"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Ahad, 9 Mac 2025

Operasi Gubir 2 (20 April - 3 Mei 1976):60 komando vs. 400 komunis (komando menang).

 60 komando vs. 400 komunis (komando menang).

🔸Operasi Gubir 2 (20 April - 3 Mei 1976)

Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. 

Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.

Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand.

Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. 

Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut. 

Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara. 

🔸 Formasi yang terlibat adalah seperti berikut :

1️⃣ Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman

2️⃣ Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam

3️⃣ Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon

4️⃣ Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee

5️⃣ No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan

6️⃣ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

🔶 Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)

a. Ketua Skuadron - Kapt. Sudirman Haji Ahmad

b. Ketua Terup - Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan

c. Anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) - 57 orang

🔶 Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera

a. Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian

b. LLP - 18 anggota

Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK

a. membina tempat mendarat helikopter

b. membersihkan jerangkap samar

🔶 Serangan Udara

Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara. 

Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.

Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.

Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. 

Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.

Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.

🔶 Pendaratan Pasukan Penggempur.

Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette. 

Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. 

Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.

Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. 

Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. 

Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.

Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. 

Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar di kawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.

Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:

 1️⃣ Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki

2️⃣ Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki

3️⃣ Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan

🔶 Pembersihan Dalam Terowong

Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.

Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera. 

Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap. 

Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.

Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada. 

Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.

🔶 Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976

Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:

☠️ Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter

☠️ Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot

☠️ Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM

☠️ Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten)

☠️ Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)

☠️ Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai

Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri

☠️ Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD

☠️ L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)

☠️ L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK

Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point". 

Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.

🔶 The Great Escape

◾1 Mei 1976

Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. 

Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu. 

Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.

Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.

◾2 Mei 1976

Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak ke kawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis. 

Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar. 

Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.

Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). 

Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh. 

Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. 

Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pengganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.

Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.

◾3 Mei 1976

Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu. 

Mereka meneruskan perjalanan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. 

Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.

Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan di hadapan. 

Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat. 

Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.

Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.

AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......

HAPUSKAN ANCAMAN PENGGANAS YANG MENGANCAM KESELAMATAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.

Sumber

Rabu, 5 Mac 2025

KEMATIAN PUN TERKADANG TIDAK AKAN MENGINSAFKAN

 KEMATIAN PON TERKADANG TIDAK AKAN MENGINSAFKAN 

Panjang lebar malam ini berkempatan aku duduk bersembang dan bertukar pandangan bersama Ahli Yang Berhomat dari Johor ini seusai kami selesai solat terawikh di perkarangan Dewan Banquet Parlimen.

Sepanjang masa kami di Dewan Rakyat aku berkesempatan dan memerhati gelagat tingkah laku ahli ahli yang berhormat terutama Sang Menteri.

Semasa aku menemu ramah YB Dato Ustaz Hj Idris Ahmad diluar kafateria Parlimen kafe Tamu lalu sepintas akan kelibat YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan gerombolan pasukan beliau.

Aku perhatikan sahaja. 

Teman teman, lebih 10 orang pegawai pegawai mengerumuni sosok Presiden parti keramat melayu ini dan jujur aku terlihat wajah beliau yang senyum sahaja berjalan gah di sanggah sana kuasa.

Melihat sosok pimpinan PAS seperti YB Dato' Ustaz Hj Idris Ahmad yang "humble" dan santai dibantu seorang pegawai beliau anak muda, namun aku percaya ini semua benar benar menguji kekuatan mental dan fizikal pimpinan PAS terutama di dalam usaha membawa agenda penyatuan ummah.

Jujur tulisan ini aku luahkan coretan persoalan "real politik" akan bagaimana memahami parti UMNO ini berjalan dan  hidup dengan kuasa yang sedia ada walaupon seluruh majoriti rakyat khususnya orang melayu mendambakan penyatuan parti parti utama orang melayu.

YB Sdr Islahuddin ahli parlimen muda daripada Mersing ini berterus terang dan berkongsi akan maklumat yang amat mahal kepada kami malam ini (tadi) jujur dan tidak berselindung.

"UMNO selagi dibawah Zahid akan terus bersama kerajaan perpaduan ini, bahkan  mereka rela untuk kalah lebih banyak kerusi di PRU 16 asalkan percaturan boleh masuk menjadi kerajaan", ujar YB Mersing kepada kami.

Bunyinya pelik, kalah lebih banyak kerusi akan tetapi tetap masuk menjadi kerajaan kelak.

Barangkali inilah bahaya memegang tampuk jawatan Menteri ni teman teman. 

Seolah olah ada saka dan kuasa ini benar benar menggiurkan ujian buat pemimpin untuk meletakkan perjuangan luhur berbanding agenda peribadi tertentu. 

Memualkan....

Hatta walaupon dosa dosa menggunung tinggi, kelazatan duduk dikerusi empuk Menteri Menteri seolah olah KEMATIAN pon tidak mampu memberi kesedaran akan seruan untuk kembali ummah bersatu dan meninggalkan gabungan si KAFIR HARBI yang merosakkan asas asas negara dan Tanah Jawi ini.

Sepanjang malam ini seusai aku selesai sesi luahan rasa dan getusan idea, aku boleh katakan perjalanan membangkitkan kesedaran orang orang melayu sangat sukar, hampir mustahil jika kita tidak meletakkan iman dan ketaqwaan ditempat paling tinggi sebelum bicara soal melayu, kuasa dan singgahsana Putrajaya.

Teman teman, era zaman edan ini, apa yang penting ialah memastikan asas asas negara dan tanah air ini dipelihara agar kelak dapat dinikmati generasi seterusnya.

Ini bukan politik soal Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi kemudian bersambung dicicip oleh anak anak mereka Nurul Izzah, Nurul Hidayah etc, bukan teman teman.

Ini soal leluhur perjuangan panjang demi kesinambungan generasi mendatang. Tanah air ini terlalu berharga semata mata dikorbankan untuk Bapak Bapak Berkuasa terus berkuasa..

Aku bertanya serius kepada MP Mersing yang kebetulan kami sebaya seumur, tanya aku:

"Is it worth it YB???"

Semestinya jawapannya TIDAK. NOT WORTH IT AT ALL!!!

Perjuangan suci sang pejuang tanah air selalunya dikesampingkan. Mereka berkuasa yang mengubah naratif sejarah akan sentiasa mempotret merekalah yang benar, mereka lah yang berjuang, perjuang rakyat atau perjuang reformasi.

