"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label RSN Rayer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RSN Rayer. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2024

Jumpa di mahkamah, Rayer beritahu pendakwah

 Ahli Parlimen Jelutong berkata beliau tegas dengan apa diucapkan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer enggan kemuka permohonan maaf kepada pendakwah Muslim, Zamri Vinoth Kalimuthu kerana menggesa tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP RSN Rayer berkata tidak akan kemuka permohonan maaf terhadap Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Jelutong itu berkata, beliau tegas dengan apa diucapkan di Parlimen.

“Saya tidak perlu 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya. Saya akan jumpa Zamri Vinoth Kalimuthu di mahkamah,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Petang tadi, Zamri menuntut permohonan maaf daripada Rayer kerana menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pendakwah itu atas dakwaan menghina orang Hindu.

Zamri juga menuntut Rayer menarik balik kenyataannya dibuat merujuk dirinya. Beliau memberi tempoh 14 hari berbuat demikian.

Zamri berkata, beberapa laporan polis dibuat terhadapnya pada 2021 selepas didakwa oleh beberapa individu menghina Tuhan Shiva dalam video dimuatnaik di Facebook dan YouTube.

Katanya, susulan itu beliau direman empat hari.

Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa memutuskan kesnya tiada tindakan lanjut, Rayer mengulangi dakwaan terhadapnya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.-FMT

Rabu, 11 November 2020

Sidang Parlimen:RSN Rayer diusir lepas berang Tiong dakwa Noor Hisham 'takut mati'

 PARLIMEN | Dewan Rakyat bertukar kecoh seketika hari ini setelah berlaku pertikaman lidah di antara Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing, dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Ia bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati" kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Mendengar kenyataan tersebut, Rayer bangun sambil meminta Tiong menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya.Kata Rayer, dia tidak akan membenarkan Tiong "menghentam" Noor Hisham dan menganggap ia sebagai tindakan "kurang ajar".

"Saya tidak benarkan dia (Tiong) hentam DG (Dr Noor Hisham), dia adalah petugas barisan hadapan, jangan kurang ajar, Bintulu.“Jangan hina pegawai kerajaan,” jerit Rayer.

Minta Azalina tegur

Suasana kemudian bertambah panas apabila Shahidan Kassim (BN-Arau)mula menjerit dan meminta Rayer duduk.

Timbalan Speaker Azalina Othman Said kemudian meminta Rayer untuk duduk dan memberi amaran akan mengusirnya keluar dari Dewan Rakyat jika tidak berbuat demikian.

“Jelutong tolong duduk, saya nak buat ruling (ketetapan)... I am warning you (saya memberi amaran kepada kamu), kalau tak duduk saya akan keluarkan,” katanya.Namun Rayer enggan mengikuti arahan Azalina. Sejurus kemudian Azalina mengarahkan wakil DAP berkenaan keluar dari dewan.

Sejurus selepas Rayer keluar Dewan, Azalina memberi dua pilihan kepada Tiong sama ada untuk menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya.

Bagaimanapun, Tiong tetap enggan menarik balik kenyataannya.

“Ini suara petugas barisan hadapan, jadi saya tidak mahu tarik balik. Selalu (Noor Hisham) hantar orang. Dia kena pergi jugalah,” tegas Tiong.

Keadaan kemudian kecoh kembali selepas beberapa anggota parlimen bangun dan meminta Azalina untuk menegur Tiong ekoran kenyataannya.

Setelah itu, Azalina meminta supaya ahli parlimen bertenang dan Tiong mula berbahas semula.Dia tidak menarik balik kenyataan tersebut sehingga akhir.-mkini

Selasa, 25 Ogos 2020

Ada saya curi duit bapa awak, ahli Parlimen Baling tanya Rayer


KUALA LUMPUR: Hari terakhir perbahasan di Dewan Rakyat berhubung rang undang-undang Covid-19 menjadi tumpuan dengan perdebatan hangat antara wakil kerajaan dan pembangkang mengenai isu kontroversi lawatan seorang menteri ke Turki.

Ketegangan itu bermula sejak pagi tadi dengan pembangkang berulang kali meminta penjelasan berkenaan dwi-standard dalam hukuman antara rakyat dengan seorang menteri yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia berlanjutan sehingga ke sesi petang apabila Shahidan Kassim (BN-Arau) mengkritik kerajaan lepas kerana gagal “mengurus” industri minyak sawit pada masa itu.

Shahidan berkata, harga komoditi jatuh tahun lepas berbanding sekarang.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berdiri dengan berkata bahawa Shahidan mengelirukan Dewan kerana ramai menteri yang mengurus ekonomi negara duduk di sebelah kerajaan.

“Tanya Gombak (Mohamed Azmin Ali) yang terlibat dengan ekonomi negara,” katanya.

Ini menyaksikan Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mempertahankan pertumbuhan sektor minyak sawit di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Rayer memberitahu Azeez supaya tidak mencelah. “Kamu pencuri. Duduklah.”

Azeez menjawab: “Ada saya curi duit bapa awak? Kalau ada, awak cakap sekarang.”

Pembesar suara ditutup selepas itu bagi mententeramkan keadaan.

Ahli Parlimen seterusnya yang berbahas ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang bercakap mengenai dwi-standard yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Merujuk kepada orang awam yang didenda dan dipenjara kerana tidak memakai pelitup muka atau tidak menjalani perintah kuarantin wajib, beliau meminta penjelasan mengenai ketidakseragaman dalam pelaksanaan undang-undang terhadap VIP.

Dalam pada itu, ahli Parlimen lain menggesa speaker Azhar Harun supaya melarang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, yang tidak mematuhi peraturan kuarantin, daripada masuk Dewan sehingga kesnya selesai.

Rayer mengingatkan Azhar bahawa beliau baru-baru ini mengarahkan ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka menjalani saringan.

Katanya, Khairuddin secara jelas melanggar undang-undang Covid-19.

Azhar berkata, Khairuddin pergi ke Turki pada 3 Julai, iaitu sebelum pelantikannya (Azhar) sebagai speaker pada 13 Julai.

“Kedudukan saya adalah saya tak punyai kuasa untuk memerintah ahli Parlimen membuat itu dan ini. Saya tak buat petua sebab petua yang saya boleh buat hanya di bawah Peraturan Mesyuarat,” katanya.

Justeru katanya, beliau menasihati ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka untuk menjalani ujian virus, dan tidak membuat arahan.-FMT