"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan

Ahad, 2 Mei 2021

Kecoh video tular dakwa ADUN papah wanita masuk bilik hotel

 

Tangkap layar rakaman tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki didakwa sebagai ADUN memapah seorang wanita yang kelihatan seperti sedang mabuk.

PETALING JAYA – Penyebaran satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memapah seorang wanita dipercayai untuk memasuki bilik hotel menerima kecaman daripada netizen.

Rakaman berdurasi enam saat itu didakwa melibatkan seorang ADUN yang sebelum ini telah dibuang daripada sebuah parti politik pembangkang.

Muat naik berkenaan turut disertai dengan satu kemaskini status yang seolah-olah memerli dan menasihatkan tuan punya badan agar segera membuat laporan polis.

“Seperti pernah ku lihat, macam dia tapi video kabur.

“Barangkali inilah dugaan di bulan Ramadan, kesian ‘anak-anak’ penat sangat balik beli-belah baju raya barangkali,” katanya menerusi kemaskini status itu.

Tambah kemaskini itu, individu berkenaan perlu membuat laporan polis kerana tidak mungkin insan tersebut yang dikenali sebagai sangat zuhud dan baik hati berkelakuan sedemikian.

Perkongsian itu setakat ini selepas hampir dua jam dimuat naik telah mendapat lebih kurang 1,600 tontonan, 41 komen serta 34 perkongsian.

Penularan video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang dilantik sebagai pemimpin.

“Macam mana Malaysia tak menerima azab kalau begini pemimpin. Seorang ‘kaki lelaki’ yang ini pula jenis ‘kaki perempuan’,” kata seorang pengguna platform media sosial berkenaan. – K! ONLINE

Selasa, 17 November 2020

ADUN Bugaya,Manis Muka meninggal dunia

ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah. - Foto NSTP
ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah. - Foto NSTP

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini tengah hari ini.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong ketika dihubungi sebentar tadi.

"Jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk disembahyangkan di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum dijangka dibawa pulang ke Semporna hari ini juga," katanya.Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (WARISAN) Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, dalam saingan tujuh penjuru mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas.

Beliau aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, sebelum menyertai WARISAN.

-BH Online