"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iktibar. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Februari 2026

Bimbang bergelar ‘janda’, seorang isteri sanggup bertahan dalam perkahwinan walaupun dipukul kerap kali.

 Bimbang bergelar ‘janda’, seorang isteri sanggup bertahan dalam perkahwinan walaupun dipukul kerap kali.

Dahulu ada seorang wanita yang pernah saya jumpa di Mahkamah. Dia datang bersama dengan seorang rakan yang menemaninya untuk tanyakan prosedur cerai.

Jadi, kebetulan masa itu saya baru sahaja selesai urusan sebutan kes di Mahkamah tersebut, saya pun ditegur olehnya. Dari raut wajah, saya nampak mereka berharap benar untuk dapatkan nasihat.

Saya pun mengajak mereka untuk bersembang di bilik khas untuk peguam di Mahkamah. Seorang wanita yang dalam lingkungan umur 40 tahun dan seorang lagi 30an.

Wanita yang 30an tersebut membuka mulut dan menceritakan hal yang berlaku kepada dia. Rupanya yang meneman dia itu adalah kakaknya. Jadi, dia tidak ada masalah untuk memberikan peluang adiknya bercakap.

Kata wanita itu, dia telah lalui fasa perkahwinan yang sangat dasyat. 7 tahun perkahwinan dia dengan suami dikurniakan 2 orang anak. Suaminya adalah seorang kakitangan kerajaan yang berpangkat pegawai.

Masa awal kahwin, sikap suaminya sangat lembut tutur kata. Boleh dianggap seperti Suami Idaman Malaya lah katanya.

Tapi, selepas anak kedua dilahirkan, sikap suaminya mula berubah. Suaminya kerap naik suara apabila marah hanya kerana pinggan terjatuh kerana anaknya.

Kemudian, kemuncak pada perubahan sikap itu terjadi apabila suaminya sudah mula tampar wanita tersebut hanya disebabkan isteri ini mengadu tentang nafkah sahaja.

“Hang jangan kurang ajar. Aku dah sedia semua, apa lagi tak cukup?”

Inilah ayat yang dia dapat hanya kerana menyoal tentang nafkah yang tak cukup katanya.

Selepas itu, suami dia sering naik tangan memukul belakang kepala, dan pernah ditendang gara-gara anak bising menangis.

Pelik kan? Anak bising itu kan biasa? Tapi isteri pulak jadi ‘punching bag’

Tapi, dia tak pernah pun buat laporan polis apatah lagi mengadu kepada sesiapa. Kalau mereka balik kampung rumah keluarga, semuanya buat seperti biasa.

Wanita ini orangnya lemah lembut. Dia tak pernah pun melawan bila suaminya pukul. Katanya, dahulu dia belajar, “Syurga di bawah tapak kaki suami”. Itu yang ibunya pesan.

Jadi, dia takut untuk membuat aduan.

Saya pun geleng kepala. Terdiam. Dan hanya membiarkan wanita tersebut terus bercerita.

Boleh dikatakan, lebih daripada 10 kali dia ditendang di kaki dan belakang badan. Pernah sekali dia tak mahu keluar daripada rumah hingga seminggu lebih katanya sebab tak mahu orang nampak dia berjalan terjengket-jengket.

Anak-anak masih kecil. Mereka hanya mampu menangis bila peristiwa ini berlaku.

Saya tanya, takkanlah tak ada ribut ke taufan ke, tiba-tiba suami pukul? Katanya,”saya pun tak tahu lah tuan, kadang-kadang saya tengah baring sekejap, disepak belakang badan saya kerana disuruh saya masak nasi goreng. Sedangkan saya sudah siapkan nasi lauk yang lain”

Ya Allah. Macam tu pun ada.

Jadi, kenapa puan tak pernah mintak cerai sebelum ini?

“Saya bimbang, kalau saya diceraikan nanti, saya bergelar janda. Ramai orang akan pandang serong pada saya. Ibu bapa saya mesti tak percaya apa yang saya ceritakan.”

Kakak kepada wanita ini pun mula menyampuk, dia ternampak kesan lebam di muka adiknya sewaktu dia datang ke rumah untuk beri bekal makanan yang dikirim ibunya.

Dia desak adiknya untuk ceritakan hal sebenar. Akhirnya, dia mengaku. Suaminya kerap memukul dia walau tanpa sebab.

Kakaknya terus membawa dia keluar dan terus ke balai polis serta hospital untuk rawatan segera. Selepas pulang ke rumah keluarga, semuanya telah diceritakan dan ibu bapanya tidak menyangka suaminya yang nampak seperti seorang yang budiman, rupanya manusia bertopengkan syaitan.

Memang ada golongan isteri yang bimbang bergelar janda atau mungkin takut untuk bertindak kerana takut dikatakan nusyuz apabila lari keluar dari rumah.

✅ Adakah boleh isteri keluar rumah kerana dipukul suami?

Antara hak seorang isteri selain daripada nafkah adalah hak dilayan dengan cara yang ma’ruf. Iaitu suami berkata perkataan lembut dan tidak memukul dirinya.

Apabila hak itu gagal ditunaikan, maka hilanglah hak suami itu untuk ‘ditaati’. Ada dalam kalangan ulama’ menyenaraikan salah satu sebab isteri boleh keluar rumah jika takut bahaya menimpanya dalam rumah berkenaan.

Ibn Hajar Al-Haitami dalam Kitab Tuhfah Al-Muhtaj bi Sharh Al-Minhaj pernah menyebut, kalau suami ancam dengan pukulan tak wajar, isteri boleh keluar kerana takut akan ancaman tersebut.

✅ Adakah nusyuz kalau lari keluar tersebut?

Tindakan isteri keluar rumah tak dikira nusyuz. Bahkan, untuk sabit nusyuz, bukan datang daripada mulut suami. Tapi mesti datang daripada perintah Mahkamah.

Kalau keluar dari rumah dengan alasan ada ancaman merbahaya daripada suami seperti dipukul, ditampar, diacu pisau, suami ada penyakit kelamin merbahaya seperti HIV, atau mungkin kerana Covid19, maka isteri tak boleh dianggap nusyuz.

❤️ Kesimpulan,

Kisah yang saya kongsikan ini berlaku pada kebanyakan wanita diluar sana. Mungkin anda yang membaca ini sedang lalui atau pernah lalui sedemikian.

Ada yang bimbang dikatakan isteri derhaka. Tak cium syurga kalau buat laporan polis. Ada yang takut bila diugut jadi janda dan dirampas anak-anak.

Ingatlah, anda hidup di dunia ini bukan kerana tanggapan orang lain. Jangan kita malu hanya kerana bergelar janda, lalu kita rela menjadi hamba kepada suami durjana.

Islam tidak pernah meredhai dan merelakan wanita dipukul dan dizalimi. Islam juga tidak pernah melarang isteri yang teraniaya berpisah. Syurga bukan milik suami, tapi syurga itu milik Allah yang kuncinya hanya pada suami yang taat pada perintah Ilahi.

P/s : Lebih baik jadi janda, daripada kena seksa macam binatang.


Fahmi Ramli

Peguam Syarie

Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini

wasap.my/60126923897/NakTanyaSikit

Khamis, 5 Februari 2026

Dari seorang banduan kes bunuh kini bergelar Doktor Falsafah yang berjaya

 


Bayangkan pada umur 14 tahun datang KL dari Sabah dengan niat nak cari kerja tapi berakhir dengan tuduhan membunuh.

Ini bukanlah plot filem aksi, tetapi realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh Murad atau kini lebih dikenali sebagai Dr. Murad. 

Seringkali kita rasa ujian kita sudah cukup berat namun bila kita dalami kisah beliau, barulah kita sedar erti syukur yang sebenar.

