"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2024

Keikhlasan Nabi Ibrahim: Pengorbanan Seorang Ayah yang Diabadikan dalam Ibadah Korban

 "Keikhlasan Nabi Ibrahim: Pengorbanan Seorang Ayah yang Diabadikan dalam Ibadah Korban" 

MasyaAllah… tiada kisah pengorbanan yang lebih menyentuh hati dan penuh hikmah selain kisah Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail a.s. Peristiwa ini bukan sekadar satu catatan sejarah, tetapi ia menjadi lambang keimanan, ketaatan, dan keikhlasan yang menjadi asas kepada ibadah korban yang kita laksanakan hingga ke hari ini. Kisah ini mengajarkan kita bahawa keimanan sejati memerlukan pengorbanan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Nabi Ibrahim a.s., seorang nabi pilihan Allah, telah melalui pelbagai ujian besar sepanjang kehidupannya. Salah satu ujian yang paling berat adalah perintah Allah untuk mengorbankan anaknya yang tercinta, Nabi Ismail. Ismail bukan sekadar seorang anak, tetapi anak yang amat dinantikan oleh Baginda selepas bertahun-tahun berdoa agar dikurniakan zuriat. Ketika Allah SWT akhirnya menganugerahkan Baginda seorang anak lelaki, datanglah ujian besar yang menguji keimanan dan kecintaan Nabi Ibrahim kepada Tuhannya.

Segala-galanya bermula apabila Nabi Ibrahim menerima mimpi dari Allah SWT. Dalam mimpi itu, Baginda diperintahkan untuk mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan kepada Allah. Mimpi seorang nabi bukanlah mimpi biasa; ia adalah wahyu yang membawa perintah Ilahi. Bayangkan perasaan Nabi Ibrahim—a seorang ayah yang begitu menyayangi anaknya, kini diminta menyerahkan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya. Namun, keimanan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT tidak pernah goyah. Dengan penuh tawakal, Baginda memutuskan untuk melaksanakan perintah tersebut.

Apa yang luar biasa adalah bagaimana Nabi Ibrahim menangani situasi ini. Baginda tidak bertindak secara tergesa-gesa atau memaksa keputusan ke atas Nabi Ismail. Sebaliknya, Baginda berbicara dengan penuh hikmah dan kasih sayang kepada anaknya. Nabi Ibrahim berkata:

"Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?" (Surah As-Saffat, 37:102)

Respon Nabi Ismail sungguh luar biasa, mencerminkan keimanan seorang anak muda yang teguh kepada Allah SWT. Dengan penuh keyakinan, Nabi Ismail menjawab:

"Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk dalam kalangan orang yang sabar." (Surah As-Saffat, 37:102)

Jawapan ini menggambarkan ketaatan Nabi Ismail yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT. Ia menunjukkan bahawa keimanan teguh Nabi Ibrahim telah diwarisi oleh anaknya, yang juga menerima ketentuan Allah dengan penuh reda walaupun melibatkan nyawanya sendiri.

Saat yang dinanti tiba. Nabi Ibrahim membawa Nabi Ismail ke tempat yang telah ditentukan untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Bayangkan perjalanan mereka—seorang ayah dan anak berjalan bersama, masing-masing dengan hati yang sarat emosi tetapi penuh keikhlasan. Nabi Ismail, dengan langkah kecilnya, memandang ayahnya dengan penuh kepercayaan, sementara Nabi Ibrahim menahan air mata, kerana kasihnya sebagai seorang ayah tidak pernah pudar. Namun, kedua-duanya tahu bahawa perintah Allah harus didahulukan.

Gambar hiasan

Setibanya di tempat tersebut, Nabi Ibrahim dengan lembut membaringkan Nabi Ismail. Tangan Baginda bergetar, tetapi hatinya penuh dengan keyakinan kepada Allah. Saat Baginda bersedia untuk menyembelih anaknya, rahmat Allah tiba. Seekor kibas dari syurga dikirimkan sebagai ganti kepada Nabi Ismail. Allah SWT berfirman:

"Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar." (Surah As-Saffat, 37:107)

Pengorbanan ini bukanlah tentang benar-benar mengorbankan Nabi Ismail, tetapi satu ujian untuk mengukur sejauh mana keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah. Ujian ini tidak hanya lulus, tetapi menjadi lambang ketaatan tertinggi yang dirakamkan dalam sejarah.

