"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Angan-angan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angan-angan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Mac 2021

Bior betik:Anwar dakwa cukup sokongan bentuk kerajaan

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Anwar yang juga presiden PKR juga yakin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat.

Meskipun tiga ahli parlimen PKR keluar parti untuk menyokong PN baru-baru ini, Muhyddin masih tidak mempunyai sokongan secukupnya untuk terus menjadi perdana menteri, katanya.

“Saya mempunyai jumlah secukupnya (sokongan Ahli Parlimen),” kata Anwar pada sidang media sebentar tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoalkan keabsahan Muhyiddin selaku perdana menteri, yang menurut beliau hanya mempunyai sokongan terhad di Dewan Rakyat.

“Yang penting kenapa tak tanya berapa (sokongan) Perikatan Nasional ada?” katanya kepada pemberita.

“Bagaimana anda boleh simpulkan mereka (PN) ada majoriti dengan tiga Ahli Parlimen menyokong mereka?”

Anwar berkata dakwaan PN mereka mempunyai sokongan 111 atau 112 Ahli Parlimen tersasar kerana sebilangan mereka menyokongnya.

“Secara teknikalnya, mereka hanya ada sokongan 100 (Ahli Parlimen). Mereka tidak ambil kira Warisan, Pejuang (kumpulan pro-Mahathir Mohamad), dan Muda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).”

Anwar berkata tindakan tiga ahli Parlimen PKR menyokong Muhyiddin tidak mengubah kerapuhan kerajaan PN.

“Mereka ingar mereka ada majoriti, tetapi sebenarnya masih tidak cukup.”

Pada September lalu, Anwar gagal menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri walaupun mendakwa mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu.

Anwar dilaporkan gagal mengemukakan senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau apabila menghadap Yang di-Pertuan pada Oktober.

-FMT