1. Harapan Yang Dikhianati

Kisah sadis ini bermula jauh di pedalaman Sabah. Didorong keinginan membara untuk mengubah nasib keluarga, Murad nekad mengikut seorang lelaki yang baru dikenali sebagai ejen pekerjaan. 

Beliau dijanjikan gaji RM800 sebulan satu jumlah yang besar buatnya ketika itu. Walaupun ditentang hebat oleh ibu bapa kerana faktor usia dan tiada kenalan di Semenanjung Murad tetap melangkah pergi.

2. Terperangkap Dalam Neraka Dunia

Tiba di Kuala Lumpur pada tahun 2001, impian menjadi pembuat kek berkecai. Murad dan lapan rakannya ditipu hidup-hidup. 

Mereka dijadikan buruh paksa tanpa gaji, dokumen dirampas, dan sering dipukul jika tidak menurut perintah. 

Dalam usia yang sangat mentah Murad terpaksa bekerja sehingga tengah malam dalam ketakutan dan penyesalan yang tidak berhujung.

3. Detik Hitam Di Pintu Grill

Selepas lima bulan menderita takdir membawa Murad ke satu malam yang tragis. Terlihat pintu grill terbuka Murad cuba melarikan diri dari 'neraka' tersebut. 

Namun, tindakannya dihidu majikan yang kemudian bertindak memukulnya tanpa belas kasihan. 

Dalam keadaan terdesak demi mempertahankan nyawa beliau mencapai pisau (kerana tugasnya sebagai tukang masak) dan tertikam majikannya dalam pergelutan tersebut.

4. Pelarian Dan Penangkapan

Murad melarikan diri ke lapangan terbang untuk pulang ke Sabah dengan sisa wang yang ada. Namun tepat jam 6 pagi sebelum menaiki pesawat dunia Murad gelap apabila beliau ditahan polis. 

Majikannya disahkan meninggal dunia. Oleh kerana faktor umur di bawah 18 tahun, beliau terlepas daripada hukuman gantung tetapi dijatuhi hukuman Tahanan Limpahan Sultan bermaksud beliau dipenjara tanpa tarikh bebas yang pasti, bergantung sepenuhnya kepada pengampunan Tuanku

5. Hidayah Dan Cahaya Ilmu

Di sebalik tembok batu, Murad menemui sinar baru. Beliau memeluk Islam dan mula menyedari bahawa hanya ilmu mampu merubah darjatnya. 

Walaupun asalnya hanya tamat darjah enam dan tidak tahu membaca, penjara dijadikan universiti kehidupan. 

Beliau membuktikan keajaiban dengan menggenggam SPM, STPM, Ijazah, Sarjana dan akhirnya PhD.

6. Keajaiban Penajaan

Belajar di penjara memerlukan kos sendiri, namun aturan Tuhan itu sangat indah:

▶️ SPM & STPM: Dibiayai melalui bantuan zakat Mualaf.

▶️ Ijazah (Degree): Mendapat Dermasiswa sepenuhnya daripada Open University Malaysia (OUM).

▶️ Sarjana (Master): Mendapat sokongan biasiswa daripada hamba Allah yang percaya kepada potensi beliau tanpa mengharapkan sebarang balasan.

▶️ PhD: Ditaja sepenuhnya oleh pihak OUM sebagai graduan PhD pertama dari tirai besi.

Dalam podcast tersebut Dr. Murad secara khusus menzahirkan penghargaan kepada Datuk Dr. Hartini sebagai individu yang sangat berjasa memberikan biasiswa dan sokongan moral kepada beliau sepanjang proses transformasi tersebut.

7. Peluang Kedua Buat Dr. Murad

Selepas 24 tahun meringkuk di sebalik tirai besi, Dr. Murad akhirnya mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor. 

Beliau kini pulang ke pangkuan keluarga di Sabah bukan lagi sebagai banduan, tetapi sebagai seorang ilmuwan dan usahawan tani yang mahu membantu bekas banduan lain melalui syarikatnya, Hikmas Enterprise.

Kadang-kadang kita rasa hidup kita paling susah tapi kisah Dr. Murad ini mengajar kita bahawa masa lalu bukan penjara sebenar minda yang menyerah itulah penjara yang paling kejap.

Tahniah Dr. Murad! 

Ini bukti nyata bahawa peluang kedua itu sentiasa ada asalkan kita sendiri yang nekad untuk menciptanya.

Credit sumber berita : Studio 9 UMS / Penang Netizen

Source 

Ahad, 19 Oktober 2025

Siapa yang ada niat nak lahirkan anak di luar negara, silalah berfikir banyak kali.

 Siapa yang ada niat nak lahirkan anak di luar negara, silalah berfikir banyak kali.

Oleh:Muslih Thani

Semalam wife saya nak beli barang di Watson. Kad CIMB saya ada dengan wife. Tapi transaksi decline.

Saya check, tak ada apa-apa notification dari CIMB menyatakan apa-apa. Semak SMS tak ada.

Kemudian saya nak isi minyak menggunakan Setel. Saya dah link dengan Kad CIMB. Tak boleh juga!

Saya ada nak buat bayaran menggunakan Grab Pay (link dengan CIMB) juga tak boleh.

Dah malam saya hubungi CIMB, dimaklumkan Kad saya disekat. Mereka buat operasi besar besaran untuk elak scammer katanya. Dan akaun saya random terpilih untuk disekat.

Dah tu saya kena buat apa ni?

Dia minta saya ke mana-mana branch bawa surat beranak. Alahai dah malam...

Hari ini saya ke CIMB berdekatan rumah. Bawa lah surat beranak.

Saya dimaklumkan......

Kenapa akaun saya diSEKAT! Ya langsung tak boleh pakai, saya nak makan, nak isi minyak, nak bayar hutang, semua tak boleh! Akaun saya disekat kerana IC saya kod 91. Saya lahir di USA.

Wah, CIMB nak boikot USA ke? Tapi saya ni rakyat Malaysia ada Kad Pengenalan. Lahir sahaja di USA.

Kaunter tu meminta saya ke cawangan Melawati sebab akaun saya dekat sana. Eh, dalam panggilan cakap boleh dimana-mana branch. Dia semak kejap dan dia kata boleh.

So saya sertakan Surat Beranak saya, ada dua veesi, satu versi USA dan versi Malaysia. Dua-dua saya bawak. Dan saya bawa sekali bukti macam mana saya dapat masuk Malaysia!

Kenapa? Aduhai

Ini bukan kali pertama, sebelum ini saya disusahkan oleh kerajaan Malaysia! 

Masa saya nak buat Passport. Saya tak lepas! Kerana saya lahir di USA. Hanya boleh dilepaskan kalau saya dapat buktikan macam mana saya masuk Malaysia dahulu. 

Saya cakap saya dah ada Kad Pengenalan kot. Kenapa sampai macam tu?

Prosedur katanya. Jenuh saya memikirkan macam mana nak bukti, saya call mak saya. Ada gambar dekat lapangan terbang ke apa ke? Zaman mak saya ke USA tu mana ada mobile phone. Mengharapkan kodak jeee!

Akhirnya dapat idea, korek Passport mak saya yang lama. Sebab dulu bayi tumpang passport ibu. So ada la situ muka comel saya, bukti saya masuk Malaysia bersama mak saya.

Lepas lah passport.

Kalini kena lagi! 

Lebih menarik dah bagi semua dokumen, katanya yang proses tetap branch Melawati, dan kena tunggu 3 hari bekerja.

Harini dah Jumaat. Sabtu Ahad cuti. Lebih menarik Isnin cuti.

Mantap kan?

