"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Malakat Mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malakat Mall. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2022

KEMPEN BMF TIDAK SESUAI UTK PERNIAGAAN:Malakat Mall Masjid Tanah ditutup

 Simpati penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah

KEMPEN BMF TIDAK SESUAI UTK PERNIAGAAN 

Saya baru membaca berita kisah pasaraya Malakat Mall di Masjid Tanah ditutup kerana kos sewaan yg terlalu mahal iaitu RM 70k sebulan. Saya bersimpati dgn berita ini kerana ada formula dari pemilik syarikat ini yg boleh dibanggakan.


Rasa segan ingin menasihati Coach Fadzil kerana saya bukan peniaga yg hebat sepertinya. Begitu juga bukan berjaya seperti Datuk Vida tetapi saya sekadar ingin memberi pandangan sebagai pengguna . Jika rasa baik harap boleh menerimanya dan jika sebaliknya abaikan sahaja.


Saya puji niat Coach Fadzil utk membantu peniaga2 kecil atau produk2 Melayu (Islam) termasuk dgn konsep pelaburan. Niat atau formula tersebut wajar dipuji dan disokong.


Malangnya faktor2 lain yg telah merencatkan perniagaan Malakat Mall dari pengamatan saya. 


Pertama saya berpandangan kesilapan terbesar ketika kempen awal kemunculan Mall ini apabila marketing mereka dikaitkan ke arah BMF ( Buy Muslim First). Bagi saya ia tidak sesuai dan hanya mengecilkan sasaran pelanggan Mall ini.


Bukan sahaja ia mengecilkan pelanggan daripada pelbagai bangsa seperti Cina, India dan kaum2 lain tetapi kelompok Melayu yg dingin dgn kempen BMF. Ini kerana ketika kempen BMF dilancarkan ada org2 politik mengambil kesempatan ke atas kempen tersebut utk tujuan politik hingga menjadi bahan sindiran kek pun di beli di Secret Recipe.


Akhirnya Malakat Mall menjadi mangsa keadaan. Tanya saya… BMF ini kempen yg hanya memakan diri sendiri. Ini kerana berdasarkan senario politik… 30% org Melayu tidak suka dgn sentimen berbau perkauman. 


Tanya saya buat sahaja konsep seperti Mydin… terbuka utk semua dgn jualan harga yg murah. Akhirnya bukan sahaja pelanggan tetapi peniaga2 bangsa lain tidak mahu menyewa di ruang Mall tersebut.


Kedua bila saya bertanya kpd rakan2 di KL… mereka beritahu Malakat Mall gagal bersaing dari segi harga. Harga adalah sgt penting bila kita membuka perniagaan Hypermarket. Marketing terbaik adalah free marketing dari mulut ke mulut bila org ramai bercerita HARGA MURAH.


Saya beri contoh kejayaan Speedmart. Kempen Malakat Mall ‘Buy Muslim First’ tapi kempen Speedmart ‘Murah dan Dekat’. Nampak cara marketing siapa yg jauh lebih bijak? Mereka tidak sasarkan kawasan2 Cina sahaja tetapi di mana2 kita akn jumpa mini market ini.


Ya harganya yg murah adalah tarikan utama tetapi bukan semuanya murah. Rempah Kari Babas di pasaraya lain dijual dgn harga RM 5 tetapi di Speedmart dijual hanya RM 4.30. Jauh bezanya yg  menjadi buah mulut org ramai Speedmart murah.


Dkt sini kita kena belajar bagaimana org Cina berniaga. Org Cina ada mendidik anak2 mereka buy Chinese first di rumah tetapi bukan secara terbuka dlm perniagaan. Mereka tak perlu kempen beli barangan Cina dulu tetapi ia telah diselami dari kecil.


Peniaga Cina tahu org Melayu adalah kuasa membeli terbesar bukan sahaja kerana kaum majoriti tetapi jika waktu perayaan org Melayu terkenal sikap boros berbelanja membeli pakaian sebagai contoh. 


Sebab itulah macam di Sabah byk peniaga kedai makan menggunakan pekerja muslim bertudung sebagai tarikan kpd pelanggan Islam. Begitulah juga tauke Cina sanggup menggunakan nama Rosyam Mart sebagai satu bentuk marketing. 


