Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Mael Totey The Movie merupakan filem tempatan yang diarahkan oleh Syahmi Sazli, pengarah muda yang disegani ramai. Filem tersebut ditayangkan melalui saluran Astro First pada tahun lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyakRM7 juta hasil sambutan orang ramai.
Terbaru, Syahmi Sazli pengarah serta salah seorang tunggak utama di sebalik filem ‘Mael Totey’ telah menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha YSuku buat Yoe Parey dan Bedol. Syahmi berkongsi video di Instagram peribadi miliknya detik-detik pembelian motosikal sehinggalah penghantaran ke rumah Yoe dan Bedol.
Hasil kutipan yang memberangsangkan daripada filem ini mungkin menjadi penyebab utama Syahmi menghadiahkan motosikal tersebut kepada Yoe dan Bedol. Netizen serta rakan artis yang lain turut mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas tindakan Syahmi.
Tahniah kami ucapkan kepada Syahmi Sazli kerana sama-sama berkongsi rezeki bersama pelakon utama siri popularnya di YouTube.
Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menobatkan youtuber terkenal yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 25, sebagai Ikon Pengarah Muda pada Majlis Apresiasi akhir Januari tahun hadapan.
Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid berkata, Syahmi Sazli atau nama sebenarnya Muhd Syahmi Sazli, pengarah muda yang berjaya mengangkat nama perfileman negara apabila filem pertamanya bertajuk Mael Totey The Movie menggunakan modal sendiri sebanyak RM300,000 berjaya mengutip lebih RM7 juta hasil tayangan filem.
Katanya, ini rekod baharu dan FINAS berbangga dengan pencapaian anak muda itu selaras dengan hasrat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yang sentiasa mengingatkannya supaya memberi perhatian khusus kepada anak muda untuk bangkit dalam perfileman.
"Sudah sampai masanya anak muda diberi peluang sepenuhnya bagi mengetengahkan karya dan idea baharu mereka supaya dapat 'dihidangkan' kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
"Dalam masa sama, karya dihasilkan pengarah muda bukan sahaja diminati oleh generasi muda, tetapi menjadi pengajaran kepada mereka ini yang bakal menerajui negara," katanya ketika lawatan kerja ke syarikat produksi Syahmi Syazli di Kota Bharu, di sini, hari ini.
Zakaria berkata, penghasilan filem memainkan peranan sangat penting kepada masyarakat.
"Sekiranya kita gagal membentuk genre filem yang hendak dihasilkan, ia memudaratkan masyarakat dan justeru itu Menteri Komunikasi dan Multimedia amat menitikberatkan usul-usul baharu kerana anak-anak muda sebenarnya mempunyai idea terkini untuk tontonan masyarakat," katanya.
Beliau berkata, filem Mael Totey The Movie memaparkan sesuatu yang berbeza apabila mengetengahkan bakat dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Malah filem ini juga tidak menggunakan dana FINAS walaupun satu sen, sebaliknya dia mencari modal sendiri dan ia ternyata berbaloi.
"Selepas ini, jika Syahmi ingin memohon dana FINAS, InshaAllah kita akan permudahkan walaupun syarat permohonannya agak ketat selain berbincang dengannya tentang program yang boleh disiarkan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Syahmi berkata, selepas filem pertamanya mendapat tontonan ramai, beliau akan menghasilkan filem kedua berkonsep kekampungan yang dijangka pada tahun hadapan.
"Filem yang masih belum diketahui tajuknya itu akan dimulakan proses penggambaran antara bulan Mac atau April tahun hadapan yang mengambil tempoh masa sama seperti penghasilan Mael Totey The Movie.
"Dalam pada masa, saya juga akan mengekalkan pelakon istimewa seperti dalam filem sebelum ini selain menjanjikan untuk menghasilkan filem yang terbaik dari segi suntingan dan juga teknikal," katanya.
Kejayaan filem garapannya mengaut kutipan besar mendorong Syahmi menghasilkan lebih banyak karya bermutu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production
KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli tidak menyangka karyanya meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu.
Jauh daripada imaginasi Syahmi, filem garapannya itu akhirnya mampu memecahkan rekod dipegang filem Syif Malam Raya yang mengaut RM1.6 juta dalam tempoh sama.Pada mulanya, anak jati Kelantan berusia 25 tahun yang mengusahakan Syahmi Sazli Production ini tidak yakin ada pihak mahu menayangkan filem itu kerana dirinya masih baharu dalam dunia sinematik.
"Saya terkejut kerana tidak meletakkan harapan tinggi menerusi filem ini. Bagi saya, apabila filem ini dapat ditayangkan di Astro First, ia sudah dikira kejayaan besar.
Filem Mael Totey The Movie meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production
"Alhamdulillah Astro sudi menayangkan filem ini dan berjaya menghiburkan orang ramai," katanya kepada BH Online.
Atas kejayaan itu, Syahmi bersemangat untuk terus menggilap bakat sebagai pengarah.
"Tidak hanya sokongan pengikut membuatkan saya terharu, malah kata-kata positif daripada pengarah berpengalaman seperti Ghaz Abu Bakar dan Syamsul Yusof membuatkan saya rasa karya dihargai.
"Insya-Allah, saya akan belajar menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Saya merancang mengikuti kelas pengarahan kendalian Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) untuk menambah ilmu," katanya.
Bagaimanapun, Syahmi yang dikenali menerusi segmen drama spontan di YouTube, tidak menolak ada pihak memperlekeh karyanya.
Namun, anak muda ini lebih gemar mengambil sikap tidak peduli.
"Apabila saya dikritik, saya fikir semula, apa tujuan saya buat filem ini? Saya buat filem ini disebabkan galakan daripada pengikut saya.
"Jadi, buat apa ambil peduli kritikan yang tidak membina? Apa yang baik saya jadikan inspirasi dan yang tidak berasas, saya biarkan sahaja," katanya.
Syahmi berkongsi filem yang membabitkan kos kira-kira RM400,000 itu dihasilkan menggunakan wang simpanannya sejak aktif di YouTube, empat tahun lalu.
"Idea filem ini tercetus selepas lakonan pertama saya bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya mendapat sambutan positif.
"Apabila filem itu berjaya, ramai yang memberi galakan untuk saya menghasilkan filem sendiri.
"Daripada galakan datangnya keberanian. Mael Totey The Movie adalah kisah adaptasi drama dari saluran You Tube saya," katanya.
Filem Mael Totey The Movie menjalani penggambaran selama dua minggu sejak 12 Julai lalu.
Filem genre drama komedi ini mengisahkan pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Mael Totey The Movie membariskan selebriti YouTube iaitu Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.
Turut berlakon penyampai radio Gegar, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.