Saya kena berlapar selama berapa harini? Nak bayar installment yang akan due ni macam mana?

Nak isi minyak macam mana?

Wah. Hanya kerana saya lahir di USA. Saya dilayan dan dizalimi begini.

Source 

Rabu, 11 Jun 2025

TRAGEDI UPSI:MUHASABAH BUAT KITA SEMUA. YANG BAIK DIJADIKAN IKHTIBAR DAN PEDOMAN

 MUHASABAH BUAT KITA SEMUA. YANG BAIK DIJADIKAN IKHTIBAR DAN PEDOMAN 

Dalam ramai yang sedih dan masih terkesan dengan tragedi bas UPSI baru ni, ada satu wajah yang luar biasa tenangnya…😢

Sebenarnya ini hanya satu daripada kisah yang kita tahu, disebalik tragedi ini, ada juga kisah pemergian anak-anak UPSI lain yang menunjukkan tanda-tanda pemergian yang baik.

Pastinya, mereka semua pergi dalam keadaan menuntut ilmu, itulah jalan mulia yang diiktiraf sebagai satu bentuk Jihad. Mudahan mereka semua dikurniakan kematian yang Syahid di sisi Allah SWT.🤲🏻

Bila lalu satu video reaksi ayah kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah, salah seorang daripada 15 anak-anak yang terkorban, saat itu jasad anaknya baru sampai ke pangkuan mereka, sebaknya rasa 😢

Ayahnya berkata “Kalu tengok berderaa air mata…Sabar…Simpang dulu nanti nangis semula pulok”

Terjemahan: “Kalau tengok boleh berderai air mata…sabar..jangan nangis..simpan air mata dulu” 

Bayangkan, seorang Ayah..bila jasad anaknya tiba di depan mata. Wajahnya tenang, dalam video tersebut dia memberi isyarat lap air mata… tarik nafas...kepada sahabat-sahabat anaknya yang berdiri di sisi. 

Ucapannya ringkas, tapi cukup berat maknanya.😭😭

Allahu Akbar... berat sebenarnya untuk seorang ayah mengucap kata begitu, sedang di hadapan matanya terbujur jasad anak gadisnya sendiri yang dijaga sedari kecil, bahkan dididik sehingga menjadi seorang Hafizah menghafal al-Quran dan bakal menjadi pendidik anak bangsa😢

Paling meruntun hati, anaknya ditemui meninggal dunia dalam keadaan memeluk erat mushaf al-Quran miliknya dan unit forensik yang ditugaskan membawa mereka yang terkorban beritahu salah satu mayat bau wangi sangat 😭

Melihat reaksi Ayah kepada Nurly ini, itulah sabar yang datang dari hati yang sangat rapat dengan Allah. Sabar yang bukan sekadar dipaksa, tapi lahir dari Iman dan Reda yang sebenar-benarnya.

Kita yang menonton pun sudah tidak tertahan sebak, inikan pula dia ayah yang mengangkat anak itu sejak kecil, mengurus keperluan dan pelajaran anak itu dengan harapan besar, kini perlu menyerahkannya kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang begitu cepat dan mengejutkan. 

Namun, bukankah Allah sudah berjanji bahawa setiap kehilangan keranaNya pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Firman Allah SWT 

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٥ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ١٥٦ أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَٰتٌۭ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌۭ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُهْتَدُونَ ١٥٧

Maksudnya: "Dan sungguh, Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, 155–157)

Tenangnya ayah ini seolah memberitahu kita semua, jangan meratap terlalu lama, kerana anak ini telah pergi dalam keadaan paling mulia, memeluk al-Quran, dalam perjalanan menuntut ilmu dan InsyaAllah… sedang berehat di sisi TuhanNya yang dia cintai.

Sungguh, pemergian Allahyarhamah Nurly Shahirah dan kesemua yang syahid dalam tragedi ini bukan sekadar berita duk, ia adalah teguran lembut dari Allah buat kita semua. Bahawa hidup ini sementara, mati itu boleh datang bila-bila. 

Paling terindah, bukan hidup paling lama, tetapi mati dalam keadaan paling bersedia. 

Namun persoalannya, adakah kita bersedia atau kita masih lalai dalam mengejar dunia yang tak pernah cukup? 

Masih bertangguh untuk bertaubat, masih berkira untuk berbuat baik atau masih jauh dengan al-Quran? 

Adakah pemergian ini hanya menyentuh hati kita seketika atau benar-benar menggoncang jiwa dan mengubah langkah kita selepas ini?

Semoga kematian yang menghidupkan hati ini, menjadi titik mula perubahan buat kita semua, untuk kembali, sujud lebih lama, memohon ampun lebih kerap dan bersahabat dengan al-Quran lebih erat sebelum ia menjadi saksi terakhir kita kembali di hadapan Allah SWT nanti. 

Source 

#quranpelajarupsi

#hikmahkemalangan

#ujianberatbas

Isnin, 6 Januari 2025

Kisah Dan Teladan:Hargai Dan sayangilah ibubapa dengan ikhlas kerana Allah

 


Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah". 

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe". 

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe". 

Pakcik senyum. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga. 

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya. 

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun. 

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata, 

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk. 

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia. 

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam. 

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka. 

Tak payahlah kita nak pesan bagai. 

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku. 

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu. 

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak. 

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan. 

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu". 

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?" 

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah. 

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat. 

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja. 

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak. 

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua. 

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak. 

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak. 

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang! 

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe. 

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.  

Saya pun maafkanlah. Selesai. 

Lepas tu kami makan sama-sama. 

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?" 

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe. 

Awak ada lagi ayah dan mak? 

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik. 

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita. 

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua. 

Kawan, 

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar. 

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. 

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya. 

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Sumber : Fadhlu Art

Credit 

Khamis, 28 November 2024

Air Mata Seorang Ibu: Kisah Hajar dan Keajaiban Telaga Zamzam"

 "Air Mata Seorang Ibu: Kisah Hajar dan Keajaiban Telaga Zamzam" 

MasyaAllah… tiada kisah pengorbanan seorang ibu yang lebih mendalam dan menyentuh jiwa daripada kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s., dan ibu kepada Nabi Ismail a.s. Kisah ini bukan sahaja mencerminkan keberanian dan keimanan seorang wanita dalam menghadapi ujian yang besar, tetapi juga menjadi saksi kepada keajaiban Allah yang kekal hingga hari ini melalui Telaga Zamzam. Kisah ini adalah simbol tawakkal penuh kepada Allah dan hasil usaha yang disertai doa yang tidak pernah putus.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah untuk meninggalkan Hajar dan Ismail di sebuah lembah yang sunyi dan gersang, perasaan seorang suami dan ayah pastinya berat. Namun, Nabi Ibrahim patuh kepada perintah Tuhannya. Lembah tersebut, yang kini dikenali sebagai Mekah, tidak memiliki apa-apa—tiada air, tiada tanaman, malah tiada manusia lain yang tinggal di situ. Hajar, seorang wanita yang teguh imannya, bertanya dengan penuh keyakinan, “Adakah ini perintah Allah?” Apabila Nabi Ibrahim mengiyakan, Hajar dengan penuh tawakal berkata, “Jika ini perintah Allah, maka Dia tidak akan mensia-siakan kami.” Dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim meninggalkan mereka, mempercayakan sepenuhnya nasib mereka kepada Allah.

Hajar kini keseorangan bersama bayinya, Ismail. Pada mulanya, keadaan masih terkawal. Bekalan air yang dibawa cukup untuk beberapa hari, tetapi di tengah panas terik padang pasir, air itu akhirnya habis. Ismail yang masih bayi mula menangis kehausan. Tangisannya memecahkan hati seorang ibu, yang tidak mampu berbuat apa-apa selain mencari jalan untuk menyelamatkan anaknya. Dalam situasi getir itu, Hajar tidak menyerah. Dia tahu Allah tidak akan meninggalkan mereka.