Sebenarnya byk lagi peniaga2 Cina yg menggunakan kaedah meletakkan individu Melayu yg seolah olah pemilik perniagaan tersebut. Hebatkan strategi perniagaan mereka mencari jalan menarik pelanggan.


David Teo pemilik syarikat filem Metrowealth sgt bijak menjaga hati org Melayu. Dlm majlis promosi filem dia pasti akn membuat majlis kesyukuran dgn menjemput Ustaz membaca doa selamat. 


Niat BMF itu baik tetapi bukan Malakat Mall yg memikul tanggungjawab itu. Kesedaran itu patut dipikul oleh NGO2 sahaja utk diamalkan oleh org2 Melayu di rumah dan bukan utk marketing perniagaan.


Jadi utk saya BMF dan daya saing harga barang perlu diambil perhatian. Malakat Mall juga wajar tukar konsep dgn menyewa 2 lot kedai kerana kos dan risikonya lebih kecil. 


Bila sewa dan penggunaan kakitangan yg sedikit Malakat Mall boleh bermain dgn harga bagi bersaing dgn pasaraya2 yg tumbuh bak cendawan. Biar kecil tapi ada di mana2. 


Sekadar beri pandangan…. Malakat Mall boleh juga belajar konsep sepertimana kedai2 runcit di Sabah yg dikuasai oleh peruncit Pakistan. Saya tidak tahu modus operandi mereka sebenar… tetapi saya agak2 sahaja mereka ini mempunyai persatuan yg membekal produk barangan2 runcit.


Harga mereka agak sedikit mahal tapi ada di mana2. Contohnya di Kg. Likas sahaja tak kurang 20 kedai runcit Pakistan ada di situ. Tiada yg tutup perniagaan sejak 12 tahun saya di Sabah… semua boleh survive. 


Mengapa tidak Malakat Mall bertindak menjadi pemborong bekalan barangan runcit utk peniaga2 kecil di kawasan2 kampung. Dapat membantu dan dpt berniaga dgn peniaga2 kecil Melayu dgn memberi modal barangan dahulu dan mereka menjalankan perniagaan.


Sekadar pandangan kpd mereka yg baru ingin menceburi bidang perniagaan dlm perniagaan jgn sesekali dikaitkan dgn perkauman. Kedua jika terlibat dlm politik jgn pamirkan perniagaan kita kerana ia akn memberi kesan ke atas perniagaan tersebut ( ini amalan saya sendiri ). 


Dlm perniagaan tidak boleh dikaitkan dgn perkauman dan politik kecuali jika berniaga agama… apa kata anda?

Sumber

Isnin, 17 Ogos 2020

Surat Terbuka kepada Saudara SeIslam dari Pengasas Malakat Mall

Surat Terbuka kepada Saudara SeIslam

Assalammualaikum wbt.

Kepada saudaraku-saudaraku yang dikasihi.

Saya Coach Fadzil Hashim, Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch.


Kita kini berada di dalam bulan kemerdekaan negara tercinta. InshaAllah kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 tidak lama lagi.

Namun,  hakikat pedih yang terpaksa kita akui selepas 63 tahun kita merdeka, keadaan ekonomi kita semakin hari menjadi semakin lemah!

Tahukah Saudara ?
1. 40% pendapatan isi rumah keluarga Islam masih di bawah RM2,000?
2. Lebih 72% orang kita tidak mempunyai aset kewangan?
3. Lebih 50% orang kita yang mempunyai akaun ASB mempunyai baki kurang dari RM600?
4. Lebih 50% anak-anak dari keluarga B40 berhenti sekolah selepas PT3?
5. Majoriti anak muda kita terpaksa mengenepikan agama hanya untuk mendapatkan pekerjaan.
6. Usahawan Muslim kita tidak mempunyai akses PASARAN yang besar! Mereka hanya boleh berniaga di crowded dan small market.
7. Pasaraya besar milik orang lain tidak memberikan akses yang mudah untuk usahawan kita.
8. Majoriti kita telah diprogram menjadi pengguna yang dipergunakan untuk mengkayakan mereka dari wang kita sendiri!
9. Kita hanya menjadi pengguna dan sangat kurang menjadi pembekal
10. Dari lebih RM110 Billion perbelanjaan runcit negara pada tahun 2019, orang kita hanya mendapat 8% syer pembekalan sebagai peruncit.
60% daripada RM110 Billion ini pula dikuasai oleh syarikat asing!
11. Nilai sebenar sektor runcit di dalam rantaian pembekalan sebenarnya bernilai lebih RM300 Billion!
12.Negara kita terpaksa mengimport lebih RM50 Billion makanan dari negara luar kerana kita tidak mampu mengambil peluang menghasilkan makanan asas di dalam negara kita sendiri.
13. 90% orang kita hanya mempunyai satu jenis pendapatan sahaja.
14. Lebih menyedihkan, hampir 99% kita sebenarnya bekerja seluruh hidup untuk membayar RIBA yang sangat dibenci ALLAH!
15. Masa depan anak cucu kita akan menjadi lebih mencabar sekiranya kita tidak merancang untuk mengubah nasib kita dengan strategi dan tindakan yang luarbiasa.

