereka menjual kesenangan sementara untuk membeli keabadian. Dan dengan itu, mereka telah menang, bukan dengan senjata, bukan dengan angka, tetapi dengan jual beli iman yang tidak pernah rugi.

Wahai penduduk Gaza yang mulia, dengan kejujuran dan keteguhanmu, engkau telah menggoncang asas musuhmu. Dan seluruh dunia kini menyaksikan bahawa keimanan tidak boleh dibeli, walau dengan 5 juta dolar.

Source 

Khamis, 16 Januari 2025

Nabi Sulaiman AS dan Keagungan Kerajaan PALESTIN

 "Nabi Sulaiman AS dan Keagungan Kerajaan PALESTIN"

MasyaAllah, kisah Nabi Sulaiman AS adalah salah satu kisah terhebat dalam sejarah manusia. Baginda bukan sahaja dikenali sebagai seorang nabi tetapi juga sebagai raja yang memerintah kerajaan terbesar dan paling makmur di bumi PLSTIN. Keagungan pemerintahan Nabi Sulaiman AS menjadi simbol bagaimana kebijaksanaan, keimanan, dan keadilan dapat membawa keamanan dan kemakmuran kepada sebuah bangsa. Kisah ini terus menjadi inspirasi kepada umat manusia hingga ke hari ini.

Nabi Sulaiman AS adalah anak kepada Nabi Daud AS, seorang nabi dan raja yang juga memerintah PLSTIN. Baginda mewarisi kerajaan yang sangat kuat dan makmur, tetapi kehebatan Nabi Sulaiman AS terletak pada mukjizat dan kebijaksanaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. MasyaAllah, Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman AS kemampuan untuk memahami bahasa binatang, mengawal angin, dan memerintah jin. Keajaiban ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT dan tanda kenabian baginda.

Salah satu kisah yang paling masyhur ialah ketika Nabi Sulaiman AS memerintah jin dan manusia untuk membina Masjid Al-Aqsa, sebuah tempat suci yang terletak di Baitulmaqdis. Masjid ini menjadi simbol keberkatan dan keagungan, menjadi destinasi ibadah dan ziarah hingga ke hari ini. Kehebatan binaan ini menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam memanfaatkan sumber yang ada untuk membangunkan tamadun yang tidak hanya berasaskan material tetapi juga spiritual.

Selain itu, Nabi Sulaiman AS juga terkenal dengan kisah baginda bersama Ratu Balqis dari Kerajaan Saba. MasyaAllah, dengan kebijaksanaan dan keadilan baginda, Ratu Balqis akhirnya mengakui keesaan Allah SWT dan memeluk Islam. Peristiwa ini menunjukkan bagaimana dakwah Nabi Sulaiman AS tidak hanya terhad kepada wilayah PLSTIN tetapi juga tersebar ke seluruh wilayah sekitarnya.

Namun, apa yang paling mengagumkan tentang Nabi Sulaiman AS ialah baginda memimpin dengan keadilan dan kebijaksanaan yang luar biasa. Baginda sering membuat keputusan yang menunjukkan ketinggian ilmu dan keimanan baginda. Dalam satu peristiwa, dua wanita datang kepada baginda dengan seorang bayi, masing-masing mengaku sebagai ibu kandungnya. Dengan kebijaksanaan yang luar biasa, Nabi Sulaiman AS mencadangkan agar bayi itu dibelah dua, lalu diberikan separuh kepada setiap wanita. MasyaAllah, keputusan ini menyebabkan ibu sebenar bayi tersebut segera menyerahkan haknya kerana kasih sayangnya kepada anak itu. Nabi Sulaiman AS lantas menyerahkan bayi itu kepada ibu kandungnya yang sebenar.

Baginda juga memastikan keadilan kepada seluruh rakyatnya, tanpa mengira kedudukan atau asal usul mereka. Keadilan ini menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran kerajaan baginda di PALESTIN.

 Allah SWT menyebut dalam Al-Quran, “Dan Kami kurniakan kepada Daud, Sulaiman, seorang anak yang sebaik-baiknya hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)” (Surah Sad, 38:30).