Hajar mula berlari-lari di antara dua bukit yang dikenali sebagai Safa dan Marwah. Dengan langkah pertama, harapan masih tinggi. Matanya mencari, mungkin ada manusia, mungkin ada sumber air. Namun, hanya pasir kering yang menyambutnya. Hajar naik ke puncak Safa, memandang jauh ke hadapan, tetapi tiada apa-apa yang kelihatan. Beliau segera berlari turun dan menuju ke Marwah. Dari atas bukit Marwah, beliau mencari lagi, tetapi sekali lagi, tiada apa yang ditemui.

Bayangkan keadaan Hajar—seorang wanita di tengah padang pasir yang luas, keletihan, dahaga, dan risau akan nasib anaknya. Namun, beliau tidak berhenti. Beliau terus berlari, dari Safa ke Marwah, tujuh kali, dengan harapan yang tidak pernah padam. Setiap langkahnya disertai dengan doa, air mata, dan kepercayaan penuh kepada Allah. Bukan sekali atau dua kali, tetapi tujuh kali beliau berlari, walaupun tubuhnya semakin lemah. Dalam setiap langkahnya, ada pengharapan, ada rayuan, dan ada keyakinan bahawa Allah akan menolong mereka.

Pada saat beliau hampir putus asa, keajaiban Allah tiba. Ketika Ismail menghentakkan kakinya ke tanah sambil menangis, tiba-tiba memancutlah air dari bawah kakinya. Air itu tidak hanya sekadar menitis tetapi memancut deras, menjadi sumber kehidupan di tengah-tengah padang pasir yang gersang. Hajar, dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, segera mengumpulkan air tersebut sambil berkata, “Zamzam! Zamzam!” (bererti berkumpullah atau berhimpun). Beliau memastikan air itu tidak hilang begitu sahaja, menggunakan tangannya untuk menakung air berharga itu bagi menyelamatkan nyawa anaknya dan dirinya.

Tangisan Ismail bertukar menjadi tenang. Hajar, yang sebentar tadi dalam keadaan cemas dan lelah, kini bernafas lega. Allah tidak mensia-siakan hamba-Nya yang berserah sepenuhnya. Telaga Zamzam menjadi simbol kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada hamba-Nya di saat paling genting. Dari mata air kecil itu, ia terus memancut tanpa henti hingga ke hari ini, memberi kehidupan kepada jutaan umat Islam di seluruh dunia.

Keajaiban ini bukan sahaja menyelamatkan Hajar dan Ismail, tetapi juga menjadi titik permulaan kepada pembentukan kota Mekah. Tidak lama kemudian, kabilah Jurhum, yang sedang mengembara, tertarik dengan kehadiran sumber air ini. Dengan kebenaran Hajar, mereka menetap di kawasan tersebut, menjadikan Mekah sebagai sebuah penempatan yang makmur. Dari keturunan Ismail, lahirnya Nabi Muhammad SAW, membawa rahmat kepada seluruh alam.

Kisah Hajar adalah pengajaran yang abadi kepada umat Islam. Ia mengajarkan kita bahawa keimanan kepada Allah adalah kunci kepada pertolongan-Nya. Ketika usaha kita terasa tidak berhasil, doa dan tawakal akan membuka jalan. Hajar tidak berhenti berlari walaupun keletihan, kerana beliau tahu bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang berusaha dan berserah. Keajaiban Telaga Zamzam adalah bukti bahawa di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang menanti.

MasyaAllah… inilah kekuatan seorang ibu yang tidak pernah berputus asa. Telaga Zamzam, yang terus mengalir hingga ke hari ini, adalah saksi abadi kepada keimanan, doa, dan usaha seorang wanita yang hebat. Semoga kita semua mengambil inspirasi daripada Hajar, dan terus teguh dalam menghadapi ujian hidup dengan penuh kebergantungan kepada Allah. Amin.

___

Source 

Kelahiran Tamadun Islam dan Kebangkitan Peradaban


Kelahiran Nabi Muhammad SAW menjadi titik permulaan bagi kebangkitan sebuah tamadun besar di tengah padang pasir yang gersang. Ketika tamadun-tamadun lain dibina di tepi laut dan sungai, Islam muncul di tengah gurun yang kering. Dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT, Baginda mendidik umatnya tentang erti kehidupan sebenar melalui ajaran-ajaran suci al-Quran.


Tamadun Islam, walaupun bermula dari tiada apa-apa, berkembang menjadi kuasa dunia yang menggerunkan. Dari Parsi hingga Rom, kisah kepahlawanan dan syuhada yang gugur menentang musuh sentiasa diceritakan. Riwayat kegemilangan Dinasti Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah mencatat sejarah Islam yang penuh dengan kejayaan. Namun, sejarah juga mengingatkan kita tentang zaman gelap yang menyusul, di mana kejatuhan berlaku akibat perpecahan dalaman dan kelemahan moral.


Meskipun begitu, tamadun Islam tetap memiliki keupayaan untuk kembali bangkit, mengingatkan kita bahawa keagungan umat terdahulu mampu dihidupkan semula. Ini adalah peringatan untuk kita mengembalikan semangat kegemilangan Islam yang hilang.


Isi Kandungan Buku Kitab Tamadun Islam:


1. Kelahiran Islam  

2. Nabi Muhammad SAW  

3. Khulafa al-Rasyidin  

4. Bani Umaiyah  

5. Bani Abbasiyah  

6. Turki Uthmaniyah  

7. Akidah Ahli Sunnah Waljamaah  

8. Mazhab Fiqh Imam Empat  

9. Tasawuf  

10. Firqah Dhalalah Klasik  

11. Wahabi  

12. Rukun Kebangkitan  


Buat sahabat yang berminat nak baca Kitab Tamadun Islam ni boleh dapatkan di:


https://s.shopee.com.my/7KdhCc4OuT

Sabtu, 2 Julai 2022

Warga emas ada 16 anak hidup sebatang kara

 

SITI ZAILAH (kanan) sempat berbual dengan seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak tetapi terpaksa tinggal berseorangan di salah sebuah penempatan di Seremban kelmarin.

REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak kini terpaksa hidup bersendirian di sebuah rumah daif di Seremban.

Situasi menyayat hati itu disaksikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan sekumpulan pegawai kementerian yang melakukan program turun padang untuk menyantuni masyarakat setempat kelmarin.

Menurut Siti Zailah, pihaknya baharu sahaja menyantuni warga emas berusia lingkungan 70-an itu yang tinggal bersendirian di sebuah penempatan di Seremban.

Katanya, warga emas ber­kenaan mempunyai 16 orang anak hasil empat perkahwinan dan ada antaranya menjawat jawatan sebagai penjawat awam.

“Anak 16 orang, keadaan rumah yang sangat daif, agak tak selesa.

“Lebih 30 sukarelawan termasuk kakitangan agensi kerajaan serta pihak berkuasa datang mencuci rumahnya.

“Walau siapapun bapa kita, dia bapa kita. Tiada orang lain boleh ganti bapa kita. Saya sa­ngat tersentuh hati apabila dia ada 16 orang anak, tetapi terpaksa mengharapkan jiran dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui sempena Program Jelajah Skuad Waja Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Siti Zailah mengharapkan agar anak-anak di luar sana dapat menghargai dan bertanggungjawab kepada orang tua masing-masing.