Fakta ini seharusnya mampu menyedarkan kita tentang kepentingan untuk kita bangkit dan gunakan kekuatan yang ada dengan kita bagi mengubah nasib anak cucu kita!

Jadi bagaimana? Apa yang boleh kita lakukan? Sedangkan kita tidak mempunyai kekuatan kewangan yang besar?

Sebagai orang Islam, kita wajib kembali kepada formula penyelesaiaan yang telah ditunjukkan oleh Nabi terCINTA kita, Nabi Muhammad SAW!

Hanya dengan kembali kepada sistem Islam secara sepenuhnya akan kita dapat menyelamatkan diri kita dari situasi yang sangat membahayakan masa depan anak cucu kita.

Ada segelintir kita yang berasakan situasi mereka tidaklah terlalu teruk. Kita masih boleh beli rumah, kereta, membeli belah dan melancong. Pendapatan bulanan pun dah cukup untuk hidup selesa.

Kepada mereka ini, sedarlah yang kita nampak ‘okey’ sebab negara kita memberi kita kemudahan mendapatkan pembiayaan bank bagi tujuan di atas. Memang nampak macam ‘okey’ tetapi hakikatnya mereka yang nampak sangat kaya pun sebenarnya mempunyai hutang RIBA yang sangat banyak!

RIBA yang diisytihar perang oleh ALLAH kepada mereka yang terlibat merupakan punca utama masalah ekonomi dunia yang menyaksikan kegagalan demi kegagalan sistem pengagihan kekayaan dunia!

Lapan orang terkaya dunia mempunyai aset bersamaan dengan 3.6 billion populasi dunia! Sedangkan lebih 600 juta manusia tidak mempunyai tempat tinggal! Lebih 400 juta pula tidak mendapat akses air bersih! Dan hampir 19,000 anak-anak yang berumur bawah 5 tahun, mati setiap hari!

Alhamdulillah! Dengan berkat doa para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang bertungkus lumus untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, saya mendapat ilham, formula dan kini platform untuk kita mengubah nasib kita sekarang dan inshaAllah nasib anak cucu kita di masa akan datang.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 “Katakanlah ( Muhammad) Jika kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Allah juga mengingatkan kita  “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Surah Al Ahzab Ayat 33.

Pada tahun 2019, saya telah melancarkan program kesedaran 'Ayuh Bangkit' bagi mencetus kebangkitan untuk membina ekosistem ekonomi Islam yang baharu. Alhamdulillah, di siri ketiga, saya mendapat kefahaman tentang ibrah dari Hijrah Rasullullah SAW!

13 tahun Nabi berjuang di Makkah dalam menanamkan asas akidah yang kukuh kepada sahabat-sahabat. Tiada Tuhan selain ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir merupakan fokus utama dalam tempoh tersebut.

Peristiwa Hijrah sebenarnya mempunyai formula penyelesaian kepada masaalah yang kita hadapii hari ini. Hari ini, Ummat Islam lemah dan ditindas di seluruh dunia. Negara yang kita majoriti pun kita diikat dengan sistem ekonomi berasaskan RIBA.

Islam hari ini kebanyakannya diamalkan hanya dalam ibadah khusus. Di luar ibadah, kita sebenarnya tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Pengajaran dan panduan yang dapat kita ambil dari peristiwa Hijrah ini adalah seperti berikut :

Kita harus berusaha berhijrah dan tinggal dengan sahabat-sahabat yang kita cintai. Inilah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW! Beliau tinggal bersama dan Solat bersama di setiap hari.