Namun, selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, kerajaan yang hebat ini mula berpecah akibat perebutan kuasa dalam kalangan keturunan baginda. Perpecahan ini melemahkan bangsa Bani Israil dan menjadikan mereka mudah diserang oleh kuasa besar lain, termasuk Empayar Babylon di bawah pemerintahan Nebuchadnezzar II. Kejatuhan ini adalah peringatan bahawa keimanan dan perpaduan adalah asas kepada kekuatan sesebuah bangsa, manakala kezaliman dan perpecahan hanya membawa kepada kehancuran.

MasyaAllah, kisah Nabi Sulaiman AS adalah satu peringatan tentang bagaimana kekuatan iman, kebijaksanaan, dan keadilan dapat membangunkan tamadun yang agung. Ia juga mengajarkan kita bahawa semua kekuasaan dan kemuliaan datang daripada Allah SWT dan hanya kepada-Nya kita harus bergantung. Masjid Al-Aqsa, yang dibina semasa zaman pemerintahan baginda, terus menjadi simbol keberkatan tanah PALESTIN dan mengingatkan kita tentang keagungan pemerintahan Nabi Sulaiman AS.

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini untuk menjadi individu yang lebih baik, menegakkan keadilan, dan memperjuangkan kebenaran dalam kehidupan kita. MasyaAllah, semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk mengikuti jejak langkah Nabi Sulaiman AS dalam menegakkan keimanan dan keadilan. Amin.

---

Source 

Bagi anda yang ingin memahami lebih mendalam tentang sejarah dan perjuangan PLSTIN, buku "PLSTIN: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong adalah bacaan yang wajib. Buku ini mengupas sejarah PLSTIN dari era Bani Isra'il hingga zaman kegemilangan Islam, sambil membongkar konflik, mitos, dan propaganda, memberikan pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh. Semoga bacaan ini dapat menyemarakkan semangat solidariti kita untuk PLSTIN yang bebas.

500 pembeli terawal bakal menerima naskhah bertanda tangan Ayman Rashdan Wong.

https://s.shopee.com.my/4VMuIBEZ3n

Ahad, 12 November 2023

Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari

 Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.

Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.

3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan). 

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.

Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

Credit: Facebook 

Khamis, 17 Jun 2021

Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza

 Ebit Lew

Ebit Lew

Kuala Lumpur: Rombongan pendakwah Ustaz Ebit Lew yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum dapat masuk ke Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman berkata, bantuan daripada rombongan itu juga belum dapat dibawa masuk ke kawasan itu.

Bagaimanapun, Nadir yang dihubungi hari ini tidak mengulas lanjut mengapa usaha pendakwah terbabit masih gagal masuk ke Gaza.

Sebelum ini, banyak pihak tertanya-tanya mengenai perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit Lew dan kemudiannya dilaporkan Wisma Putra sedang mendapatkan perkembangan terkini pendakwah terbabit.

Bagaimanapun, Wisma Putra pada 12 Jun lalu mengesahkan Ebit Lew dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ebit Lew dilaporkan berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel pada 25 Mei lalu.

Sementara itu, Nadir berkata, bandar Gaza kini masih menunggu pembangunan semula kerana terdapat infrastruktur di bandar itu belum di baiki.

Menurutnya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan semua kementerian yang terbabit bagi memulakan kerja baik pulih.

"Terdapat infrastruktur yang masih belum dibaiki dan kini dalam proses menunggu untuk pembangunan semula.

"Pihak CGM tidak menunggu sesiapa untuk menjalankan kerja, kami boleh meneruskan kerja (baik-pulih)," katanya.

Awal pagi hari ini, Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan pejuang wilayah itu menghantar belon api ke selatan Israel.