“Macam warga emas ini, anak-anaknya ada datang, namun ha­nya sampai di pintu rumah sahaja dan tidak masuk ke dalam. JKM dah bantu melalui elaun warga emas sejak tahun 2017 lagi.

“Ini antara beberapa kes yang kita santuni bersama Skuad Waja dan kita ada lebih kurang 320,000 ahli Skuad Waja yang bersedia bergerak secara sukarela membantu golongan memerlukan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Ahad, 6 Mac 2022

Umat Islam perlu 'buka mata' krisis Ukraine-Russia

KRISIS yang berlaku di Ukraine sekarang membabitkan pertembungan antara blok Barat dengan Russia. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada krisis itu kerana sesungguhnya ia membuka mata kepada beberapa hakikat dunia yang sebelum ini tersembunyi.

Hipokrasi dunia Barat jelas kelihatan dalam krisis ini. Mereka boleh bersatu untuk mengecam penjajahan Russia di Ukraine, tetapi sedikitpun tidak berbunyi dalam isu penjajahan yang berlaku banyak tempat di dunia Islam, Palestin terutamanya.

 Umat Islam tidak boleh lagi berharap kepada kuasa Barat sebagai payung perlindungan, sebaliknya perlu membangunkan kekuatan sesama negara Islam. Kekuatan kesatuan dan kesepaduan dalam tindakan negara-negara Islam, baik dari sudut ekonomi dan ketenteraan akan menggerunkan musuh.

Dalam hal ini juga terlihat kebergantungan mutlak kepada teknologi luar yang memusuhi umat Islam adalah merugikan. Huawei misalnya tidak lagi dapat menjual telefonnya seperti dulu kerana sekatan yang dibuat oleh Google. Russia kini berdepan sekatan yang sama, Apple khabarnya akan menyekat beberapa perkhidmatan di Russia, Google mungkin akan menyusul. Jika Microsoft pun berani bertindak, banyak pengguna peribadi dan organisasi di Russia akan menerima kesan.

Pengaruh institusi dunia juga kelihatannya akan digunakan untuk menekan negara yang tidak selari dengan kehendak Barat. Jutawan, Roman Abramovich misalnya mengumumkan akan menjual Chelsea selepas mendapat tekanan Parlimen Britain. Persatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale) tidak lagi membenarkan pasukan Russia bertanding dalam acara di bawahnya. Begitu juga dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kelab-kelab Russia digantung, bahkan negara itu juga tidak akan dibenarkan menyertai Piala Dunia.

Tidak terkecuali industri hiburan turut mula memboikot Russia apabila filem Batman dibatalkan tayangannya di sana. Tidak pasti adakah Netflix nanti juga akan menyekat capaiannya.

Justeru, media utama di negara Islam perlu diberi nafas baharu dan menyusun agenda yang menguntungkan umat Islam. Al Jazeera semata-mata tidak mencukupi sedangkan jika dilihat dalam krisis Ukraine-Russia hari ini, media di barat memberikan liputan yang jelas berat sebelah.

Tiba masanya untuk umat Islam berani keluar dari kerangka kehidupan Barat dan membina modul sendiri yang lebih bebas dan berperanan dalam menentukan masa hadapan dunia.

-BH Online

Isnin, 24 Mei 2021

Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU

 Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU

KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain. - Facebook Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: "Sepanjang hidup saya takkan lupakan malam 1 Mei lalu. Malam itu saya bertarung nyawa dengan virus COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Degupan jantung saya jatuh sehingga 40 denyutan seminit setiap 30 minit ketika diberi bantuan pernafasan. Itu kiranya paras bahaya. Paras normal 60-100 degupan seminit."
Begitulah pengalaman yang disifatkan sebagai 'ngeri' oleh Eksekutif Jualan Toh Sharon, 48, sepanjang beliau menjalani rawatan intensif COVID-19 selama 20 hari di Hospital Melaka.
Ibu kepada dua orang anak berusia 22 dan 25 tahun itu, tidak sesekali pun menyangka begitu hebat penangan virus COVID-19 yang menyerang dirinya sehingga terpaksa bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan sebagai pesakit tahap empat.
"Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada malam itu. Walaupun badan saya penuh dipasang dengan tiub bantuan pernafasan yang disambung ke tangki oksigen, antara sedar dan tidak sedar saya masih berasa sangat sukar untuk bernafas seolah-olah hampir putus nyawa.
"Mujurlah saya cekal untuk melawan dan terus kuat meneruskan perjuangan untuk hidup sehinggalah paras oksigen dalam badan saya semakin pulih dengan bantuan barisan petugas hadapan," kongsi Toh dengan Bernama baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila beliau makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat kepada rakannya yang disahkan positif COVID-19 tiga hari selepas itu.
"Pada malam itu saya berkongsi makanan bersama dengan rakan saya. Pada 21 April saya dimaklumkan bahawa dia positif COVID-19 dan saya pula kontak rapat dia.
"Saya kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri daripada anak lelaki saya meskipun saya belum lagi membuat ujian calitan COVID-19 di mana-mana klinik," katanya.
Toh, yang berasal dari Bandaraya Melaka itu kemudiannya hadir ke klinik kesihatan untuk membuat ujian calit COVID-19 bersama-sama dengan anak lelakinya pada 22 April lalu dan kemudiannya disahkan positif.
"Syukur pada ketika itu anak lelaki saya disahkan negatif. Sebenarnya sehari sebelum ujian calitan itu, saya mula mengalami gejala demam, sakit tekak, selesema, cirit birit dan sakit-sakit sengal sehingga sukar untuk bangun dari tidur.
"Saya dipakai gelang merah jambu, diarah untuk terus berkuarantin di rumah dan menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin MAEPS di Serdang, Selangor," katanya.
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA DI SINI
MALANG TIDAK BERBAU
Ketika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Hospital Melaka pada 25 April lalu, beliau dimaklumkan oleh petugas kesihatan bahawa kandungan oksigen dalam badannya kurang daripada 88 peratus dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan setelah menjalani pemeriksaan.
"Kandungan oksigen normal adalah 95 peratus ke atas, ketika itu saya pun terpinga-pinga dan mengikut sahaja arahan petugas kesihatan untuk ke ICU Hospital Melaka, namun pada malam itu suhu badan saya naik mendadak sehingga 39.6 darjah celsius dan terus tidak sedarkan diri.
"Keesokan harinya baru saya sedar dan ketika itu, badan saya penuh dengan tiub bantuan pernafasan, dalam keadaan terpinga-pinga doktor memberitahu saya bahawa seluruh paru-paru saya dijangkiti virus berdasarkan laporan X-ray, " katanya.
Menurut Toh, beliau diberi pilihan untuk mengambil ubat antiviral Favipiravir selama lima hari bagi membantu memulihkan keadaan paru-parunya. Beliau turut diberitahu akan kesan sampingannya serta pengambilannya masih dalam fasa klinikal.
Namun, tanpa berasa ragu, beliau terus bersetuju untuk mengambil ubat antiviral berkenaan dan keadaannya dipantau dari masa ke semasa.
"Sepanjang pengambilan ubat itu, saya tidak boleh mengambil ubat fever dan perlu mandi air sejuk setiap hari bagi menurunkan suhu badan saya, sehinggalah pada satu tahap suhu badan semakin tinggi dan terpaksa dicucuk steroid untuk merawat paru-paru saya," katanya.
Setelah sembilan hari berada di ICU, keadaannya semakin pulih dan dibenarkan untuk berpindah ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan dari masa ke semasa.
"Syukur selepas 20 hari berada di hospital, akhirnya pada 14 Mei lalu saya dibenarkan discaj namun doktor menasihatkan saya supaya tidak lagi menjalankan aktiviti lasak seperti sebelum ini kerana bila-bila masa sahaja virus itu akan menyerang jika saya tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan baik.
"Walaupun dibenarkan discaj namun keadaan kesihatan saya tidak lagi seperti dulu. Saya mudah letih dan perlu berjaga-jaga dari segi kehidupan seharian kerana saya masih lagi dalam fasa pemulihan," katanya.
Menurut Toh, ramai yang memandang ringan akan jangkitan COVID-19 dan masih menganggap ia hanya demam biasa dan hilang deria rasa serta bau.
"Bergantung kepada individu, ada yang hanya bergejala ringan namun ada juga yang serius. Baru saya sedar selama ini kerajaan sentiasa menekankan pematuhan SOP dan SOP itu ternyata begitu penting kerana individu yang sihat seperti saya juga boleh menjadi teruk apatah lagi golongan berisiko tinggi.
"Namun demikian, saya sangat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa kami dan sanggup berkorban cuti Hari Raya Aidilfitri demi menjaga pesakit-pesakit kritikal seperti saya," katanya.
TIDAK SEDAR DIJANGKITI COVID-19
Sementara itu, jurufoto akhbar berbahasa Mandarin, Soh Teong Kok, 35, terkilan apabila masih menunjukkan gejala seolah-olah dijangkiti virus COVID-19 meskipun telah menjalani ujian calitan yang menunjukkan keputusan negatif.
"Pada 21 April lalu, saya tiba-tiba diserang demam panas. Oleh kerana tugas saya sebagai pengamal media dan tinggal dengan keluarga, saya pergi ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan dan keputusannya negatif.
"Walaupun lega dengan keputusan itu, saya masih lagi berasa letih dan tercungap-cungap selain batuk teruk pada waktu malam selama seminggu menyebabkan saya insomnia, selain hilang deria rasa dan bau.
"Selepas sembilan hari, saya sudah tidak bermaya lagi dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga untuk ke hospital swasta membuat ujian sekali lagi... Selepas menjalani ujian itu, saya segera diarahkan untuk masuk ke wad ICU kerana keadaan saya ketika itu sudah kritikal dan perlu ditolak dengan kerusi roda," katanya.
Memandangkan paras oksigen dalam badannya begitu rendah ketika itu, beliau terpaksa dikomakan untuk bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan di ICU.
"Saya masih ingat lagi selepas sedar daripada koma selama empat hari, saya sempat ber'video call' dengan ahli keluarga saya namun tidak dapat bercakap dan hanya boleh memberi respons dengan anggukan kepala... Ketika itu juga saya diberitahu oleh doktor bahawa keadaan saya mencapai ke tahap kelima.
"Perasaan pada ketika itu sangat perit kerana kebiasaannya saya sangat aktif dan tidak boleh duduk diam namun jangkitan ini sangat hebat sehinggakan saya terlantar di atas katil dan hanya mampu merenung ke atas tanpa boleh bergerak kerana badan dipenuhi dengan wayar dan tiub pernafasan.
Selepas lapan hari berada di wad ICU, beliau ditukarkan ke wad biasa namun masih memerlukan pemantauan rapi serta bantuan pernafasan.
"Walaupun sudah boleh bercakap dan berjalan, namun saya masih tercungap-cungap lebih-lebih lagi apabila mahu ke tandas.... bersyukur kerana saya telah melepasi paras berbahaya dan deria bau serta rasa semakin pulih dan dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama.
Meskipun ahli keluarga dan rakan-rakan yang pernah berurusan dengannya disahkan negatif, namun beliau masih berasa serba salah dan sehingga kini masih berehat di rumah dan dalam fasa pemulihan.
"Saya sebenarnya tiada idea dari mana dijangkiti COVID-19... Mungkin dalam kalangan rakan-rakan ataupun orang awam yang tidak bergejala, namun penangan virus ini sangat hebat sehinggakan hampir meragut nyawa.
"Oleh itu, apa yang selalu ditekankan oleh kerajaan untuk mematuhi SOP adalah sangat penting. Mungkin kita rasa sihat dan selalu berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan namun sebenarnya kita tidak sedar bahawa virus sudah ada dalam komuniti. Bila-bila masa kita boleh dijangkiti sekiranya kita masih memandang ringan dengan keluar dari rumah dan tidak mematuhi SOP," katanya.
Menurut laporan pada 18 Mei lalu, KKM menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
-- BERNAMA

