"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Khamis, 31 Mac 2022

Pensyarah bantu pelajar beli ‘laptop’ siapkan tesis akhir

 

Dr. Wan Amizah membuat 'crowdfunding' dalam kalangan pensyarah di fakulti bagi mengumpul dana membantu pelajar hadapi masalah komputer riba.

PETALING JAYA – Seorang pensyarah telah menubuhkan satu dana bagi membantu pelajarnya memiliki sebuah komputer riba bagi kemudahan pembelajarannya.

Ketua Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud berkata, dia melakukan pendanaan awam atau ‘crowdfunding’ dalam kalangan pensyarah di pusat pengajiannya.

Kutipan tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM1,000, tak kira bangsa dalam kalangan pensyarah, semua dermawan dan pemurah dan menjadi kebiasaan pada awal semester untuk buat kutipan bantu pelajar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terbaharu, satu ciapan yang dikongsikan oleh seorang graduan, Aira di Twitter menceritakan kisah Dr. Wan Amizah yang membantunya membeli sebuah komputer riba kerana bagi memudahkannya menyiapkan tugasan tesis.

Mengulas lanjut, Dr. Wan Amizah memaklumkan pelajar tersebut merupakan daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dan tidak mempunyai wang belanja yang mencukupi.

“Komputer riba pelajar tersebut rosak dan bila pergi kedai, katanya dah rosak teruk, tak boleh dibaiki semula, kemudian saya tawarkannya untuk guna komputer riba saya apabila dah pulang ke UKM semula.

“Tapi sehari sebelum balik kampus, semua pelajar diarahkan pulang, jadi pelajar ini tak dapat balik kampus dan saya tak dapat pinjamkan dia komputer riba,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia terus bertindak membuat kutipan derma dalam kalangan pensyarah di fakulti agar dapat memberi sumbangan kepada pelajar berkenaan dengan jumlah sebanyak RM300.

“Dia usahakan untuk beli komputer riba yang ‘secondhand’ guna duit RM300 itu dan saya tanya berapa kos sebenarnya dan dia kata RM700, jadi saya kirimkan lagi RM400 seperti mana yang dikongsinya di Twitter.

Alhamdulillah, yang penting asalkan dia boleh siapkan tesis dia dan baki dari kutipan derma, saya agihkan kepada pelajar lain yang juga hadapi masalah dengan komputer riba mereka masing-masing,” jelasnya.

Katanya lagi, dia amat menyayangi setiap pelajarnya dan menganggap mereka seperti anak sendiri dan menyatakan sebagai pensyarah mestilah selalu mendoakan buat pelajar mereka serta membantu secara rela sebagai saham akhirat kelak. – KOSMO! ONLINE

Rabu, 30 Mac 2022

Pensyarah UiTM hina pelajar kena tindakan tegas: Naib Canselor

 

Tangkap layar rakaman video tular sejak semalam menunjukkan pensyarah memarahi secara melampau pelajar dalam sesi pembelajaran secara dalam talian.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pensyarahnya yang mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap pelajar ketika sesi pembelajaran dalam talian, yang tular di media sosial sejak semalam.

Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Roziah Mohd Janor berkata UiTM bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik universiti itu sama ada dengan sengaja atau tidak.

“Kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.

“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dan-dana tertentu disediakan UiTM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roziah berkata, UiTM telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan bagi memperoleh kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar dan bantuan pusat zakat serta pihak alumni.

“Bagi pelajar yang berhadapan dengan masalah, hubungi pihak universiti untuk dapat khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, dalam video berdurasi 1.44 saat yang tular di media sosial sejak semalam, pensyarah terbabit didapati memarahi dan mengeluarkan kecaman melampau kepada seorang daripada pelajarnya.

“Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan orang B40”. Itu antara kata-kata yang terpacul dari mulut pensyarah terbabit yang menempelak seorang pelajarnya pada sesi pembelajaran dalam talian.