Tentera Udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Ia adalah serangan terbaharu rejim Zionis di Semenanjung Gaza sejak Israel dan pejuang Hamas bersetuju untuk gencatan senjata pada 21 Mei lalu susulan serangan 11 hari tentera Israel di wilayah berkenaan yang menyaksikan lebih 260 penduduk Palestin terbunuh.-myMetro

Sabtu, 12 Jun 2021

Misi Bantuan Gaza: Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew

Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew
Gambar yang dimuat naik di Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu memaklumkan beliau akan bergerak ke Gaza bagi menghantar bantuan barang keperluan asas dan ubat-ubatan. - Foto Facebook/Ebit Lew
SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

 “Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.
Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.
Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.
-AstroAwani

Selasa, 8 Jun 2021

Bangkok arah turunkan papan iklan sokong Palestin

 Pemilik sebuah bangunan di Bangkok memaparkan papan iklan yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan penduduk Palestin. - Foto The Public Post Online

Pemilik sebuah bangunan di Bangkok memaparkan papan iklan yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan penduduk Palestin. - Foto The Public Post Online

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengarahkan pemilik sebuah bangunan di Bangkok menurunkan sekeping papan iklan yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan penduduk Palestin.

Papan iklan itu memaparkan bendera Palestin dengan tanda pagar #FreePALESTINE dan imej Masjid Al-Aqsa, yang diletakkan pada sisi sebuah bangunan.

Ia dilaporkan dinaikkan oleh sekumpulan penduduk Islam di Thailand sebagai tanda sokongan kepada perjuangan penduduk Palestin.

Difahamkan, pihak berkuasa negara itu meminta pemilik bangunan menurunkan papan iklan terbabit kerana dikatakan boleh merosakkan hubungan antara kerajaan Thailand dengan Israel.

Bagaimanapun, pemilik bangunan itu dikatakan enggan menurunkan papan iklan terbabit.

Susulan itu, satu amaran diberikan kepadanya, yang menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika papan iklan itu terus berada di situ.

Seorang aktivis politik Thailand, Veera Somkwamkid, berkata papan iklan menyokong Palestin itu tertakluk di bawah perlindungan hak kebebasan bersuara di Thailand dan sepatutnya dibenarkan. - AGENSI

Khamis, 3 Jun 2021

Terkini! Siapa halang Ebit Liew masuk G4z4?

 


June 3, 2021 

UEL yang sudah membeli bertan-tan barangan untuk diagihkan kepada penduduk Gaza, dikatakan masih ‘tersangkut’ di Mesir. Ada yang mengatakan beliau masih d Kaherah dan ada juga mengatakan beliau kini di sempadan Mesir-Palestin.

Jika benar berita itu, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan dan mengecewakan kita semua. Persoalannya, kenapa UEL tidak dibenarkan masuk ke Gaza?

Tujuannya untuk menolong orang Palestin di Gaza yang kini hidup susah selepas 11 hari wilayah itu dibedil Israel, baru-baru ini.

 

Orang Palestin di Gaza beragama Islam, UEL Islam, Mesir pun negara Islam. Jadi, apa masalahnya? UEL bukannya perlu memasuki wilayah Israel untuk sampai ke Gaza.

Dia sudah berada di Kaherah, Mesir. Jadi, dia hanya perlu melepasi pemeriksaan di pintu sempadan Mesir-Gaza iaitu di Rafah. Tapi, kenapa tak boleh? Apa yang susah sangat?

Jika sahabat masih tiada jawapan kepada soalan ini, maaf saya tidak akan menerangkannya dengan panjang lebar di sini. Hakikatnya, saya sengaja membangkitkan persoalan itu untuk anda sendiri mencari jawapannya.

Tidak sempurna pemahaman dan keprihatinan kita kepada Palestin jika kita masih tak tahu kenapa UEL dihalang masuk Gaza untuk menyempurnakan misi
kemanusiaannya.

Untuk membantu saudara kita di Palestin, sebaik-baiknya kita perlu ada ilmu dan memahami sejarah serta situasi mereka.

Jangan kita hanya lantang mengutuk Israel tapi tak pernah nak tengok peta, di mana Gaza, di mana Israel dan di mana Baitulmaqdis yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam.

Kita perlu tahu siapa watak-watak penting dalam konflik Palestin-Israel ini, sama ada yang jelas beraksi di pentas utama, atau yang ligat main wayang di belakang tabir.

