"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Artis Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Kahwin. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2024

Ina Naim Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati Pagi Ini, Tahniah!

 Hari yang ditunggu sudah pun tiba, balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim sah bernikah dengan pilihan hatinya hari ini.

Anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam yang menghadiri majlis akad nikah tersebut telah membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Ina Naim sah bergelar isteri Khairul Rizal

Difahamkan, majlis serba sederhana tersebut dilangsungkan di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.

Majlis dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat serta ditonton lebih 10,000 orang di TikTok.

Tahniah diucapkan kepada Ina dan pasangannya, Mohamad Khairul Rizal. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga.


Terdahulu, Ina yang juga seorang penyanyi berkahwin dengan anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, pada 12 Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Jumaat, 7 Januari 2022

Berita kahwin: 'Kami pun terkejut' - Heliza Helmi

 DATUK Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Heliza Helmi.

DATUK Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Heliza Helmi.

Kuala Lumpur: "Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama."

Itu kata penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi mengenai perkahwinannya dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu.

Heliza, 36, atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi berkata, dia bersyukur atas aturan Allah SWT.

"Kun fayakun. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi. Maka dengan izin dan kekuasaan Allah SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan suami isteri.

"Allah Maha Besar. Tiada daya upaya kami melainkan Allah. Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Heliza turut berterima kasih kepada suaminya kerana sudi memperisterikannya.

"Terima kasih buat suami sudi memperisterikan diriku ini yang bukan siapa siapa," katanya.

Terdahulu berita perkahwinan Heliza yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengejutkan ramai pihak.

Difahamkan, suami Heliza adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Heliza gagal sejak hari pertama dia bernikah.

Malah, pengurus yang bertanggungjawab berdasarkan nombor tertera di profil Instagram Heliza juga tidak memberikan kerjasama.-myMetro

Selasa, 4 Mei 2021

TAHNIAH:Sheera Iskandar selamat bernikah lagi


Kuala Lumpur: Pelakon Sheera Iskandar menamatkan status janda apabila sah bergelar isteri kepada Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, jam 6.09 petang, hari ini.  

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi. 

Pada majlis itu, Halim menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu. 

Sheera, 36, atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula bertemu suaminya ketika penggambaran drama terbabit. 

Sheera mengakui tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

"Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai janda dan bertanya kisah silam saya," katanya.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama ini, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan terbabit.-myMetro

Isnin, 18 Januari 2021

Kunci Mulut Sebelum Ini,Suami Ziela Jalil Bersuara...

 

Datuk Ziela Jalil, Sebulan rahsia pernikahan.. Al-hamdulillah.

 

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar mendirikan rumah tangga pada 17 Februari 2019 di sebuah masjid di ibu negara selepas enam tahun kenal.

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Belum pernah ada sepatah pun kenyataan keluar dari mulut Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar selepas berkahwin secara rahsia dengan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil seperti yang tersebar, baru-baru ini.

Sebaliknya, hanya Ziela sahaja yang tampil ke depan mengesahkan berita perkahwinan sejak dua tahun lalu, sekali gus berkongsi rahsia hidup bermadu.

Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Syed Osman bersedia ditemubual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinan yang mencetuskan kontroversi itu.

Mengulas persoalan mengapa merahsiakan perkahwinan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri dalam laman Twitter, Syed Osman berkata, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

"Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah...

"Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.

"Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama," katanya ketika ditemubual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar, madu dan anak-anak tiri.

Dalam temubual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.

"Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

"Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.

"Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik," ujar lelaki berusia 55 tahun itu.

Dalam temubual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.

Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.

Mengulas perkara itu, Syed Osman berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang tidak dirancang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

"Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.

"Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.

"Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh," ungkapnya.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tidak mahu terlalu menghebohkan berita perkahwinan kerana mahu menjaga hati isteri pertama.

Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.

"Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.

"Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

"Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya," luah Syed Osman.

Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni.

"Saya tak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang seni. Cuma pesan saya, dia kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri, sama ada ketika berlakon atau berada dalam majlis," katanya.

Perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Ahad, 3 Januari 2021

Ziela Jalil akhirnya dedahkan kini hidup bermadu

 

Awalnya, Datuk Ziela Jalil cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. - Foto Datuk Ziela Jalil

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.

Sebaliknya, kata Ziela, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak dan menanti masa yang sesuai untuk mendedahkan berkongsi berita itu kepada umum.

"Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

"Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.

"Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum," katanya kepada BH Online.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Datuk Ziela Jalil memilih Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee sebagai suami dan mendirikan rumah tangga pada 17 Februari, tahun lalu. - Foto Datuk Ziela Jalil

Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.

"Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.

"Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.

"Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi," ujarnya.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.

"Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.

"Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.

"Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya," luah Ziela. (BH)

Jumaat, 1 Januari 2021

Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir



Pasangan selebriti, Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya, hari ini.

Pernikahan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri.

Ayda Jebat, Nabil Mahir selamat diijab kabul
Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman. - Foto: Instagram / @ajscreamer

Memetik laporan Astro Awani, Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.

Sebanyak tujuh dulang hantaran telah diberikan rombongan pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh penganti perempuan.

Turut diberikan ialah mas kahwin yang berupa seutas gelas emas. Namun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Ayda Jebat berkongsi foto sebelum majlis pernikahannya

Ayda Jebat berkongsi foto sebelum majlis pernikahannya

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Bagai merpati dua sejoli, Nabil dan Ayda begitu berseri dalam persalinan dan pelamin serba putih. - Foto: Izwan Mohd Isa

Bagai merpati dua sejoli, Nabil dan Ayda begitu berseri dalam persalinan dan pelamin serba putih. - Foto: Izwan Mohd Isa

-SM

Jumaat, 4 September 2020

TAHNIAH ~ Mira Filzah, Emir sah suami isteri

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.
Anggun menggayakan busana kurung Pahang, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam.
Majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.
Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur
Majlis pernikahan Mira dan Emir berlangsung dalam rutin normal baharu. Foto Ihsan Penganjur
Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang.
"Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.
"Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini.
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
Dengan sekali lafaz, Emir sah menjadi suami Mira. Pasangan ini dinikahkan bapa Mira, Badioezaman. Foto Ihsan Penganjur
"Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir," kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan.
Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.
Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.
-BH Online