Situasi itu dikatakan berlaku apabila pensyarah tersebut berang setelah pelajar berkenaan tidak membuka kamera ketika sesi pembelajaran dijalankan.

Bagaimanapun, tindakan pensyarah itu memarahi pelajar tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mengeluarkan kenyataan berupa hinaan kepada orang miskin.

Berikut transkrip interaksi antara pensyarah dan pelajar tersebut, seperti dilapor UtusanTV.

Pensyarah: Macam cakap dengan tunggul. Berapa jawapan dia? Negatif?

Pelajar: 0.77

Pensyarah: Kau pakai apa? Kau pakai fon eh?

Pelajar: Ha ye Prof.

Pensyarah: Mana kau punya komputer?

Pelajar: Aaaa…Saya takde komputer Prof.

Pensyarah: Kau tinggal kat mana?

Pelajar: Seremban.

Pensyarah: Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?

Pelajar: Tak kerja Prof.

Pensyarah: Mak kau kerja apa?

Pelajar: Dah takde Prof.

Pensyarah: Mak kau dah takde. Bapak kau takde kerja?

Pelajar: Iye Prof.

Pensyarah: So takde adik-beradik?

Pelajar: Ada Prof.

Pensyarah: Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak yang ada gelang emas, pergi jual gelang emas beli komputer. Pasal itu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana engkau tidak ada komputer. Lepas ini aku akan ajar engkau Excel, pasal itu kau akan menjadi ‘drop out’ student. Semester Lima kau tak ada komputer. Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important is the computer is very very important for me. Hanya RM800 saja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tidak boleh duduk dengan orang B40. arghhh.. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Okey kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku tak nak tengok lagi dah.

-Agenda Daily

Selasa, 29 Mac 2022

Rayuan BKM 2022 Untuk Status Permohonan “Tidak Lulus”

 


Kepada mereka yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), jangan risau kerana kerajaan akan membuka permohonan rayuan BKM awal bulan Mei 2022.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini.

Tarikh Rayuan BKM 2022

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada 20 Mac yang lalu, permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 (Isnin) iaitu sehari sebelum Hari Raya Puasa. (Hari Raya Puasa adalah 3 Mei 2022).

Tempoh rayuan ini akan dibuka selama sebulan.

Ia bertujuan bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan BKM?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022.

Cara Membuat Rayuan BKM

Permohonan Rayuan BKM boleh dibuat seperti berikut: 

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MyBKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my/ ; atau 
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM yang berhampiran. 

Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 secara dalam talian kerana ia lebih mudah, cepat dan selamat.

Satu menu “Permohonan Rayuan” dalam portal MyBKM akan dibuka pada 2 Mei nanti bagi membolehkan pemohon yang berstatus tidak lulus, untuk membuat rayuan.

Anda perlu log masuk MyBKM dengan mengemukakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BKM 2022.

Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi.

Kod Tidak Lulus BKM

Mereka yang tidak lulus permohonan BKM akan menerima status “Tidak Lulus” beserta nombor kod dan kod keterangan sebagaimana contoh di bawah;

  • Kod 04 Tidak Lulus BKM
Kod 04 Tidak Lulus BKM

Kod dan Kod Keterangan Bagi Alasan Tidak Lulus BKM

KodKod Keterangan
04Hubungan pertalian antara anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
23Pasangan wujud sebagai pemohon dipermohonan lain
31Status perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan Agensi Kerajaan

-theinspirasi.my

KWSP perkenal portal untuk Pengeluaran Khas

 FOTO HIASAN

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Dalam kenyataan pada 16 Mac 2022, KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.

Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.

KWSP dalam kenyataan berkata, Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini.

"KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.