Kita kena faham apa itu Hamas, apa itu Fatah. Siapa Mahmud Abas, siapa Ismail Haniyeh dan siapa pula Allahyarham Assyahid Dr Morsyi serta bagaimana pula watak penggantinya untuk menerajui Mesir kini iaitu Fatah Alsisi.

Kalau anda jujur menyayangi dan prihatin kepada nasib rakyat Palestin, tanyalah ‘Profesor Google’ untuk mengenali dan memahami nama-nama yang saya sebutkan itu serta bagaimana mereka mempengaruhi landskap konflik Palestin-Israel, khususnya dalam tempoh kira-kira sedekad lalu.

Kita juga wajib tahu mengapa Gaza dilabelkan “penjara terbuka” terbesar di dunia. Dan kita juga perlu sedar, gencatan senjata yang dipersetujui bersama baru-baru ini, bukanlah bermakna Palestin kini aman damai.

Sedarilah, ketegangan masih memuncak di Tebing Barat. Tentera dan polis Zionis Israel kini sedang menggila menahan orang awam termasuk kanak-kanak, perempuan dan juga wartawan.

Sebab itu, daripada satu sudut pandang saya melihat peristiwa UEL belum tiba di Gaza, ada hikmah tersendiri. Mungkin begitu ketentuan Allah SWT supaya rakyat Malaysia mula mengkaji dan menggali maklumat penting mengenai Palestin dan Israel.

Akhir kalam, jangan berhenti berdoa supaya UEL akhirnya berjaya menjejakkan kaki di bumi Gaza dan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang beliau bawa atas nama rakyat Malaysia.

Tuan Mohd Asri Tuan Hussein
Bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro

Penafian: Artikel ini diambil dari Facebook penulis.

Jumaat, 21 Mei 2021

Rakyat Palestin rai gencatan senjata dengan sujud syukur, takbir

Rakyat Palestin berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan kemenangan selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim zionis. - Foto AFP

GAZA - Rakyat Palestin melakukan sujud syukur di Masjid al-Aqsa dan gema takbir Aidilfitri bagi meraikan kata sepakat antara Israel dan Hamas pada Khamis yang secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.

Menurut portal berita France 24, kedua-dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Menerusi Twitter @JatIkhwan yang sering memuat naik perkembangan terkini di bumi Palestin berkongsi beberapa video menunjukkan rakyat Palestin berpusu-pusu ke Masjid al-Aqsa bagi meraikan gencatan senjata itu di samping percikan bunga api menerangi langit Palestin.

Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin telah keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.

Anak muda dilihat berkumpul di jalan-jalan di Gaza dan Tebing Barat sejak jam 2 pagi untuk meraikan gencatan senjata itu selepas mereka bermandikan darah dan peluru berpandu rejim Zionis.

Mereka juga melaungkan takbir sekali gus menunaikan solat subuh berjemaah secara besar-besaran.

Kelihatan juga seorang wanita memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid al-Aqsa.

Percikan bunga api meraikan kemenangan di bumi Palestin. - Foto AFP

 Orang awam, doktor dan polis turut meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet keselamatannya 'dengan sebulat suara' menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuat kuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Menurut Hamas, kekejaman Isarel telah mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita, 17 warga emas dan mencederakan lebih 1,900 orang manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.

Serangan roket dari Gaza pula mengorbankan 12 nyawa di Israel, termasuk dua kanak-kanak dan seorang askar Israel selain seorang warga India serta dua warga Thailand.


-SH Online

Khamis, 20 Mei 2021

USAHA RAKYAT 🇲🇾 MALAYSIA BERKESAN MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP ISRAEL


Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia ✊🏻

Dimaklumkan bahawa malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 🇺🇳 di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai 'Situasi Terkini di Timur Tengah' dan 'Soal Palestin'. 

Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara – 🇲🇾 Perdana Menteri, 🇮🇩 Presiden Joko Widodo dan 🇧🇳 Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu - di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan.