Dipalit kita yang lemah, kurang dana dan kurang serba serbi ini lah sebagai pengkhianat, lebai ekstrimis, "low class" dan sebagainya. NAUZUBILLAH!

BAHAYA SI KAFIR HARBI YANG LICIK!

Aku memandang wajah MP Mersing bahawa adakah pimpinan melayu mutakhir tak nampak kita sedang dipergunakan puak puak HARBI yang "anytime" akan menangguk di air keroh.

Lihat sahaja ideologue sekular yang teguh dipertahankan sehingga hari ini mana mungkin kita boleh biarkan sedetik masa mereka dengan penuh perongos menjarah dan mengubah asas asas negara ini didirikan.

Apakah seni berpolitik orang melayu begitu mandom dan buta hati sehingga tidak lagi terlihat "big picture" implikasi kelak kepada generasi masa hadapan?

Bahkan bila disentuh perihal RM170 juta ia sudah menjadi rahsia umum ia adalah senjata ampuh "cash is KING" aparat aparat parti keramat melayu memancing undi ditabur habuan kepada mereka mereka yang mahu terpedaya dan candu dengan wang kertas ini.

Memanda Perdana Menteri ke-9 Pak Long Mail sebagai contoh klasik selaku kambing hitam yang wajib dikorbankan agar menjadi peringatan kepada pembesar pembesar parti keramat melayu agar usah memandai mandai bertindak berani seperti Hang Jebat jika kamu tidak mahu diperlecehkan dikemudian hari.

Kusut dan sukar sekali akan nasib pertiwi ini.

Ia memerlukan lelaki qawwiyul Amin yang teguh iman didada, kuat dan pintar akal fikiran paling penting ia dipandu dengan iman seteguh besi waja sedikit pon tidak terliur dengan janji janji manis habuan didepan mata.

Rakyat khususnya orang melayu dibawah memerhatikan gelagat pembesar pembesar diatas ini.

Aku sejujurnya selaku anak muda yang memerhati senario politik mutakhir ini tetap optimis dengan membawa Islam bersama seiringan sederap selangkah akan tetap berjaya dan optimis.

Ia memerlukan keberanian dan iman teguh seteguh besi waja kerana kita sedang berhadapan mereka mereka yang licik dan sangat jahat dengan sebarang usaha menyatukan ummah!

Ini negara kita!

Ini tanah air kita!

Kita bangsa majoriti tetapi tak tahu lah kenapa nasib bangsa majoriti sering diketepikan.

Aku titipkan pesan para ustaz dan alim ulama dan aku ulang siar dihadapan YB Islahuddin bahawa bulan Ramadan mulia ini kita gunakan kuasa doa, bangun malam dan berdoa bersungguh sungguh agar kelak Allah membuka jalan keluar dari kekusutan sedia ada.

Doa adalah senjata ampuh orang orang beriman.

Sejauh mana kita yakin dan gunakan ia sebaiknya???

Tepuk dada tanya iman di dada...

Tenang & Sod Ba Ro 

Bro SK

5 Mac 2025/  4 Ramadan 1446H

4.10am Dusun Silaturahim

Source 

Ahad, 2 Mac 2025

7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu!

 7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu! 🛫

Pernah tertanya kenapa tingkap kapal terbang bulat? Atau kenapa semua orang naik dari sebelah kiri? Jom kita bongkar fakta menarik di sebalik keajaiban kejuruteraan paling selamat di dunia ini!

1️⃣ Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bulat? 🔵✈️

Tingkap segi empat boleh menyebabkan tekanan tak sekata dan mudah retak di ketinggian tinggi. Bentuk bulat membantu mengagihkan tekanan dengan lebih baik, menjadikan penerbangan lebih selamat!

2️⃣ Kenapa Sayap Ada ‘Winglets’? 🏁🛫

Hujung sayap melengkung tu bukan sekadar hiasan! Ia mengurangkan seretan udara, menjimatkan minyak, dan buat penerbangan lebih stabil dengan kurang pergolakan udara!

3️⃣ Kenapa Penumpang Naik Dari Sebelah Kiri? 🚪👣

Sebab pilot duduk di sebelah kiri kokpit, jadi lebih mudah untuk mereka parking kapal terbang di jet bridge. Sementara tu, sebelah kanan digunakan untuk isi minyak dan muat naik kargo!

4️⃣ Kenapa Dalam Kapal Terbang Sejuk Gila? 🥶🌡️

Kalau terlalu panas, oksigen kurang dan boleh buat penumpang pening atau pengsan! Jadi, suhu sejuk ni sebenarnya langkah keselamatan untuk elak risiko hipoksia.

5️⃣ Apa Jadi Kalau Petir Sambar Kapal Terbang? ⚡🛩️

Jangan risau! Kapal terbang dibina dengan sistem perlindungan kilat, yang mengalirkan elektrik keluar tanpa bahaya. Kali terakhir kilat buat pesawat terhempas pun dah berpuluh tahun lepas!

6️⃣ Kenapa Banyak Kapal Terbang Warna Putih? 🤍🎨

Putih memantulkan cahaya matahari, buat badan pesawat kurang panas, kurangkan kesan radiasi UV, dan mudah kesan retak atau kerosakan!

7️⃣ Kenapa Tayar Kapal Terbang Tak Pecah Masa Mendarat? 🛬🛞

Tayar pesawat tahan tekanan ekstrem—boleh tanggung berat sampai 38 tan per roda! Lagi power, ia diisi dengan gas nitrogen untuk elak tekanan berubah secara mendadak.

🚀 Fakta Menarik!

Setiap benda dalam kapal terbang ada sebabnya. Jadi, next time naik flight, perhatikan sekeliling—anda sebenarnya berada dalam salah satu mesin paling canggih dan selamat di dunia! 🌍✈️

#Aviation #Engineering #Airlines #Flight #FaktaMenarik

Source 

Jumaat, 28 Februari 2025

Pesanan Rasulullah kepada puterinya Fatimah ketika mahu masuk tidur

 


Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah.

Credit 

Sabtu, 22 Februari 2025

Pintu Bani Syaibah di Masjidil Haram

 Pintu Bani Syaibah 

Suatu ketika berlaku banjir besar sehingga merobohkan sebahagian binaan Kaabah. Maka berpakatlah orang Mekah mahu membina Kaabah kembali. Seorang rakyat Mekah menyebut: “wahai Kaum Quraisy, wajib menghindarkan diri daripada membina Kaabah dengan harta riba dan kotor serta harta yang syubhah. Jangan dibina dengan harta dsri sumber kezaliman dan binalah dengan harta halal.”