"Ahli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka," katanya.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di 'Ask ELYA' dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

-myMetro

Isnin, 28 Mac 2022

Saya luluskan, tapi PH tak teruskan projek lapangan terbang Pulau Pinang, kata Najib

 

Cadangan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang bertujuan membolehkan terminalnya menampung 12 juta penumpang setahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cadangan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang telah diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi projek itu ditangguhkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), apabila ia mula berkuasa beberapa bulan kemudian, kata bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng telah mengucapkan terima kasih kepadanya kerana meluluskan projek pembesaran itu, yang akan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Tetapi, projek itu tidak diteruskan apabila PH berkuasa pada Mei 2018, walaupun ia telah diluluskan dalam Belanjawan 2018.

Sebab kerajaan PH gunakan alasan kerajaan tak ada duit dan ingin swastakan projek kepada kroni, bukan diusahakan oleh MAHB seperti diluluskan kerajaan BN dahulu,” katanya dalam catatan Facebook malam ini.

Beliau memetik laporan berita pada 2019, di mana Lim yang juga menteri kewangan ketika itu, berkata inisiatif kewangan swasta akan digunakan untuk membiayai pembesaran lapangan terbang itu.

“Jadi, kerajaan BN masa saya luluskan dan mulakan projek itu. Kerajaan PH masa ‘Atok mu’ (Dr Mahathir Mohamad) dengan menteri kewangan dan menteri pengangkutan dari DAP (Lim dan Loke Siew Fook) yang tangguhkan sebab mahu beri pada kroni,” kata Najib.

Projek itu sekali lagi ditangguhkan apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa daripada PH pada 2020, akibat pandemik Covid-19 dan sekatan.

“Tapi yang DAP salahkan semalam ialah Najib dan kerajaan BN dahulu?” katanya.

Semalam, Najib dilaporkan meminta DAP “tanya Abah kau” – merujuk Muhyiddin Yassin, yang menerajui kerajaan PN ditubuhkan hasil daripada “Langkah Sheraton”.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim dalam responsnya kepada Najib berkata, “Langkah Sheraton” yang menyebabkan cadangan pembesaran lapangan terbang itu dihentikan dan beliau menyalahkan kerajaan PN-BN.

“(Bahkan) selepas Umno dan BN mengambil alih kerajaan persekutuan pada Ogos 2021, projek pembesaran lapangan terbang masih digantung dan belum dihidupkan semula,” kata Sim -FMT

Ahad, 27 Mac 2022

Pengeluaran Khas KWSP, ini perkara yang wajib kena buat untuk lulus permohonan

 


Pengeluaran Khas KWSP, ini perkara yang wajib kena buat untuk lulus permohonan. Bermula 1 April sehingga 30 April 2022, pencarum sudah boleh membuat permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Permohonan pengeluaran khas tersebut hanya secara online melalui portal Pengeluaran Khas yang akan diumumkan kelak.

Harus diingatkan, KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas korang. Hati-hati ya!

Sebelum membuat permohonan 1 April nanti, ini empat perkara penting yang korang kena semak. Jangan last minute ada masalah pula, susah nak uruskan pengeluaran nanti.


1. Nombor telefon bimbit terkini
Untuk memastikan kelancaran urusan, korang kena pastikan nombor telefon yang didaftarkan dengan KWSP adalah terkini. Jika ada perubahan, ada bolehlah ke cawangan KWSP terdekat untuk mengemaskini nombor telefon.

2. Baki simpanan KWSP disemak
Berdasarkan kenyataan sebelum ini, KWSP memaklumkan jumlah maksimum dibenarkan untuk pengeluaran khas adalah sebanyak RM10,000.

Jumlah minimum pula sebanyak RM50 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Kalau tak cukup barulah simpanan dalam Akaun 1 akan diakses.

Jadi, sangat penting untuk korang semak baki simpanan KWSP yang ada.

3. Nombor akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa)
Nombor akaun bank yang didaftarkan sama ada simpanan atau semasa hendaklah aktif dan boleh digunakan. Bagi ahli yang tidak boleh mempunyai akaun bank, korang boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah pembayaran.

4. Akaun di atas nama sendiri
Untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran nanti, akaun bank yang didaftarkan hendaklah atas nama sendiri bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.