Peristiwa ini tidak berakhir di situ. Allah SWT mengabadikan peristiwa ini dalam ibadah korban yang kita laksanakan setiap tahun semasa Hari Raya Aidiladha. Korban yang kita lakukan bukan sekadar ritual menyembelih haiwan, tetapi satu tanda syukur kepada Allah SWT dan simbol penyerahan diri sepenuhnya kepada-Nya. Seperti mana Nabi Ibrahim menyerahkan sesuatu yang paling berharga, kita juga diajar untuk menyerahkan segala yang kita miliki demi redha Allah.

Kisah ini sarat dengan pengajaran. Pertama, ia menunjukkan bahawa keikhlasan adalah asas kepada segala bentuk ibadah. Nabi Ibrahim tidak mempertikaikan perintah Allah walaupun ia melibatkan sesuatu yang sangat berat. Kedua, ia mengajar kita bahawa ujian Allah bukan untuk melemahkan kita, tetapi untuk menguatkan keimanan. Ketiga, ia membuktikan bahawa ketaatan kepada Allah membawa keberkatan yang tidak terhingga, bukan hanya kepada individu tetapi juga kepada umat.

MasyaAllah… kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah cerminan keimanan yang tiada tandingan. Ia mengingatkan kita bahawa segala yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah SWT, dan kita harus bersedia menyerahkan semuanya kepada-Nya tanpa ragu. Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita semua dalam menunaikan ketaatan kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan. Amin.

___

Sumber 

Isnin, 19 April 2021

“Keputusan Besar Dia Dermakan Buah Pinggang, Aku Sangat Bertuah.” Demi Cinta, Isteri Serah Buah Pinggang Pada Along Eyzendy


Siapa yang tidak mengenali pelakon ini? Sering menjadi pelengkap untuk filem-filem tempatan dengan watak lucu. Di sebalik rupanya yang ceria dan lakonan bertenaga, siapa yang menyangka rupa-rupanya Along Eyzendy mempunyai masalah dengan buah pinggangnya.

Menurut doktor ketika dia menjalani pemeriksaan kesihatan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40, hanya 19 peratus daripada buah pinggangnya yang berfungsi manakala yang selebihnya telah rosak.


Berkongsi tentang tahap kesihatannya pada sebuah akhbar tempatan, Along turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mungkin nampak sihat di luaran, tapi siapa sangka rupanya kita sakit.

Terbaharu melalui perkongsiannya di laman Facebook, dia memberitahu dia dan isteri telah menjalani pembedahan buah pinggang. Paling mengusik jiwa adalah pengorbanan si isteri yang mendermakan buah pinggangnya kepada Along. Ternyata seorang isteri sanggup melakukan apa sahaja demi suami tercinta.


Keputusan untuk mendermakan organ dalaman bukanlah mudah untuk dibuat dan perlu mendapat nasihat daripada pakar, namun isteri Along tidak ragu-ragu. Bahkan dengan rela hati mahu mendermakan buah pinggangnya supaya Along sembuh semula.


Petikan dari sebuah akhbar tempatan tentang kisah Along dan isterinya

Ikuti apa kata Along pada Ramadan kedua tempoh hari tentang keadaan dia dan isteri:

Ramadhan 2. Hari ke 5 utk aku hari ke 3 utk Amy Eyzendy dlm wad 7b hospital selayang. Dah bermacam2 jenis doktor pakar dtg utk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant Dan beberapa doktor pakar yg lain. Dari penerangan atau brifing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’ aku tgk bini aku relax je dia…

Maklumlah ini kali yg ke4 dia masuk operation theater OT. Sblm ni masa melahirkan anak kami ketiga tiganya di lahir melalui cara pembedahan atau caesarean. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa. Tapi bagi aku yg kali pertama nak masuk OT Dan kali pertama nak belah perut mmg sgt merisaukan, mendebarkan, Dan mcm2 perasaan yg bermain di fikiran.

Tapi nasihat bini aku x yah fikir just tawakal Dan lalu je… Mcm dia. Aku Cuba, tapi 5 minit kemudian aku pk blk… 😂😂😂 mmg berbeza la aku dgn dia. Dia lebih kuat lebih cekal Dan lebih positif. Kalau x dia takan ambil keputusan yg sgt besar dgn mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yg belum tentu semua org mampu utk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah… Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.