Walaupun runtuh, rakyat Mekah takut nak robohkan sisa Kaabah kerana merobohkan Kaabah akan mengakibatkan bala. Akhirnya datang Walid bin al Mughirah berkata: “wahai kabilah-kabilah Quraisy, jika kami betul-betul berniat membaiki Kaabah, sesungguhnya Allah tidak akan memusnahkan orang yang nak membaiki Kaabah.” 

Kemudian beliau mengambil kapak lalu membersihkan sisa runtuhan Kaabah. Setelah orang ramai melihat Walid tidak terkena apa-apa. Maka mereka bergotong royong membina Kaabah. Pemabahagian tugas adalah seperti berikut:

1. Bahagian pintu Kaabah dibina oleh Bani Abdu Manaf dan Bani Zuhrah

2. Bahagian daripada sudut Hajarul Aswad sehingga sudut Yamani dibina oleh Bani Makhzum dan Bani Tamim.

3. Bahagian mizab dibina oleh Bani Abdid Dar bin Qusai, Bani Asad ibn Abdil Uzza, dan Bani Adi bin Kaab.

4. Bahagian di antara sudut Yamani dan Syami dibina oleh Bani Jumh dan Bani Sahm bin Amru.

Batu binaan diambil daripada Jabal Kaabah di perkampungan Syubaikah. Sampailah giliran meletakkan Hajarul Aswad, mereka bertelagah nak meletakkan batu paling mulia ini. Mereka menganggap kaum yang paling mulialah yang paling berhak dan masing-masing menyatakan kemuliaan kaum masing-masing.

Pertengkaran berlaku selama 5 hari sehinggalah Abu Umayyah bin al Mughirah (salah seorang pembesar Mekah) memutuskan orang pertama masuk melalui Pintu Bani Syaibah pada waktu yang ditetapkan akan meletakkan Hajarul Aswad.

Pada waktu ditetapkan, Nabi kitalah yang masuk melalui pintu tersebut dan pembesar Mekah menyebut: kami telah buat keputusan orang yang masuk melalui pintu ini pada hari ini akan meletakkan Hajarul Aswad.

Nabi sudah mengetahui perbalahan mereka. Dengan hikmah Nabi, Baginda memanggil 3 pemimpin kabilah terbesar iaitu:

1. Utbah bin Rabiah

2. Zamaah bin al Mughirah

3. Qais bin Adi

Ketiga-ketiganya mengangkat kain yang ada di atasnya Hajarul Aswad sebelum Nabi sendiri meletakkan Hajarul Aswad pada tempat asalnya.

Pintu ini dinamakan dengan nama Pintu Bani Syaibah kerana pintu ini setentang dengan rumah pemegang kunci Kaabah yang bernama Syaibah bin Uthman.

Gambar berikut adalah lokasi asal pintu tersebut


Sumber 

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih

 

Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih. - Agensi
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih. - Agensi

JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut laporan yang dipetik daripada Middle East Monitor, larangan ini bukan sahaja terpakai untuk solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga untuk semua solat berjemaah di masjid.

Kementerian menyatakan bahawa larangan ini bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah, serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir.

 "Kementerian juga menekankan pentingnya imam dan khatib untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan membimbing jemaah agar mematuhi etika yang sesuai di dalam masjid," petik laporan tersebut.

Selain itu, Kementerian turut melarang pengumpulan derma untuk jamuan berbuka puasa di dalam masjid. Umat Islam yang ingin berkongsi berbuka puasa diminta untuk melaksanakannya di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ramadan di Arab Saudi dijangka bermula pada Sabtu, 1 Mac 2025, menurut perhitungan astronomi yang disampaikan oleh Presiden Astronomi Jeddah (JAS), Majed Abu Zahwa.

Sebanyak tujuh imam akan memimpin solat tarawih di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan ini, termasuk Syekih Abdurrahman as-Sudais. - Agensi

Jumaat, 14 Februari 2025

Innalillahiwainnailaihiraajiuun:Pilihan Allah meninggal dunia sejurus selesai tawaf di Kaabah

Ustaz Abdullah Khairi (dua dari kiri), Jamaluddin (kiri), Marina (kanan) di Masjidil Haram. Foto Instagram Ustaz Abdullah Khairi

Ustaz Abdullah Khairi (dua dari kiri), Jamaluddin (kiri), Marina (kanan) di Masjidil Haram. Foto Instagram Ustaz Abdullah Khairi

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un, pengakhiran hayat yang hebat!” demikian ungkapan penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi Harun setelah memaklumkan isteri kepada rakan baiknya meninggal dunia di Masjidil Haram sejurus selesai menunaikan tawaf.

Abdullah Khairi menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat memberitahu, isteri sahabatnya, Jamaluddin, Marina Abdul Wahab baru sahaja melaksanakan tawaf wada' dan masih berwuduk sebelum tiba-tiba rebah.

“Baru lepas tawaf wada’, menangis dalam doa, masih dalam wuduk... berjalan dengan ceria... tiba-tiba jatuh dalam masjid dan meninggal!

“Hebat puan Marina Abdul Wahab, isteri sahabatku Jamaluddin,” katanya.

Marina meninggal dunia di Masjidil Haram. Foto Instagram Ustaz Abdullah Khairi
Marina meninggal dunia di Masjidil Haram. Foto Instagram Ustaz Abdullah Khairi

Dalam pada itu, Sinar Harian sempat menghubungi Abdullah Khairi menerusi WhatsApp kerana kini beliau berada di Makkah.

Kongsi beliau, jenazah sudah dikebumikan pada Khamis (waktu tempatan) di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram sejurus selesai solat Maghrib.

Abdullah Khairi turut berkongsi, amalan arwah semasa hidupnya adalah selalu memasak dan memberikan makanan kepada orang ramai.

Allahyarhamah disolatkan oleh ribuan manusia di Masjidil Haram selepas solat Maghrib jam 7 malam... meninggal pada hari Jumaat dan malam Nisfu Syaaban.

“Suami dia juga ada beritahu, arwah selalu masak jamu orang makan. Selalu sedekah dan tak banyak bercakap dengan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan kematian tersebut merupakan kematian yang dicemburui oleh setiap umat Islam dan meruntun jiwa.