Bagi korang yang masih belum mendaftar i-Akaun (ahli), ini langkah-langkah yang perlu dibuat. i-Akaun ini wajib ada untuk menyenangkan urusan pencarum. Nak semak baki akaun pun boleh!




Informasi lanjut mengenai pengeluaran khas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh menghubungi pihak KWSP atau berkunjung ke cawangan yang terdekat.

-Utama Daily

Rabu, 23 Mac 2022

Guan Eng 'Tak Boleh Disentuh' Semasa PH Memerintah - Saksi

 

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan pernah meluahkan kebimbangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keselamatannya ekoran pendedahan beliau ketika siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan Lim Guan Eng.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, mendiang Datuk Ewe Swee Kheng bagaimanapun menolak tawaran SPRM untuk dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai saksi kerajaan walaupun risaukan keselamatannya.

Mendiang antara lain mendedahkan pernah berjanji untuk memberikan beberapa unit kediaman kepada Guan Eng sebagai balasan jika bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu membantu syarikatnya, EZSB meneroka tanah-tanah kerajaan yang telah ditambak untuk membangunkan projek perumahan.

Guan Eng kemudian memaklumkan kerajaan negeri bersetuju melantik sebuah syarikat kontraktor melaksanakan projek terowong yang mana cara pembayaran dibuat melalui pertukaran tanah dan mencadangkan beliau berurusan dengan syarikat tersebut supaya tanah kerajaan dijual kepadanya (Swee Kheng).

Butiran tersebut dimaklumkan kepada pegawai perakam SPRM, Penolong Penguasa Muhammad Nazree Mansor, 32, sewaktu mendiang membuat penambahan dalam rakaman percakapan yang diberikan berhubung siasatan tersebut.

Ketika membacakan rakaman percakapan itu di mahkamah, Mohd. Nazree menyatakan, mendiang menyifatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai individu yang ‘tidak boleh disentuh’ (untouchable).

Jelasnya, mendiang memaklumkan, ketika pihak SPRM memulakan siasatan kes terowong, negara ini di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) manakala Guan Eng terlepas daripada kes mahkamah berkaitan skandal banglo.

“Sekiranya terdapat pihak yang mengetahui saya membuat pendedahan ini, dibimbangi ianya akan memberikan implikasi buruk kepada saya. Selepas itu saya ada mendengar banyak berita bahawa YB LGE (Guan Eng) juga ada menerima wang daripada syarikat kontraktor. Saya rasa harus ceritakan perkara yang sebenar. “Oleh kerana terlalu banyak yang saya rahsiakan, saya fikir akan sampai masa perkara ini akan terbongkar dan menjejaskan perniagaan saya,” menurut rakaman percakapan itu.

Mendiang bagaimanapun menyatakan tidak pernah menerima gangguan daripada mana-mana pihak ketika siasatan SPRM dan memberi jaminan akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Swee Kheng, 53, yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15, bagaimanapun ditemukan maut selepas terjatuh dari kondominium mewah The Palazzo, Jalan Kelawei, Pulau Pinang.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 5.37 pagi, 5 Oktober 2021 selepas ditemukan di bahagian bawah kondominiumnya manakala sebab kematian ialah kecederaan berganda akibat jatuh daripada tempat tinggi.

Pada 16 Disember 2021, mahkamah membenarkan rakaman percakapan mendiang diterima masuk dan ditandakan sebagai eksibit dalam perbicaraan kes rasuah Guan Eng.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Zarul Ahmad merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) yang dilantik sebagai kontraktor bagi projek berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau didakwa terhadap tuduhan pindaan meminta suapan iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul Ahmad sebagai upah membantu syarikat miliknya dilantik melaksanakan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 12.30 pagi dan 2 pagi, pada bulan Mac 2011 berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini.

Ahli Parlimen Bagan itu turut didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di sana. – UTUSAN