Rakyat 🇲🇾 Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! ✊🏻

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Luar

Nombor akaun derma untuk Palestine

 Rakyat Palestine terus berjuang mempertahankan negara mereka. Itulah antara peristiwa akhir zaman yang akan terus berlaku. Mereka berjuang mempertahankan tanah air mereka menggunakan apa saja senjata yang ada termasuklah menggunakan batu.


Kita di Malaysia ini hanya mampu membantu mereka dengan kiriman doa, harapan dan bantuan.

Di bawah ini disertakan nombor-nombor akaun untuk saluran bantuan ke Palestine sana. Jom bantu moga jadi asab pahala berterusan.

Nombor akaun bantuan untuk Palestine menerusi badan kerajaan dan juga NGO :












Doa qunut nazilah untuk Palestine.

Jom menderma, segalanya mudah di hujung jari dengan harapan derma ini sampai kepada mereka yang sepatutnya.

Tak kira apa jua parti politik dan agama kita di Malaysia ini, atas dasar kemanusiaan mari kita bantu.

Tags : Nombor akaun bantuan untuk Palestine, cara menderma ke Palestine, selamatkan Palestine, save Al-Aqsa, derma Palestine.

Credit: Blog Cikgu Azim

Ahad, 16 Mei 2021

SAJAK: ANAK-ANAK PALESTINA

A.Samad Said


Anak-anak di Palestina

buminya rekah dan resah

dicekau senjata dan dengki;

batinnya terasak rosak

dicakar dendam yang ngeri.

Kini mentari tenat dan remuk,

cinta ditelan sekam malam.

Bumi Palestina cacat dan sakit,

sengat, racun menyentap nafasnya.

Antara duri dan kerikil mencengkam,

tempur dan cungap bersanggah,

mulut-mulut muda terus berdarah.


Anak-anak Palestina yang resah,

bara berang mengunyah alamnya

meretakkan watak dan wajah,

derita paling sengsara.

Bunga-bunga kering berapungan

darah membuak berontak.

Kekacauan menggigit kalut jiwa

cacar dan cemar; getir dan perit;

gigil dan hangus. Nisan yang nisan.

Api yang api. Api dan api.


Anak-anak Palestina bentengnya cekal.

Bapa-bapa nazak di sisi pusara;

ibu-ibu asuhi warisan yang garang

mereka tenaga gempa

yang panjang menggugat

tank, kopter dan peluru, menggelorakan

wira yang syahdu.


Musafir Palestina yang termangsa

mendobrak peragut akar watan.

Mereka, pewaris sabar dan waja

mengasihi setiap pasir buminya

melawan taufan syaitan

yang merasuk pelosok buananya

penuh gamam, penuh dendam.

Mereka retak yang tajam. Denyut menyala.

Mereka kawah marak paling merah.

Dan sengat zaman.


Anak-anak Palestina yang tergugah,

unta-unta tersisih yang luka

dalam kedurjanaan liar kasar,

dalam kemusnahan golak gelegak

belajar hidup utuh dan indah

mengutip sisa dan nadi maruah

daripada sejarah yang kusut.

Mereka rahsia telaga mesra,

pohon-pohon kurma remaja,

diranumi nurani

amarah dan sumpah bangsa

yang pantang menyerah.


Dan di sini --

angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,

mengucupi jantungmu yang terkelar.

Anak-anak Palestina yang tabah,

unta-unta tersingkir yang cedera,

sengat racun menyentap nafasnya.

Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,

suara saka, sakti dan sasa

menggemakan jerit dan raungmu.

Dan kau, dalam debu dan udara yang bisa,

kawah ledak saling gelegak,

enggan hangus atau pupus; dan enggan kalah.

Sabtu, 15 Mei 2021

Jom bantu saudara seakidah kita yang diancam Yahudi Zionis.

 RAYUAN KECEMASAN;

SAVE AL-QUDS!





INFO TERKINI DI PALESTIN



Dua insiden yang sangat besar sedang berlaku di kota al-Quds.



Pertama, peristiwa yang sedang berlaku di Masjidil Aqsa sendiri. Serangan, kekejaman dan penindasan ke atas penduduk-penduduk kota al-Quds yang datang menunaikan solat di Masjidil Aqsa.