Menjengah di ruang komen, rata-rata warganet juga mencemburui pemergian Marina dan mendoakan rohnya di cucuri rahmat ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kata Mukrizmuhd, "Kematian yang dicemburui, moga kita semua juga mempunyai pengakhiran yang baik."

Ujar qyrata pula, "Pada malam nisfu Syaban pula, hebat bukan biasa-biasa, semoga ditempatkan bersama-sama mereka yang beramal soleh dan dikasihi ALLAH SWT."

-SH Online 

Khamis, 13 Februari 2025

5 Fakta Menarik Tentang Penerbangan yang Jarang Pilot Beritahu!

 5 Fakta Menarik Tentang Penerbangan yang Jarang Pilot Beritahu! 🛫🤫

1️⃣ Autopilot Buat Kerja Lebih Banyak – Dalam penerbangan panjang, autopilot kawal kebanyakan perjalanan. Pilot fokus pada berlepas, mendarat & pemantauan je.

2️⃣ Turbulens Tak Bahaya Pun – Walaupun rasa bergegar, turbulens jarang membahayakan. Kapal terbang direka untuk tahan keadaan ni, & pilot pun dah terlatih.

3️⃣ Oksigen Mask Ada Had – Mask oksigen hanya bertahan 12-15 minit je. Tapi jangan risau, itu dah cukup untuk pilot turunkan pesawat ke altitud selamat.

4️⃣ Makanan Pilot Berbeza – Pilot tak makan makanan yang sama dengan penumpang (atau sesama mereka) untuk elak risiko keracunan makanan.

5️⃣ Flight Selalu Sampai Awal? – Sebenarnya, masa tambahan dah dimasukkan dalam jadual supaya nampak flight "on time" atau sampai awal, walaupun ada delay.

Next time naik flight, ingat fakta ni! 😆✈️

#FaktaPenerbangan #AviationFacts #TurbulensTakBahaya #NaikFlight

Credit 

Rabu, 12 Februari 2025

Bersama dalam kerajaan tak bermakna angguk semua keputusan, Pemuda Umno bidas DAP

 Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata pihaknya hanya bawa suara rakyat dan tiada kaitan sebagai ejen Perikatan Nasional.


Pemuda Umno membidas DAP yang baru-baru ini meminta ketuanya Dr Akmal Saleh menghentikan polemik garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam.

PETALING JAYA
Pemuda Umno bukan hanya sekadar pelengkap dalam kerajaan perpaduan malah akan terus mempertahankan kepentingan rakyat terutama Islam seperti sering dibangkitkan Ketuanya Dr Akmal Saleh.

Mengingatkan perkara itu kepada Pemuda DAP, Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata sayap Umno itu hanya membawa suara rakyat dan tiada kaitan mereka sebagai ejen Perikatan Nasional (PN).

“Pemuda Umno bukan budak suruhan sesiapa. Kami ada prinsip, maruah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“Jangan ingat kerana kita bersama dalam kerajaan, maka kami wajib angguk dan diam pada segala keputusan.

“Perpaduan yang ingin dibentuk itu mesti berteraskan nilai keadilan, bukan hanya berpihak kepada satu kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Pemuda DAP meminta Akmal berhenti daripada meneruskan polemik berhubung garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam dan akur dengan keputusan dibuat Jemaah Menteri.

Sayap DAP itu berkata jika Akmal masih ingin bertindak seolah-olah sebagai ejen PN, lebih baik letak jawatan dan sertai PAS daripada terus menjadi musuh dalam selimut dalam kalangan kerajaan perpaduan.

Jemaah Menteri pada Jumaat lalu memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Namun keputusan itu dikritik dikritik Akmal yang menegaskan perlunya penyediaan garis panduan berkenaan sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.

Sollehin turut mempersoal DAP adakah salah jika seorang pemimpin seperti Akmal bersuara untuk mempertahankan kepentingan umat Islam.

“Kononnya Akmal mahu jadi ‘hero agama konservatif’, kononnya beliau tidak menghormati keputusan kerajaan. Hakikatnya, beliau hanya menyuarakan kebimbangan yang ramai rakyat rasa.

“Pemuda DAP jangan jadi seperti ‘ketam mengajar anak berjalan lurus’ cakap soal perpaduan, tetapi bila ada suara yang tak selari dengan mereka, terus dihentam. Ini bukan cara sebuah kerajaan yang kononnya meraikan kepelbagaian.”

“Kalau Pemuda DAP tak boleh terima perbezaan pandangan dalam kerajaan siapa sebenarnya yang menjadi ‘musuh dalam selimut’?,” soal Sollehin.-FMT

Selasa, 11 Februari 2025

"Black Seadevil: Ikan 'Syaitan Laut' yang Jarang Ditemui, Akhirnya Muncul di Permukaan"

 "Black Seadevil: Ikan 'Syaitan Laut' yang Jarang Ditemui, Akhirnya Muncul di Permukaan"

MasyaAllah, betapa luasnya alam ciptaan Allah yang masih menyimpan begitu banyak rahsia yang belum terungkap. Lautan yang gelap, dalam, dan sunyi menyimpan makhluk-makhluk yang aneh dan menakjubkan, jauh dari pandangan manusia. Namun, pada awal Februari 2025, sesuatu yang tidak pernah disangka berlaku di perairan Tenerife, Sepanyol. Seekor ikan laut dalam yang dikenali sebagai black seadevil atau "syaitan laut hitam", nama saintifiknya Melanocetus johnsonii, ditemui buat pertama kalinya dalam keadaan masih hidup berhampiran permukaan laut. Penemuan ini bukan sahaja mengejutkan dunia sains, tetapi juga membuka peluang luar biasa untuk mengkaji salah satu makhluk paling misteri di lautan.

Ikan ini ditemui secara tidak sengaja oleh pasukan penyelidik dari NGO Condrik Tenerife, yang pada waktu itu sedang menjalankan ekspedisi kajian jerung di perairan San Juan, Tenerife. Ahli biologi marin, Laia Valor, merupakan individu pertama yang melihat kehadiran ikan luar biasa ini. Ketika itu, air tenang, langit cerah, dan tidak ada sesiapa yang menjangkakan bahawa sesuatu dari dunia gelap laut dalam akan muncul ke permukaan. Tidak lama selepas penemuan itu, rakan-rakannya, termasuk ahli biologi Marc Martín dan Antonio Sabuco, serta jurugambar marin David Jara Boguñá, segera merakam gambar dan video ikan tersebut. Imej yang diambil bukan sahaja menjadi bukti kewujudannya di permukaan, tetapi juga rekod sejarah bagi dunia marin.

