"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Jun 2021

Ben 'Bapa Segala Bapa' atau 'Raja Penyeludup' rokok

 

Kuala Lumpur: Siapa Ben? Itu persoalan besar di sebalik kegiatan penyeludupan rokok seludup di Malaysia yang menyebabkan negara kerugian lebih RM5 bilion setiap tahun.

Ben kini didakwa menjadi 'Bapa Segala Bapa' atau 'Raja Penyeludup' rokok di negara ini.

Dia juga didakwa antara individu pertama menjalankan kegiatan haram itu di negara ini sebelum menjadi 'jutawan segera' apabila permintaan rokok seludup meningkat.

Untuk rekod, permintaan rokok seludup melambung selepas kerajaan menaikkan kadar cukai rokok menyebabkan harga rokok sah dalam pasaran menjadi mahal bermula tahun 2015.

Menurut sumber, Ben diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan buat negara kerana dipercayai mengawal dan menjadi dalang di sebalik kegiatan haram itu di seluruh negara sejak 2012.

"Ramai mendengar namanya, tetapi tidak mengenalinya. Namanya sering disebut mendalangi kegiatan haram ini dan pelbagai kisah diperkatakan mengenai sosok berkenaan," katanya.

Bercerita lanjut, sumber itu berkata, Ben didakwa memulakan perniagaan haramnya iaitu aktiviti penyeludupan rokok seludup jenis Canyon, U2 dan John serta berpangkalan di Johor pada tahun 2012.

"Ketika itu permintaan rokok seludup masih rendah kerana harga rokok sah dalam pasaran tidak terlalu mahal. Dasar kerajaan yang menaikkan cukai rokok pada tahun 2015 menjadikan Ben jutawan segera.

"Rokok sah mahal, perokok tegar mula mencari alternatif untuk membeli rokok seludup dan permintaannya hingga kini meningkat. Malah, rokok seludup kini dikatakan menguasai sehingga 60 peratus pasaran di seluruh Malaysia," katanya.

Sumber itu berkata, Ben kemudian mengembangkan empayarnya ke seluruh Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak.

"Ketika awal mulakan bisnes ini (rokok seludup), Ben kuasai Johor. Ketika itu ramai pesaing namun kini selepas dia bergelar jutawan, Ben mula menggabungkan pesaingnya di bawah satu konsortium dan memayungi mereka semua hinggalah dia digelar sebagai King of Smuggler atau Raja Penyeludup," katanya.

Katanya, Ben juga tidak lagi menguruskan aktiviti penyeludupan di Johor sebaliknya ia sudah diambil alih pengganti dikenali sebagai Ken.

"Ken dikatakan orang kanan kepada Ben dan dia jugalah antara pemain utama menguruskan aktiviti kemasukan rokok di seluruh negara," katanya.

Ditanya adakah pihak berkuasa mengetahui identiti sebenar Ben, sumber itu berkata, pasukan penguatkuasaan berkaitan mungkin mengetahuinya.

"Mungkin juga tidak (tahu siapa Ben) tetapi saya percaya ada pasukan penguatkuasa yang memiliki atau mempunyai profil siapakah Ben sebenarnya. Mereka mungkin gagal mengaitkannya dengan aktiviti haram itu kerana cut off yang diwujudkan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsortium dikendalikan Ben itu, sumber itu berkata, jutawan itu mungkin hanya memberi arahan kepada orang kanannya untuk menggerakkan aktiviti penyeludupan ataupun memantau dari jauh sahaja bagaimana bisnes haram itu dikendalikan.

"Bisnes ini besar dan tidak boleh bergerak sendirian. Ia perlukan ramai orang. Saya dengar Ben dah cuci tangan, remote (kawal) dari jauh sahaja sebab pasukannya sudah lengkap. Tunggu hasil (duit) sahaja," katanya.

Katanya, konsortium itu mempunyai hirarki lengkap untuk mengawal dan menguruskan kewangan (pembelian/pembayaran), perundangan, transport, simpanan (stor) hinggalah rokok seludup sampai kepada peruncit.