Jumaat, 16 April 2021

Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin, 26 Positif Covid-19



KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun, Terengganu semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya membawa padah selepas 11 ahli keluarganya di samping 15 tetamu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penganjuran majlis itu dikenal pasti gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekali gus mewujudkan kluster baharu, Kluster Taman Rakyat.

Katanya, hasil pertemuan bagi mengirim duit kenduri di samping menyerahkan cenderahati perkahwinan menyebabkan wabak merebak dalam kalangan keluarga berkenaan di samping rakan karib.

“Kawannya pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah.

“Sebab itu kami selalu berpesan tangguh dahulu berkumpul beramai-ramai kerana kita tidak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja,” katanya dalam hantaran terbaharu dalam laman Facebook.

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April lalu adalah kluster komuniti melibatkan daerah Dungun dengan kes indeks iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

Nor Azimi turut melahirkan kebimbangan sekiranya tiada kepatuhan SOP di bazar Ramadan tidak mustahil kluster baharu boleh tercetus membabitkan lokasi itu.

Sehubungan itu, katanya penguatkuasan SOP Covid-19 tidak seharusnya diserahkan kepada pasukan penguat kuasa semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama melaksanakannya.

Berdasarkan infografik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 238 kes Covid-19 direkodkan di Terengganu setakat semalam.

Daripada jumlah itu, Besut mencatatkan sebanyak 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga)

Sumber: Utusan

Ahad, 17 Januari 2021

Kisah Benar:Pendedahan dan pengalaman ibu muda sebagai pesakit Covid19.Anak-anak sumber kekuatan

 Copy paste dari pemilik asal puan Wan E'reen Wan Hasan.. Bahaya covid ni🥺 minta dijauhkan dari kluarga kita smua🤲

Assalamualaikum wbt.

This is my covid-19 journey.

On 24th December 2020, i got the  first covid symptoms, demam. Body temperature tkda la terlampau panas sgt, pling tinggi 38 mcm tu. I pergi klinik, amik ubat demam and standby ubat batuk terus, sebab masa tu dh mula rasa x sedap dada. 3days after, rasa mcm tekak tu a bit dry. X sakit tp dry. And start berpeluh, peluh tu keluar sejuk mcm ice. Lepas tu rasa mcm pelik kenapa bdn dah tak panas, but biji mata ni rasa mcm nk terkeluar. I still continue mkn ubat pergi kerja mcm biasa. Day by day i start sakit dkt blkg ni. Letak mcm2 nk bg lega. Sakit tu still menyucuk. Then dah rasa sesak nafas teruk then lg teruk.

 On 30th, kebetulan mmg cuti, since rasa dh start selsema, nose dh bleeding.. i buat swab test dkt private, masa tu buat RTK je. 30mins waiting, the results positive. nak tahu apa jadi on 31st December 2020? Call kkm petaling, dorang ckp tunggu que sbb rmai sgt. Dorang smpai ckp Klau teruk, dorg suruh i call ambulance je.  I dah sesak nafas, sampai ambulance datang ambil doctor on duty masa tu terus tepuk dada i kuat2 sementara oxygen tu nk sambung. 2nd test, pcr dkt hospital still positive, i dah mkin teruk. Dehydrated cuz dh byk hari takda selera mkn, hilang deria rasa n bau. Lepas tu check jantung i smua, reading smua dah tak cantik. Then, amik darah dkt nadi, dkt nadi guys! Sakit! Doctor nk check oxygen dlm darah i ckup ke tak. Yes mmg i mkin teruk doctor trus increase kan bantuan oxygen dkt i lg tinggi. 