Penemuan ini amat luar biasa kerana ikan black seadevil biasanya hidup pada kedalaman antara 200 hingga 2,000 meter, di zon bathypelagic, satu kawasan lautan yang gelap sepenuhnya di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi. Kehidupan di zon ini penuh dengan tekanan tinggi dan suhu yang sangat sejuk. Ikan ini terkenal dengan bentuknya yang menyeramkan—bertubuh bulat, berwarna hitam pekat, mempunyai mulut besar dengan gigi tajam yang menjulur keluar, dan dahi yang dihiasi dengan "antenna" bercahaya yang digunakan untuk menarik mangsa dalam kegelapan. Cahaya yang dipancarkan berasal daripada bakteria bioluminesen yang hidup secara simbiotik dalam organ khas di kepalanya, satu adaptasi luar biasa untuk memburu dalam kegelapan mutlak.

Namun, kemunculan black seadevil di permukaan menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa ikan ini keluar dari habitat semula jadinya yang jauh di dasar laut? Para saintis masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti, tetapi terdapat beberapa teori yang dikemukakan. Salah satu kemungkinan adalah ikan ini mungkin sakit atau cedera, menyebabkan ia kehilangan kawalan terhadap keupayaannya untuk kekal di dasar laut. Teori lain mencadangkan arus laut yang kuat atau perubahan suhu air telah menyebabkan ikan ini terdorong naik ke permukaan. Satu lagi hipotesis yang lebih menakutkan ialah keadaan lautan yang semakin terjejas akibat perubahan iklim, di mana gangguan dalam ekosistem laut dalam mungkin memaksa spesies seperti ini untuk keluar dari zon selamat mereka.

Malangnya, ikan ini hanya bertahan selama beberapa jam selepas ditemui. Keadaan di permukaan laut mungkin terlalu berbeza dengan habitat asalnya, menyebabkan sistem biologinya gagal berfungsi dalam tekanan yang jauh lebih rendah. Selepas kematiannya, spesimen ini diserahkan kepada Muzium Alam dan Arkeologi (MUNA) di Santa Cruz de Tenerife untuk kajian lanjut. Dengan teknologi moden, saintis kini mempunyai peluang untuk menganalisis lebih mendalam tentang anatomi dan fisiologi ikan ini, termasuk bagaimana ia dapat bertahan dalam keadaan ekstrem dasar laut.

Penemuan ini menekankan betapa sedikitnya yang kita tahu tentang kehidupan di laut dalam. Sehingga kini, hanya sebahagian kecil daripada lautan dunia yang telah diterokai oleh manusia, sedangkan lautan meliputi lebih daripada 70% permukaan bumi. Kebanyakan makhluk yang hidup di zon bathypelagic masih belum dikenal pasti atau dikaji dengan teliti. Spesies seperti black seadevil ini adalah contoh sempurna bagaimana dunia laut dalam masih menyimpan begitu banyak misteri yang menunggu untuk dibongkar.

Selain itu, penemuan ini juga menjadi peringatan bahawa perubahan dalam ekosistem laut boleh memberikan kesan besar terhadap hidupan marin. Kehadiran ikan laut dalam di permukaan mungkin satu kebetulan, tetapi ia juga boleh menjadi tanda awal gangguan ekologi yang sedang berlaku di perairan global. Jika perubahan suhu laut, pencemaran, atau aktiviti manusia seperti penangkapan ikan berlebihan terus mengganggu keseimbangan ekosistem, kita mungkin akan melihat lebih banyak kejadian di mana spesies laut dalam keluar dari habitat asal mereka—dan ini mungkin bukan petanda yang baik.

Black seadevil telah lama dianggap sebagai legenda lautan gelap, hanya dapat dilihat dalam dokumentari yang menggunakan kenderaan penyelidikan dasar laut. Tetapi kini, dengan penemuan ini, makhluk mitos itu akhirnya muncul di dunia kita, walaupun hanya seketika. MasyaAllah, betapa besarnya kebesaran ciptaan Allah yang memberikan kita peluang untuk melihat sendiri keajaiban yang jarang berlaku ini. Mungkin ini adalah peringatan bahawa masih banyak lagi perkara yang belum kita ketahui tentang dunia ini, dan ilmu yang kita miliki hanyalah setitis air dalam lautan yang luas.

Segala puji bagi Allah yang mencipta makhluk dengan bentuk dan kebolehan yang unik, menjadikan alam ini penuh dengan tanda-tanda kebesaran-Nya. Lautan masih menyimpan berjuta rahsia, dan mungkin suatu hari nanti, manusia akan dapat meneroka kedalamannya dengan lebih mendalam, menemukan lebih banyak makhluk luar biasa yang selama ini tersembunyi di kegelapan yang tidak pernah diterangi cahaya matahari.

Siapa tahu, mungkin selepas ini, satu lagi makhluk misteri dari dasar laut akan muncul, membawa bersama lebih banyak persoalan tentang dunia yang belum pernah kita terokai.

Source 

Rabu, 5 Februari 2025

Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan Sepasukan

 BETAPA PENTINGNYA KERAHSIAAN

TRAITOR IN OUR MIDST - Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan Sepasukan

Kisah benar berdasarkan transkrip mahkamah rayuan mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan.

Pengkhianatan Hassan Bin Hj Ali Basari 

Jika kita rasa kejadian pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu teruk, memalukan dan menimbulkan kemarahan. Kamu mungkin belum tahu kisah ini. 

Hassan bukan sembarangan orang. Beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat  Korporal yang bertugas untuk Cawangan Khas (SB) PDRM di Lahad Datu, Sabah sejak tahun 1990. Tanggungjawab beliau ialah mengumpulkan maklumat perisikan keatas Kesultanan Sulu dan ancaman yang mungkin datang dari mereka. Beliau bertanggungjawab melaporkan kepada Head of the Special Branch (SB), Lahad Datu apa sahaja maklumat mengenai ancaman dan aktiviti Kesultanan Sulu yang berpotensi mengancam keamanan Sabah.  