"Transport sahaja merangkumi perkapalan, bot, kenderaan darat serta laut. Ini bukan biasa-biasa. Mereka satu organisasi yang sangat tersusun," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, sindiket penyeludupan rokok kini melakukan pemindahan ratusan juta batang rokok seludup dari kapal kargo atau kapal tangki yang diubahsuai ke bot barter trade di lautan antarabangsa.

Modus operandi terkini aktiviti penyeludupan selepas kerajaan mengehadkan transhipmen rokok di pelabuhan khusus sahaja selain mengenakan cukai import ke atas rokok yang bertujuan untuk dieksport .-myMetro

Isnin, 26 April 2021

KETUM:Penyeludup ‘ligat’ waktu buka puasa, tarawih

LOKASI di sekitar Kuala Perlis yang menjadi antara lokasi tumpuan aktiviti penyeludupan.- UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

KANGAR : Ketika umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, penyeludup pula dikatakan ‘ligat’ pada waktu tersebut dengan melakukan aktiviti penyeludupan ketum khususnya di kawasan perairan Kuala Perlis di sini.

Mereka dikatakan mengambil kesempatan pada waktu tersebut bagi memunggah serta meninggalkan daun ketum di muara-muara kuala di beberapa kawasan berhampiran pangkalan haram di situ sebelum diambil individu lain dengan menggunakan bot.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 15 daripada 52 pangkalan haram di Kuala Perlis menjadi antara lokasi tumpuan penyeludup menjalankan kerja-kerja terlarang itu ketika ini.Daun ketum yang dibawa dengan kenderaan selepas diambil dari mana-mana kebun itu lazimnya dihantar ke kawasan pangkalan haram tertentu dengan sekumpulan pekerja sudah sedia menunggu di lokasi tersebut.

Penyeludup kemudian dikatakan meninggalkan barang di situ dengan pekerja dalam kelompok yang ramai itu akan memunggah barangan itu ke dalam bot.

Kerja-kerja memindahkan barangan terlarang itu sangat pantas antara lima hingga 10 minit sebelum daun ketum tersebut dibawa oleh bot ke kawasan sempadan dengan jarak sekitar 1.3 batu nautika seterusnya diambil oleh pihak dari negara jiran.

Bot gentian dengan enjin sangkut bergalah (ekor biawak) dipercayai milik nelayan tempatan itu lazimnya digunakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, aktiviti penyeludupan ketum pada bulan Ramadan dilihat masih aktif dengan tertumpu di pangkalan-pangkalan haram tertentu.

Katanya, penyeludup dikatakan hanya membawa daun berkenaan dalam kuantiti sekitar 50 kilogram (kg) sehingga 400 kg sahaja.

“Pada bulan Ramadan ini, mereka (penyeludup) selalu melakukan kerja-kerja seludup ini khususnya pada waktu berbuka puasa dan ketika solat tarawih,” katanya.

Tambah Mohd. Shafie, pergerakan penyeludup dikesan beralih ke lokasi lain iaitu pangkalan-pangkalan haram yang sebelum ini bukan menjadi tumpuan mereka.

“Mereka cuba berubah tempat bukan tertumpu pada satu-satu tempat sahaja yang kadang-kala lokasi yang tidak dijangka.

“Antara lokasi tumpuan adalah seperti di Pulau Ketam dengan beberapa kes direkodkan di kawasan itu baru-baru ini. Malah, kadang-kala di jeti yang digazetkan juga ada berlaku aktiviti penyeludupan itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shafie memberitahu, meskipun penyeludup terbabit cuba menggunakan pelbagai helah dan taktik melakukan kerja haram itu, namun aktiviti tersebut bagaimanapun sering kali berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Malah kata Mohd. Shafie, pihaknya sentiasa mempertingkatkan rondaan termasuk sepanjang bulan Ramadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan itu. -UTUSAN ONLINE

Khamis, 26 November 2020

Seorang lagi anggota PGA terkena tembakan di sempadan Malaysia Thai


Bukit Kayu Hitam: Seorang lagi anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Difahamkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Anggota terbabit sudah dibawa keluar dan kini sedang mendapat rawatan lanjut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan serangan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas anggota PGA selepas dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Sarjan Norihan Tari, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Anggota PGA ditembak dengan senapang angin

Alor Setar: Polis mengesahkan peluru yang mencederakan seorang anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam petang tadi, dilepaskan dari senapang angin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit mengalami kecederaan pada perut dan sudah mendapat rawatan.