Sampai dekat hospital, 5days i dekat ward kritikal, they monitoring me, sehari kena amik darah 4-5x.. doctor ckp i dah masuk kn u dlm list utk msuk kn d icu, if the oxygen x bleh nk bntu, kami terpaksa guna kn alat bntuan pernafasan. masa tu ingat anak je. Serious ank kt kepala! Gagah kn diri bgun pergi toilet wlupun masa tu doctor nk msuk kn tube kencing. My blood pressure 78/50 oxygen dlm 80 lbih. 

Tengok org meninggal dpn mata, mayat trus msuk dlm guni berzip colour hijau.  Those yg kluar icu, dorang akn d pantau dkt ward kritikal. Bila dorg buka oxygen, serious mengelupur. Sbb dkt icu dh bergantung dgn alat bantuan penafasan sblum ni. Lepas tu doctor decide nk buat scan. Nak tahu results? my right lungs dah start ada darah beku n worst, kuman dh merebak. I dh jadi pneumonia rupanya!. 

Ada patient yg mengamok, stress. Nak bunuh diri, nak balik menjerit2. I kt ward Masa tu ank ank ank je kt kepala! Aku kena lawan! Klau aku balik aku kalah, ank2 aku x dpt cium aku. Katil sana tak pernah kosong! Penuh! 2 nurse jaga 28katil!    Bygkn, dorg la nk kena bg drip, cuci berak patient, kutip sampah, monitor patient, 5days i dekat ward kritikal, finally.. doctor transfer ke ward biasa, tp my bed btl2 dkt dgn kaunter nurse. Masa tu pergi tandas sesak nafas lg, nk bgun dari katil pun rasa sesak ini kn nk pergi tandas. Hri2 doctor cuba test turun kn oxygen.. yes! I can survive day-10 dkt sana doctor buka oxygen! 

Alhamdulillah! Hasil doa ibu, kluarga dan kalian semua. I dah boleh discharged, jumpa anak2 i. Tapi, i dah tak normal mcm dulu, doctor cakap it will take 5months to recover at least. So lepas ni i akn jumpa pakar paru2 dkt IPR, daily i kena amik injection cair darah sendiri 4jab ok! Ubat i kena telan almost 20biji. 3hri balik rumah rasa jgk sesak nafas, dh Pneumonia kan. Bdn i cramp sebelah kanan, kepala sakit bila x ckup oxygen. So now mmg btl2 rest dkt katil. 


So guys, covid ni real okay! Jgn dk galak sgt gelak sana sini melancong sana sini. Time camni pun ada yg sembang psl politic lg. Kuman ni mmg x nmpk, even though i pun x tahu i dpt dari mana. Luckily my kids all negative. 

Once dia attack, MEMBUNUH! Just stay at home! Tak payah la bengang tak dpt balik kampung ke apa, yg pling bahaya, yg tkda symptoms pun positive, balik kg kena plk dkt org tua korg. Snggup?? Dekat ward kritikal tu rmai org tua taw, yg ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis darah Tinggi, dorg ni lg risiko sbb covid ni attack dorg mmg collapse trus. Kuat dgn x kuat lwan je. Sbelah bed i, aunty tu kena stroke, dtg sesak nafas hanya mmpu gerak kn kaki sebelahh dgrrr mcm nyawa nk kena cabut! Bayangkn lah. Nurse dkt sana pling takot jaga icu! Sbb?? Sana kuman lg worst! Dorang btl2 sacrifice utk kita smua, tolong la appreciate dorang. Nk solat pun terkejar2.. 


Insya'allah i'll resume to work on 20th.. will see how, as for now still x boleh nk buat kerja berat.. borak2 mcm dulu2, doa kn i cpt sembuh boleh dukung anak i. ❤️


Please please please, take care guys!


Thank you doctor and nurse at Hospital Sungai Buloh! Jasamu akan dikenang.

Sumber:Fb Wan E'reen Wan Hasan

Sabtu, 21 November 2020

Kisah benar Covid fighter 1 family 16 org positif 1 meninggal (mak) Kluster Permatang

 Kisah Covid fighter 1 family

16 org positif

1 meninggal (mak) 

Kluster Permatang

Gambar hiasan

Assalamualaikum semua, hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid, Mira da janji dengan semua nak cerita semua kan.. ya Mira tepati hari ni.. harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan mira kacau bilau.. Mira cuba.. 


22/10/2020

Mak masuk icu kpj Perda

Sebab kaki mak bengkak teruk, overload fluid doc kata 


23/10/2020

Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes.. xpasti buat swab test result negatif. 


24/10/2020

Mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah.. mak ngadu penat, muka mak bengkak habis


26/10/2020 

Besday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas kat mak, sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas, sedih sgt mak tak sempat pun pakai, malam tu mak nak fries mcd.. mak mkn skit ja, mak kata teringin.. tapi mak makan 2 3 fries saja 😭 


27/10/2020

Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok, mak kt icu tp mak nak mee sotong plak, abg beli mee sotong, kak ipar suapkan mak, kmi kena gilir² naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli. Kami ank² kena jumpa doc² mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c 


29/10/2020

Mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sblm intubate, mintak ampun dengan mak.. belai² mak. Rupanya tu kali terakhir dpt syg mak cium makk. 😭😭 


30/10/2020

Mak dah koma, keadaan mak dah kritikal, doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih, masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.


31/10/2020

Abang aku pagi² dah call bgtaw mak positif covid utk swab test ke2, hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung nangis², aku taw dgn keadaan mak yg kritikal, hrpn mak nak baik sgt² tipis, mak kena transfer ke icu gh Penang, makanya tercetus la kluster Permatang dari mak aku, sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana, ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb, sbb covid tu kta xnmpk.. klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..


Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp, jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu, kami plak kena swab 2/11.. kak ipar dapat result hari yang sama jgk, sbb contact rapat, jd positif dan ambulan pun dtg ambil. Time ni org kata dia pncetus.. ksian dia.. dia pn xtaw apa².. kmi pn xthu dri sapa kmi dpt.. covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg. Asbab mak aku positif smua buat cerita bukan².. xapala.. kmi redha.. ni ujian buat kmi 


1/11/2020

Abg aku no 3 pegi swab test, sbb simptom dia smkin trok.. kmi plak kkm mtk swab test 2/11.. utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test.. Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil.. 


2/11/2020

1 family aku ke kk kulim utk swab test. Simptom aku pling trok. Batuk, demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas xlepas, aku xtggu result dah, mlm tu jgk aku serah diri kt hospital Kulim sbb aku xleh bnafas, dlm brapa jam hosp Kulim transfer aku ke hosp Sultanah Bahiyah Alor Star


3/11/2020-5/11/2020 


Suhu aku 39, oxygen aku xcntik.. kena tambah darah sbb hb jd 7, kena pakai gas, malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru, oxygen aku drop trok.. malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.. dia mtk no suami aku utk inform smua in detail.. aku dah ngis² merayu kt doc.. xnk kna intubate mcm mak, aku msih bole lawan.. aku nk cuba lawan.. 