Hassan di pilih kerana kefasihan beliau dalam bahasa Suluk dan Bajau dan juga beliau memiliki hubungan rapat dengan komuniti Sulu di Lahad Datu. 

Maklumat awal serangan dan pencerobohan yang di sembunyikan oleh Hassan. 

Seperti yang kita semua tahu insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku pada 11 Februari 2013 namun Hassan sebenarnya menerima maklumat ancaman seawal Januari 2013, beliau telah bertemu dengan seorang informer atau pemberi maklumat di sebuah kedai ais krim di Lahad Datu. Maklumat tersebut sangat penting dan signifikan kerana Informer tersebut telah melaporkan seramai, 1,500 orang yang setia dengan Datu Esmail Kiram telah berkumpul di Pulau Simunul berdekatan Bungao, Filipina. Dan kumpulan ini bersenjata dan berniat untuk menawan Sabah.  Hassan mencatatkan maklumat ini diatas kertas.

Pemberi maklumat tersebut mendapat informasi mengenai ancaman tersebut ketika menjual ikan di  Bungao Filipina di mana beliau bertemu dengan sekumpulan lelaki beruniform  ala tentera dengan patch bertulis “Royal Sulu Force” pada uniform mereka. Kumpulan lelaki ini ingin menumpang bot si pemberi maklumat tersebut kerana sangkakan beliau mahu ke Pulau Simunul. Ketika itulah pemberi maklumat tersebut mendengar perbualan mereka dimana mereka berkata:

(i) 1,500 orang telah berkumpul di Pulau Simunul; dan

(ii) mereka merancang untuk menceroboh dan claim Sabah.

Maklumat yang amat penting ini langsung tidak di sampaikan kepada SB.  Malah tiga hari kemudian pemberi maklumat tersebut telah berhubung sekali lagi dengan Hassan dan kini dengan maklumat bahawa empat  ‘pintel’ (bot kecil) telah pun tiba di Bangkuran, Lahad Datu. Maklumat yang penting ini juga telah di senyapkan oleh Hassan.

Kemudian pada 2 Mac 2013 sekali lagi maklumat penting di sampaikan iaitu   400 lagi lelaki bersenjata bersiap sedia memasuki Sabah sebagai backup forces bagi membantu Royal Sulu Forces yang telah pun memasuki Kampung Tanduo. Pasukan tambahan ini ialah dari Mindanao National Liberation Front (MNLF) dan tentera kepada Sultan of Sulu forces. Sekali lagi maklumat ini tidak dilaporkan.

Niat sebenar Hassan terdedah

Akhirnya niat Hassan sebagai pengkhianat terdedah dalam satu pintasan komunikasi telefon oleh pihak SB keatas Datu Amir Bahar dan Raja Muda Agbimudin, yang mana keduanya merupakan protagonis utama dalam pencerobohan di  Lahad Datu. Pintasan ini berlaku pada 25 Februari 2013, di mana kedua2 nya berbincang mengenai Hassan yang telah menyampaikan maklumat pergerakan pasukan keselamatan kepada Kiram.  

Pintasan Komunikasi telefon antara  Datu Amir Bahar and Raja Muda Agbimudin

"Pada 25 Februari 2013 jam 22.31 Datuk Amir Bahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota Polis yang mana pihak berkuasa Malaysia akan masuk jam 12.00 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amir Bahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik beradik dan mereka juga merupakan ahli ‘keluarga kita’. Raja maklum dan beritahu mereka telah bersedia"

Rakaman pintasan telefon ini merupakan bukti kukuh dimana Hassan memang berniat jahat dan terlibat secara langsung dengan pencerobohan Lahad Datu, dia merupakan pengkhianat dan musuh dalam selimut yang sengaja meletakkan rakan sepasukan dalam bahaya dengan membocorkan maklumat pergerakan Vat69 yang dipercayai membawa kepada pertempuran antara VAT69 dan pengganas Kiram pada 1 Mac 2013 yang mengorbankan Korporal Sabaruddin bin Daud dan Inspektor Zulkifli bin Mamat .

Pegawai dan anggota polis dan tentera 🇲🇾 yang terkorban semasa ops daulat takkan rakyat Malaysia lupakan sampai bila2, Al-fatihah kepada pahlawan negara... Gambar anggota tentera dan polis ASP Zulkifli Bin Mamat, Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas Bukit Aman) Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Sabaruddin Bin Daud, Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah). Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau) Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, (Pasukan Gerakan Am PGA), Allahyarham koperal Ahmad hurairah ismail dari batalion ke 7 askar melayu diraja berpangkalan di tawau dan seorang lagi anggota tentera Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang terkorban akibat kemalangan semasa menghantar makan untuk anggota semasa ops daulat..

Kredit : Ari Rahmat Rosman

#Lovers Of the World Military & Defence 

@everyone

Selasa, 4 Februari 2025

Pemindahan Tanah Secara Haram:Pejabat Tanah Dan Galian Serta Pejabat Tanah Dan Daerah Di Seluruh Negara perlu disiasat

 Banyak Saranan Supaya Pejabat Tanah Dan Galian Serta Perjabat Tanah Dan Daerah Di Seluruh Negara Di Siasat Ekoran Berberapa Siri Pemindahan Tanah Secara Haram.

Kuala Lumpur, 2 Feb 2025, 5.00 petang - PINDAH milik tanah secara tidak sah telah didedahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berlaku di salah sebuah  Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor baru-baru ini. 

Pembongkaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan berlaku kecurangan, penipuan dan jenayah tersebut dalam tatakelola kerajaan.

Sistem pentadbiran tanah di Malaysia kini diragukan apabila terdapat kes pemidahan milik tanah secara haram begitu banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini yang melibatkan kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah ( PDT) dan Pejabat Tanah  Dan Galian. 

Bukan sahaja di negeri Perak, kini di negeri Selangor  juga berlaku perkara yang sama dan perkara tersebut turut diperakui oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau juga memberi pandangan bahawa ia bukan perbuatan seorang atau dua orang tetapi satu rangkaian pasukan yang dipecahkan termasuk dari pejabat peguam??.

Siasat menunjukkan para pelaku mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem proses peralihan daripada manual kepada e-tanah dan  pegawai terlibat dipercayai berkomplot dengan beberapa pegawai yang lain untuk menyelesaikan proses peralihan tersebut.