"Senjata yang digunakan dikenal pasti sebagai senapang angin dan anggota terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 8 malam tadi.

"Siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Mengulas mengenai kemungkinan kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan kes serangan ke atas anggota PGA di Padang Besar semalam, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu.

"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan sama ada kes ini ada kaitan dengan kes tembakan di Padang Besar, Perlis atau tidak," katanya.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang tadi, seorang anggota PGA dilaporkan cedera ringan selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam kejadian itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan serangan ke atas anggota PGA selepas insiden membabitkan dua anggota pasukan itu berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah, terkena tembakan.

-myMetro

Rabu, 25 November 2020

Kisah Misteri 7 Guni Ketum &7 Penyeludup M'sia/Thai..

 

Polis kenal pasti 7 dalang penyeludupan rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti tujuh sindiket mendalangi kegiatan penyeludupan yang menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis sebagai lokasi transaksi penyeludupan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketua dan anggota sindiket terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dilakukan.

"Satu sindiket dikenal pasti ini dipercayai terbabit menyediakan tujuh guni daun ketum dan sejumlah ubat batuk untuk diseludup melalui lorong tikus di pos sempadan 

"Sindiket penyeludup menggunakan lorong tikus di pos sempadan itu untuk mengambil guni ketum dan ubat batuk itu sebelum terserempak dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang membuat tinjauan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden tembakan antara dua anggota PGA dengan sekumpulan penyeludup dari negara jiran ketika sedang menjalankan tugas pemantauan dan risikan di pos sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada anggota bertugas di Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi selepas melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada anggota bertugas di Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi selepas melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belakang.

Katanya, sindiket penyeludupan antara dua negara ini mengamalkan sistem 'barter trade' (pertukaran barang) yang mana sindiket tempatan hanya perlu membekalkan daun ketum dan ubat batuk.

Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika  bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Sindiket negara jiran pula akan membekalkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, pil yaba dan heroin kepada sindiket tempatan.

"Urus niaga yang dilakukan tidak membabitkan sebarang wang tunai, hanya pertukaran barang kerana daun ketum boleh dikatakan agak berharga di negara jiran," katanya.

Abdul Hamid juga berkata, seramai 13 suspek yang terdiri daripada tujuh kumpulan penyeludup itu sudah diberkas dalam satu operasi hari ini.

Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Tiga daripada 13 suspek yang diberkas mengaku terbabit dalam insiden berbalas tembakan pagi tadi. Usaha memburu ahli sindiket yang lain masih giat dijalankan," katanya.

Beliau juga berkata, risikan mendapati sindiket penyeludupan Thailand akan memanjat tembok sempadan menggunakan tangga untuk membawa masuk guni berisi ketum dan ubat batuk ke negara mereka.

Bekalan dadah untuk pasaran tempatan pula akan ditinggalkan sindiket negara jiran di lokasi tertentu di pos sempadan berkenaan.

Terdahulu, BH melaporkan enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota PGA berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.

Selasa, 24 November 2020

Warga tempatan turut jadi dalang serang anggota PGA


PADANG BESAR– Dua kumpulan yang bertindak menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Perlis didalangi warga asing dan tempatan.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian.

Menurutnya, mereka telah diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

 “Saya telah dimaklumkan bahawa satu kejadian berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kumpulan penyeludup berlaku pada 24 November 2020, pukul 3 pagi di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis.

“Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota PGA, Kpl Baharuddin Bin Ramli telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup. Manakala rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan tersebut.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau dan seluruh warga KDN mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian serangan tersebut.

Rentas7.com Foto: Royal Malaysia Police