Di laman Facebooknya juga turut ada sebuah status yang memaklumkan keadaan pelakon ini yang dikatakan semakin stabil. Buah pinggang baharunya juga dikatakan berfungsi dengan baik dan kini Along berada di bawah pemantauan doktor di hospital. Sama-sama kita doakan agar kesihatan Along dan isterinya semakin pulih dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: Eyzendy Aziz & My Metro

Credit: Pa & Ma

Sabtu, 13 Mac 2021

Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap 'hadiah manis' sebelum bersara

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zulkifli Noordin (kanan) menyerahkan sijil penghargaan KDN kepada Sarjan Mat Shah Kassim. - Bernama

REMBAU: Keberanian seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau 4 Mac lalu mendapat perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mat Shah, 57 tahun, yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan November depan selepas 39 tahun berkhidmat hari ini, menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengakui terharu menerima penghargaan itu kerana menyifatkan tugas yang dilakukannya sebagai suatu tanggungjawab terhadap masyarakat, tambah Mat Shah, tindakannya itu juga dibuat selepas melihat kesungguhan seorang ibu warga emas yang bersungguh-sungguh menyelamatkan anaknya dalam tragedi berkenaan.

Ujarnya, sepanjang berkhidmat di IPD Rembau sejak 11 tahun lalu, terdapat tiga kejadian mencabar yang dikendalikannya yang masih segar sehingga kini dan insiden baru-baru ini disifatkan sebagai ‘hadiah istimewa’ sebelum menamatkan perkhidmatan.

“Sepanjang saya bertugas di IPD Rembau ini, ada tiga kejadian yang agak beri kesan pada jiwa saya. Pertama, kemaangan libatkan satu kereta MyVi langgar belakang treler dan mangsa rentung, saya pun angkat mayat tersebut.

“Kedua, kejadian tembak warga asing. Dia lakukan jenayah rompak di rumah mangsa dan dia telah ditembak mati, saya angkat mayat itu. 

Dalam keadaan semua orang takut, saya diberi kekuatan angkat dua mayat penjenayah warga asing.

“Itulah beberapa kejadian. Tapi kejadian inilah (selamatkan mangsa kebakaran) begitu menyentuh perasaan saya sendiri. 

Saya ingat bagaimana seorang ibu begitu sekali (berusaha) untuk menyelamatkan anaknya. Itulah yang menyebabkan saya diberi kekuatan untuk bertindak walaupun dalam keadaan begitu,” imbasnya.

Beliau ditemui selepas menerima surat penghargaan yang disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Dalam Negeri mewakili Hamzah, Datuk Seri Zulkifli Nordin, di Bilik Gerakan IPD Rembau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang 4 Mac lalu, sebuah rumah di Kampung Seberang Batu Hampar terbakar dan warga emas Maimunah Mohd Shah, 81 tahun, cuba masuk ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) Zaidi Zainudin, 46 tahun, sehingga ke tangga dapur.

Tanpa memikirkan tentang risiko dan bahaya, Mat Shah kemudian bertindak nekad meredah api menyelamatkan kedua-dua mangsa itu.

“Saya pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Hutan dan PGA. Saya biasa kerja berkumpulan, jadi kebanyakan di tugas am ni, kerja secara bersendirian, tindakan tu banyak. 

Saya juga pernah diberi penghargaan Polis Hutan, tapi secara berkumpulan. Kawan-kawan pernah berdepan sesuatu yang mencabar.

“Tapi inilah penghargaan yang begitu menyentuh hati saya sepanjang selama 39 tahun.

Mat Shah turut menerima sijil penghargaan daripada Polis Kontinjen Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.


Ahad, 7 Mac 2021

Sjn polis redah api:Ibu berkorban untuk anak, polis untuk masyarakat

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan nekad untuk meredah api setelah melihat seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anaknya dalam tragedi kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Maimunah Mohd Shah, 81, masuk semula ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya Zaidi Zainudin, 46, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga ke tangga dapur.

Menurut Sarjan Mat Shah Kasim, 57, tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapinya berikutan keadaan api yang marak, bahang panas dan juga percikan api serta elektrik, dia nekad meredah bahagian dapur rumah yang sedang terbakar berkenaan.

“Saya lihat dari jauh seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anak dan saya fikir, saya juga perlu nekad menyelamatkan dua beranak berkenaan lebih-lebih lagi memang menjadi keutamaan polis bagi membantu masyarakat.

“Alhamdulilah, walaupun keadaan pada masa itu agak bahaya, Allah masih melindungi saya semasa saya membawa mangsa yang melecur keluar sejauh lebih 10 meter dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, tadi.

Mat Shah yang merupakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas habis bertugas menghantar pegawainya ke Kedah atas satu urusan rasmi.

“Kedua beranak yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian anggota badan itu di hantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangkakan bakal berhadapan dengan situasi berkenaan sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam pasukan polis bermula dengan Pasukan Polis Hutan Batalion 5 pada tahun 1982 dan kemudiannya bertukar ke Pasukan Gerakan Am.

“Pada tahun 2010 saya bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan kini ditempatkan di Cawangan Logistik IPD Rembau,” katanya. – K! ONLINE.