Pada 23 Januari lepas, media melaporkan seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam yang merupakan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang di Selangor ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.

Apabila terbongkar mengenai pemindahan tanah secara tidak sah itu di dua negeri waktu ini, maka beberapa pihak telah membuat saranan supaya semua pejabat tanah dan galian dan pejabat tanah dan daerah di jalankan secara menyeluruh di seluruh Malaysia. 

#Prezcom

Sabtu, 1 Februari 2025

Artis pro-Anwar marahkan 'pihak dengki',SPRM biarkan DBKL siasat sendiri skandal kontrak


Artis dan penyokong tegar Anwar Ibrahim, Afdlin Shauki, mendakwa beliau menjadi sasaran pihak yang "berhasad dengki" berikutan pendedahan yang mengaitkan beliau dengan projek jutaan ringgit membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), agensi yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Afdlin, pelakon dan pengarah yang merupakan antara artis terawal menyertai PKR dan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Anwar, tidak mengulas lanjut mengenai butiran dakwaan yang disiarkan sebuah saluran popular Telegram.

Beliau sebaliknya menggesa orang ramai "memberi ruang" kepada DBKL untuk meneruskan siasatan dalaman.

"Ini merupakan satu usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," kata Afdlin, yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah DBKL beberapa bulan selepas Anwar mengambil alih Putrajaya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian tidak melancarkan sebarang siasatan, sebaliknya akan menunggu keputusan siasatan dalaman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ia "sudah tentu... akan dirujuk" jika terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa ditemui siasatan dalaman DBKL.

"Buat masa ini keputusan yang diambil ialah kita biarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman dahulu melalui unit integriti mereka (dan) unit lain-lain yang ada di bawah DBKL," kata Azam dipetik Astro Awani.

Pendirian itu diambil walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mengesahkan telah membatalkan sebuah projek bermasalah RM7 juta yang dikaitkan dengan seorang ahli lembaga pengarah DBKL.

Pelbagai usaha MalaysiaNow menghubungi Azam untuk mendapatkan penjelasan lanjut telah gagal.

Dakwaan terhadap Afdlin pertama kali muncul dalam hantaran dikongsi Edisi Siasat, saluran Telegram yang sangat popular yang terkenal dengan pendedahan pelbagai skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan agensi kerajaan dan individu berkuasa.

Antara lain, ia menuduh Afdlin terlibat dalam perolehan kontrak penerbitan kandungan kreatif daripada DBKL, di samping pelbagai kontrak lain yang dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta, sekaligus mencetuskan perdebatan mengenai ketelusan dan akauntabiliti DBKL.

Hanya sebulan selepas memegang jawatan, Anwar menubuhkan Jabatan Wilayah Persekutuan, menempatkan DBKL di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri.

Menteri yang memimpin jabatan itu pula hanya dilantik setahun kemudian, berikutan rombakan Kabinet yang menyaksikan Dr Zaliha Mustafa diberhentikan sebagai menteri kesihatan.

Hantaran Telegram itu turut mendakwa Afdlin melanggar prosedur perolehan dalam projek pembinaan studio dan konti radio bernilai RM7 juta, sebelum ia dibatalkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.

Maimunah, yang mengumumkan siasatan dalaman terhadap dakwaan terkini itu, mengesahkan sebaik sahaja dilantik sebagai Datuk Bandar tahun lepas, beliau telah menghentikan projek bernilai RM7 juta disebabkan kos tinggi dan pelanggaran prosedur perolehan.

Hantaran itu yang didakwa ditulis oleh kakitangan DBKL turut berkata projek-projek itu diketahui setiausaha politik Anwar, Azman Abidin. Azman bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Menurut hantaran itu lagi, Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP), iaitu yayasan yang tertakluk di bawah kementerian wilayah persekutuan, telah menyalurkan kontrak DBKL bernilai RM4 juta untuk penerbitan bahan kreatif kepada syarikat milik "kroni".

Ia mendakwa kontrak untuk penghasilan video bagi saluran TikTok "Friends of DBKL" tidak melalui proses tender yang betul, sambil menambah seorang podcaster terkemuka masih berhutang lebih 100 klip kepada DBKL.

Catatan itu melampirkan salinan dokumen yang menunjukkan perjanjian ditandatangani oleh KSKYWP, DBKL dan Afdlin, yang membutirkan jumlah yang dicaj kepada DBKL untuk penerbitan 43 klip pendek, program siaran langsung, berita dan podcast bernilai antara RM3,000 dan RM10,000 setiap satu.

Sementara itu, Afdlin dalam kenyataannya berkata beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan berhubung perkara itu, sambil menambah laporan polis telah difailkan.

"Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak sepatutnya membuat keputusan untuk berleluasa.

"Saya yakin dan pasti dengan izin Allah SWT akhirnya kebenaran akan tergugat dan keadilan akan ditegakkan," tambahnya.

Sumber 

Rabu, 29 Januari 2025

Budaya Melayu Boleh Tapi Budaya Cina Tak Boleh?

 Budaya Melayu Boleh Tapi Budaya Cina Tak Boleh?

Oleh:Firdaus Wong Wai Hong

Kuda kepang adalah budaya yang bermula sejak kurun ke-15 lagi oleh Wali Songo.

Itu bermaksud kuda kepang sudah sebati dan menjadi sebahagian dari budaya Melayu khususnya di Johor.

Namun kuda kepang difatwakan haram kerana mempunyai kepercayaan & amalam khurafat. 

Ini adalah budaya sesuatu bangsa atau kaum yang berakar umbi dari kepercayaan khurafat. Namun ada juga budaya yang tiada unsur kepercayaan atau khurafat seperti budaya baju Melayu!

Jenis-jenis baju Melayu seperti Baju Layang/Baju Sikap yang dikatakan hanya disarung oleh golongan bangsawan, Baju Melayu Teluk Belanga yang diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar & Baju Melayu Cekak Musang.

Ianya budaya yang tiada kaitan dengan kepercayaan khurafat. Budaya itu terbahagi kepada dua secara umum iaitu budaya kebiasaan seperti makanan, makanan, cara interaksi yang tidak ada kepercayaan agama manakala yang kedua adalah budaya kebiasaan yang berakar umbi dari kepercayaan seperti perayaan & upacara sesuatu makanan seperti Yee Sang yang mestinya 7 warna simbolik kepada Dewi Nuwa menciptakan manusia pada hari ke-7.