Mereka sanggup buat demikian dengan satu sebab, hasrat Zionis untuk mengosongkan Masjidil Aqsa sebelum peristiwa sambutan Hari Al-Quds mereka. Pada setiap 28 Ramadan, mereka akan mengadakan ritual-ritual keagamaan mereka di dalam kawasan Masjidil Aqsa.



Kedua, apa yang sedang berlaku di perkampungan yang bernama Syeikh Jarrah di Palestin. Nama yang agung, iaitu gelaran yang diberikan kepada pakar bedah Salahuddin al-Ayubi.



Bumi yang pernah dijejak oleh Salahuddin al-Ayubi kini berada di tangan musuh. Saat ini sedang berlaku usaha pengusiran penduduk-penduduk yang berada di Syeikh Jarrah, keluar meninggalkan perkampungan mereka.



Bantu kami sebarkan mesej kemanusiaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia!






SUMBANGAN ANDA BUKAN HANYA UNTUK HARI INI, TAPI DOA MEREKA AKAN DIBAWA KE SYURGA NANTI



Nabi SAW bersabda:


"Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan."


[HR Bukhari dan Muslim]


Sumbangan selain pakej di bawah, boleh salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Maybank 5648 1050 7826.


Klik link ni untuk terus ke web Persatuan Cinta Gaza Malaysia


Usah kita berkira tentang harta dan pahala, bila niat dan keikhlasan sudah timbul di hati ❤

Jangan perlekehkan usaha rakyat Malaysia mempertahankan Palestin kata Najib Razak

 Saya ada terbaca mengenai usaha ramai rakyat Malaysia yang tanpa henti menterjemah kezaliman terhadap rakyat Palestin. Ini bagi memastikan kezaliman terhadap rakyat Palestin dapat difahami seluruh dunia disebalik usaha media barat yang berterusan melabelkan Palestin sebagai pengganas.

Saya bangga dengan usaha ini apatah lagi ia turut menerima sokongan dari pelajar kita di seluruh dunia yang menterjemah mengikut bahasa di tempat mereka belajar.

Tahniah buat Ustaz Ad-Dien yang mengerakkan usaha ini dan saya difahamkan, selain pelajar, peminat-peminat Kpop turut bantu terjemah bagi memastikan kisah sebenar penderitaan rakyat Palestin sampai ke setiap pelusuk dunia dalam pelbagai bahasa.

Saya minta, usahlah diperlekeh usaha rakyat Malaysia ini terutama dalam mempertahankan saudara Islam mereka di Palestin. 

Pada April 2018, Imam Besar Masjid Al-Aqsa sendiri datang ke Malaysia untuk melawat saya dan menyampaikan surat penghargaan buat semua rakyat Malaysia yang menghargai komitmen serta sokongan kita membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

Saya katakan masa itu, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.98 bilion dan ia boleh menjadi suara besar di pentas antabarangsa.

Pada Januari 2013, saya sendiri berjaya mengelak sekatan tentera Israel untuk menjejak kaki di Gaza melalui negara Mesir dan bertemu dengan Perdana Menteri kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh. 

Menjadi PM pertama Malaysia ke sana.

Masa itu, Perdana Menteri Ismail Haniyeh berkata lawatan saya adalah yang julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab, ke Gaza. 

Saya dapat melihat sendiri kemusnahan yang dilakukan terhadap negara itu. Saya sangat sedih dengan keadaan didepani rakyat Palestin. 

Beliau turut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di Khan Yunis di selatan Gaza ketika kunjungan saya itu. Pada saya, apa yang diperjuangkan rakyat Palestin adalah lebih besar apatah lagi dalam memelihara Masjid Al Aqsa bagi semua umat Islam.

Sekali lagi, saya gesa masyarakat dunia untuk terus mengutuk perbuatan zalim dan keganasan ini yang berterusan meragut nyawa rakyat Palestin.

Sepanjang saya sebagai Perdana Menteri, berulangkali saya tegaskan mengenai kezaliman terhadap rakyat Palestin, termasuk di Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu.