6/11/2020

Abg aku plak ke icu, sama stuasi mcm aku, oxygen drop, ssungguhnya covid ni sgt jahat, mcm² dia serang aku n abg aku.. sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif.. baby 4 bln ank kakak aku pn positif 😭 


8/11/2020

9.13 pagi, mak dah meninggalkan kami untuk selamanya, mak dah lawan 8 hari, mak dah xmmpu.. mak dah penat, pling sedih buat keluarga aku, kmi sorg pn xbole blek tgk mak, smua kt hosp sbb covid, tggl suami dgn ank² buah 3 org ja ngatif, tp xbole kluar sbb kuarantin, sedih sgt.. pakai wakil buat pngecaman jenazah mak, kubur pn xbole tgk. Smoga mak tenang dsana.. Al-fatihah


Dan aku di icu selama 2 mggu, berperang dengan sakit, kena isolate sorg² dlm blik, sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk².. boleh kata cond aku sgt² xok.. bole refer post² di gambar.. penat 2 mggu tu Allah sja thu.. hri² aku bperang sgn sakit. 


16/11/2020

Alhamdulillah akhirnya aku recover, dah kena transfer ke hsb lama.. wad biasa, skarang dlm proses recover, dpt dduk sblh suami.. dia positif swab test ke2 hri ke 14.. ank² buah 3 org tu power.. smpai skrg ngatif.. immune pling power 


21/11/2020

Hri ke 20, doc cakap klu 21 hari aku bole balik dh, mudah²an amin, 1 je nk pesan buat org dluar sana.. bila ada teman² sdara mara kena covid, shrusnya kita support emosi diorg, bukan kta tokok tambah cerita, buat fitnah yg xbtl psl org positif, nk thu dgn skit je cerita tmbh² ni bole buat emosi psakit down, sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi.. 


Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif. Abg aku, kak ipar discaj esok.. aku n suami maybe ahad ni. Lain² smua awl lg dh discaj.. recover cepat. Covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom.. bg aku yg dok icu.. ada ubat² yg aku dpt.. xbole bg information p&c.


Aku hrp kwn² kt luar sana, follow lah sop, tak penting xperlu keluar, aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit, p&c.. apa aku ckp.. covid ni real.. mmg sakit sgt, xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana, Allah maha mengetahui, stop spreading false news, stop la fitnah pesakit² covid, selagi kta x kena, kta xrasa siksa tu macam mana.. jd tlg la bg moral support kt mereka.. itu shj dh ckup. Tlg pakai mask, cuci tgn dgn kerap, kekalkan jarak 1 meter, dan jaga sop..


Skian karangan dari pesakit covid. Terima kasih buat smua staff nurse/doktor² icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli, mndikan aku, urut aku, sikat rmbut aku, ikat rmbut aku.. ya Allah baik sgt depa, kalah hosp swasta taw 😭


Terima kasih staff nurse dan doktor hspital Sultanah Bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa.. alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.. aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid. Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi, saling support sesama kami, mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni.. Al-fatihah mak Rogayah bt Md Desa 

Kubur mak

Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak

Rindu yang tak terucap..


Credit ~ Myra Jijie


Untuk lebih info, video dan bagi beri kata-kata semangat boleh ke FB Myra di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4781242775251591&id=100000977470870&fs=0&focus_composer=0

Isnin, 24 Ogos 2020

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk, Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil?


Gambar Hiasan

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Saya baru sahaja pulang dari menziarahi rakan di Kelas Pengajian Al-Quran dan Tajwid saya di Kg Mambau. Beliau diuji Allah dengan ujian kehilangan anak sulungnya di keheningan pagi sebelum masuk waktu Subuh pagi tadi.

Di sini saya bertemu ibu-ibu hebat, rakan-rakan kelas al-quran saya yang sudah lebih lima bulan tidak bertemu muka. Mereka yang sabar menunggu jenazah, masing-masing dengan mata yang merah dek kerana merasai peritnya satu kehilangan seorang permata berharga dan dek kerana kuatnya ikatan hati antara mereka.

Perginya puteri sulung beliau pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan yang tragis tetapi sangat indah dan pastinya dicemburui oleh kita yang masih bernyawa.

Arwah dilanggar oleh sebuah kereta ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat Subuh berjamaah betul-betul di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kg Mambau. Saya masih terlihat merahnya darah di tembok surau dan kesan-kesan kemalangan ngeri yang meragut nyawa.

Kereta yang dipandu oleh suspek yang juga berbangsa India dikatakan dibawah pengaruh alkohol, arwah terseret jauh beberapa meter dan pada masa suspek juga melanggar sebuah motor yang dinaiki oleh sepasang suami isteri berbangsa India. Pasangan ini turut terkorban dalam kejadian ini.

Arwah dan ibunya adalah antara jentera wanita yang banyak memberi khidmat di Surau Al-Muqarrabin Kg Mambau. Khabarnya malam tadi (malam sebelum kejadian) arwah sempat mengemas surau seperti kebiasaannya.

Arwah dan ibunya antara jemaah wanita yang sering solat berjamaah di Surau Al-Muqarrabin, surau tempat saya bertemu ibu-ibu hebat dalam bulatan gembira al quran dan tajwid setiap pagi Khamis. Jarak yang dekat antara surau dan rumahnya memanggil mereka untuk sering berjalan kaki ke surau.

Ibunya cukup tabah sempat dia berbicara dengan saya selepas saya memeluknya erat.

"Mak pergilah dulu, nanti Along menyusul kemudian." Ini antara bicara terakhir kedua beranak ini.

Selepas menunaikan solat sunat, sebelum azan subuh lagi ibunya terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat di luar surau. "Owh ada kemalangan", bisik ibunya.

Ibunya berada di surau sehingga beliau selesai solat Subuh berjamaah, namun hairan Along tidak ada di surau. Dikhabarkan beliau pulang dahulu ke rumahnya untuk mencari di mana Along dan kembali semula ke surau selepas didapati arwah tiada di rumah dan selepas itu.

Kemudian, barulah beliau mengetahui bunyi dentuman yang kuat tadi dentuman tadi adalah dentuman kereta yang meragut nyawa anaknya.

Arwah Along masih berkhidmat dengan Public Bank, berusia 42 tahun, seorang yang ringan tulang dan banyak membantu memberi khidmat di suraunya. Beliau pergi meninggalkan tiga orang puteri dan seorang putera yang masih bersekolah.

Saya betul-betul terkesan dengan kejadian ini.

Antara yang saya tidak boleh lupakan adalah tangisan anak-anak arwah sebelum jenazah dibawa ke surau. Air mata saya tumpah.

Cukup tragis juga apabila saya terlihat seorang wanita yang lemah longlai di sisi jenazah (kebetulan saya masuk ke rumah ketika itu) . Saya tidak kenal siapa, saya peluk beliau dan minta dia bertenang. Saya bacakan ucapan innalillahi wa inna ilaihiroji'un dan saya minta terus ulang bacaan itu. Saya minta dia sabar dan redha serta maafkan semua salah dan silap arwah. Alhamdulillah, dia kelihatan sedikit tenang dan dengan perlahan, dalam esak tangisnya dia sebut pada saya, "arwah menantu yang baik, arwah tiada salah pada makcik."

Terkesan dengan peribadi arwah Along dan ibunya yang dekat di hati saya. Terkesan dengan keindahan ukhuwwahfillah rakan-rakan di bulatan gembira saya.

Terkesan dan kesal lagi dan lagi kejadian kemalangan oleh pemandu mabuk yang membunuh insan yang tidak berdosa.

Saya seru kepada pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya. Haramkanlah arak yang telah membunuh sekian banyak nyawa manusia yang tidak berdosa.

Moga Allah kurniakan rahmat dan keampuanan buat allahyarham  Along, Puan Noraniza Binti Hj Amin dan tempatkan rohnya di tempat yang paling mulia. Juga diberikan kesabaran yang tinggi buat keluarga  Tuan Haji Amin dan Hajjah Normah seisi keluarga atas kehilangan ini.

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... 😭😭😭

Copy paste