Bagaimana sesuatu itu boleh menjadi budaya?

Sesuatu amalan atau gaya hidup itu menjadi budaya apabila dikongsi, diamal & dianggap normal oleh sekumpulan manusia.

Masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan antara kurun ke-5 sehingga kurun ke-15 mempunyai budaya tidak mandi, gosok gigi, serta membuang air besar merata. 

Itu juga adalah budaya tetapi budaya kebersihan yang menjijikkan  itu telah digantikan dengan budaya baru yang lebih bersih.

Saya lahir Cina dan tiada apa serta sesiapapun boleh mengubah hakikat bahawa saya adalah seorang Cina.

Saya sebagai Cina yang telah mengamalkan begitu banyak budaya Cina masih terus mengamalkan banyak budaya Cina kerana itu adalah identiti saya sebagai Cina.

Tetapi pada masa yang sama, antara sebab saya memeluk Islam adalah kerana saya ingin masuk Jannah & untuk masuk Jannah medtilah dengan cara yang diredhai olehNya.

Apabila saya telah membuat kajian tentang budaya Cina & kajian saya itu mendapati ada beberapa budaya Cina yang bercanggah dengan pendapat saya pada awal-awal memeluk Islam, maka saya perlu jujur serta amanah dengan ilmu.

Saya perlu berhenti mengamalkannya walaupun saya pernah mengatakan ianya budaya yang tiada kaitan dengan agama & saya juga perlu berkongsi dengan orang lain dapatan dari kajian saya.

Saya tidak boleh & tidak akan memaksa sesiapa mengikuti hasil kajian saya tetapi apa yang saya lakukan adalah sebagai jawapan saya kepada Allah kelak. 

Saya mesti jujur & amanah dengan ilmu bukannya menggunakan alasan dakwah untuk ‘menghalal’ apa yang jelas khurafat berdasarkan kajian saya.

Saya percaya andai saya seorang berketurunan Cina & mempunyai lebih sebab untuk terus ‘menghalalkan’ budaya Cina atas alasan dakwah tetapi memilih untuk meninggalkannya, maka tiada alasan kukuh untuk bukan Cina yang tidak membesar & mengamalkan budaya Cina untuk terus mengamalkannya.

Tidak mengamalkan budaya Cina tidak bermaksud tidak bertoleransi atau menghormati budaya Cina. 

Sebagaimana saya sebagai Muslim tidak akan/pernah terasa lalu menganggap Belum Muslim tidak bertoleransi andai kuil atau tokong tidak melaungkan takbir raya, saya percaya tiada sebab untuk Belum Muslim terasa dengan pendirian saya ini.

Melayu boleh meninggalkan budaya Melayu sendiri apabila terbukti budaya itu bercanggah dengan Islam, kenapa pula Melayu merasa sukar meninggalkan budaya Cina yang mempunyai elemen khurafat & tiada kaitan dengan budaya Melayu?

Sumber 

PMX lakukan upacara “titik mata” pada tarian singa?

 PMX lakukan upacara “titik mata” pada tarian singa?

Oleh:Firdaus Wong Wai Hung

Seorang individu menghantar satu video klip kepada saya menunjukkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

Di akhir program itu, PMX dan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dijemput untuk menyempurnakan upacara “eye-dotting” kepada dua kostum tarian singa, di mana mereka meletakkan dakwat pada bahagian mata kostum singa itu.

Sebenarnya apa itu upacara 开光 (kāi guāng - buka cahaya) pada tarian singa dan apakah signifikannya?

Upacara “eye-dotting” atau “titik mata” ini sebenarnya merupakan satu proses memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa itu membuat persembahan. 

Upacara ini juga dinamakan sebagai 点睛 (diǎn jīng - Titik mata) atau 开光 (kāi guāng - buka cahaya) dalam bahasa Mandarin.

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

“Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan,” tulis JKKN dalam artikel di laman rasminya.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin juga berkata upacara menitik mata singa adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai “membangunkan” singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.

“Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ dan kita perlu ‘membangunkannya’ dengan mencelikkan matanya. Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan,” katanya kepada TV Sarawak pada 19 Januari lalu.

Menurut pakar tarian singa 郑铭辉 Zhèng Míng Huī yang berpengalaman lebih 30 tahun, upacara titik mata ini bermakna singa itu telah dikurniakan tenaga langit dan bumi, dapat menangkis aura jahat dan membawa tuah.

“Generasi yang lebih tua percaya bahawa singa yang belum melalui upacara kāi guāng adalah seperti singa tanpa aura rohani. Dulu, singa begini dikenali sebagai ‘singa buta’, bermakna ia tidak mempunyai aura rohani dan tidak diberkati oleh dewa,”   katanya dalam sebuah artikel terbitan See Hua Online pada 19 Januari 2017.

Pengurus Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke, Eric Fong pula berkata upacara titik mata adalah langkah terakhir sebelum ‘menghidupkan singa. Dakwat merah akan dilukis dari bahagian kepala singa itu dan sepanjang tulang belakangnya hingga ke ekornya yang bertujuan memperkasakannya untuk memenuhi tugasannya bagi  membawa tuah, kesihatan, kemakmuran dan perlindungan.

Tarian singa ini mungkin dilihat sebagai satu tarian tradisional masyarakat Cina tetapi asal usul tarian singa ini masih mempunyai elemen khurafat yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Saya percaya bahawa tidak mungkin PMX sebagai seorang Muslim akan redha dan sanggup melakukan upacara yang jelas mempunyai unsur khurafat sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Barangkali beliau tidak diberikan info yang tepat tentang upacara ‘eye-dotting’ itu. Wallahualam. 

Sumber 

Rujukan kepada semua kenyataan ada di link dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=6fp6QS9bvpc&t=5118s

https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/718/pengenalan#:~:text=Adat%20resam%20Menitik%20Mata%20Singa,atau%20kedai%20baru%2C%20serta%20perkahwinan

https://www.tvsarawak.my/2025/01/19/upacara-menitik-mata-singa-simbol-tradisi-perpaduan/

https://news.seehua.com/post/243551

https://www.freemalaysiatoday.com/category/top-lifestyle/2023/01/26/dotting-ceremony-bringing-the-lion-to-life-before-its-first-dance/