Banyak bantuan dan inisiatif kebajikan dan pembangunan dimulakan dan dihulurkan oleh kerajaan Malaysia bagi saudara Islam kita di sana.

Bukan sekadar bermodal air liur sahaja.

Tetapi selepas kerajaan bertukar-tukar sejak PRU14, saya nampak usaha kerajaan Malaysia untuk membantu dan membangkit isu Palestine semakin berkurang berbanding dahulu.

Apa yang kita buat untuk mereka sejak tahun 2018?

Kini, kemampuan saya untuk bantu dah terhad. 

Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh dan berharap dari dekat bahawa kerajaan Malaysia hari ini masih peka dengan isu Palestine.

Jangan hanya sekadar talk sahaja. Tetapi kita kena "walk the talk".

Sumber:Fb Najib Razak

Jumaat, 14 Mei 2021

Hamas bedil lapangan terbang kedua Israel

 Penduduk Palestin membawa jenazah 13 pejuang Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel ketika upacara pengebumian di Masjid al-Omari di Gaza. - Foto AFP

Penduduk Palestin membawa jenazah 13 pejuang Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel ketika upacara pengebumian di Masjid al-Omari di Gaza. - Foto AFP

Hamas hari ini membedil roket ke Lapangan Terbang Ramon berhampiran Eilat, Israel, lokasi kemasukan pesawat yang dilencongkan selepas lapangan terbang utama di Tel Aviv dise.rang.

Jurucakap sayap senjata Hamas memaklumkan mengenai se.rangan roket seberat 250 kilogram (kg) dan menuntut semua syarikat penerbangan antarabangsa segera menghentikan penerbangan ke mana-mana lapangan terbang di Israel.

Hamas membedil lebih 1,600 roket ke arah Israel sejak Isnin lalu manakala tentera Israel memaklumkan meny3rang sasaran Gaza lebih 600 kali.

Terdahulu, pihak berkuasa penerbangan awam Israel melencongkan semua penerbangan penumpang dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv ke Lapangan Terbang Ramon, ketika amaran se.rangan udara sekali lagi dikeluarkan Hamas.

Sehubungan itu, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa membatalkan penerbangan ke Israel.

Jurucakap United Airlines dan American Airlines memberitahu AFP, penerbangan dari AS ke Israel dibatalkan ‘hingga 15 Mei ini’.

Di Gaza, 83 orang dilaporkan terbu.nuh termasuk 17 kanak-kanak dan lebih 480 orang lagi ced.era selepas kawasan pantai dibom hebat termasuk meruntuhkan sebuah bangunan 12 tingkat.

Di dalam Israel pula, tujuh orang terbu.nuh sejak Isnin lalu termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, selepas sebuah roket terkena rumah keluarganya.

Terkini, Israel mengerahkan lebih ramai anggota tentera ke sempadan Gaza bagi menghadapi se.rangan Hamas manakala di dalam negara, pihak berkuasa Zionis berdepan rusu.han membabitkan penduduk Yahudi dan Arab.

Meriam dilihat mengebom wilayah Palestin manakala wartawan AFP melihat lebih banyak anggota tentera berkumpul di sempadan, di fahamkan bagi menyertai operasi tiga hari menentang Hamas. – AFP | BH

MARI KITA BERKENALAN DENGAN BRIGED AL QASSSAM


Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.

iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.

v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.

vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).

vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.

ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

x) Melazimi zikir harian.

xi) Melazimi olahraga atau beriadah.

xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.

Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.

Gigih berpegang dengan ajaran Islam.

Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.

Berdisiplin dan mentaati amir.

Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dsipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan.

Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.

Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya. Ini menyukarkan tentera zionis untuk mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Israel telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.

Briged Al-Qassam turut melatih golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Israel.

Di samping itu, Briged Al-Qassam turut berjaya mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.

Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh satu kilometer sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.

Melalui roket anti iron drone pula menyebabkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat semakin khuatir. Sistem iron drone yang didakwa sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Briged Al-Qassam.

Israel pernah dimalukan setelah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam ‘Ababil’ membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.

Selain itu, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut menerusi skuad amfibia. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.