Setiap waktu selepas Solat, ianya digunakan untuk menyampaikan pendidikan, panduan dan juga perbincangan untuk menyusun strategi bagi memperkuatkan Islam.

Setelah membina Masjid, Nabi pergi pula ke PASAR @ Market Place yang pada waktu itu dikuasai oleh orang Yahudi.

Nabi tidak bertindak untuk berniaga di PASAR YAHUDI yang menindas dan mengamalkan RIBA!

Nabi membina PASAR ISLAM sendiri dan memulakan pembinaan asas ekonomi Islam!

Walaupun ketika itu sahabat-sahabat yang dahulunya kaya di Makkah tetapi mereka berhijrah ke Madinah, meninggalkan kekayaan masing-masing di Makkah.
Mereka bermula dengan ‘ZERO’ tetapi akhirnya kaya yang juga menjadi asas Tamadun Islam yang kita warisi hari ini.

Pasar Bebas RIBA milik orang Islam yang tidak menindas dan terbuka kepada semua merupakan panduan utama yang wajib kita ikuti.

Dari sinilah saya mendapat ilham untuk mewujudkan Malakat Mall!

Versi  Pasar Madinah kita yang terbuka dan memberi peluang kepada Usahawan Muslim memasarkan produk mereka dengan mudah!

Malakat adalah nama yang diberi oleh pedagang Arab kepada Melaka di zaman kesultanan Melayu abad ke 14 di mana ketika itu Melaka merupakan antara bandar terkaya di dunia. Orang Melayu hebat dengan perdagangan dan menguasai teknologi pembuatan kapal dan senjata.

Itulah asal nama Malakat Mall yang berusaha menjadikan Malakat Mall sebagai Kapal Perang Ekonomi persis Kapal Hang Tuah ‘Mendam Berahi’ versi moden(merdeka dari dendam, berani kerana ilahi).

Oleh kerana kos untuk membina PASAR BESAR agak tinggi, saya meminta pasukan saya mencari ‘DEAD MALL’ atau pun PASAR MATI. Rupa-rupanya terdapat lebih 100 Mall MATI di negara kita!

Kenapa PASAR MATI? ianya agar kita tidak perlu berbelanja tinggi untuk memulakan ‘Mall’ kita sendiri.

Walaubagaimanapun membuka shopping mall  sememangnya memerlukan modal yang sangat tinggi. Saya berusaha mendapatkan sokongan kepada Usahawan Muslim yang sudah berjaya untuk bersama dalam perjuangan ini dengan menawarkan mereka berniaga di dalam Malakat Mall.

Tetapi mungkin kerana menjangkakan ianya sangat sukar untuk dilaksanakan tiada satu pun yang sedia untuk bersama kami. Kita tidak menyalahkan mereka kerana sememangnya kalau fikir logik, memang agak sukar untuk percaya yang kita mampu buka pasar kita sendiri yang menawarkan perkongsian hasil jualan tanpa mengenakan sewa yang tetap.

Ya betul! Peniaga tidak dikenakan SEWA! Mereka yang ingin membekal barang pula tidak perlu membayar ‘Listing Fees’ dan ‘RACK Fees’!

Oleh kerana tiada Usahawan yang sanggup masuk ke pasar pertama Malakat Mall ini, kami tiada pilihan selain terpaksa membangunkan beberapa jenama yang menawarkan pelbagai keperluan masyarakat secara sendiri.

Kerja yang sangat mencabar ini menjadi ringan apabila kita menerima permohonan pekerjaan dari orang kita yang berada di dalam perniagaan syarikat luar.

Mereka memohon untuk berjuang bersama-sama kerana mempercayai misi penting kebangkitan baru ekonomi Islam yang kita mulakan.

Barisan kepimpinan orang kita yang bekerja di pelbaga jenis perniagaani jenama antarabangsa melengkapkan pasukan kami.

Alhamdulillah, selepas bertemu dengan Dato Nadzim Johan (Toqqi) beliau menawarkan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) agar digunakan sebagai platform menyatukan kekuatan Ummah.


KoPPIM pada ketika itu yang masih belum aktif hanya mempunyai kurang dari 60 ahli tidak aktif. KoPPIM kini kita telah berjaya mendapatkan lebih 24,000 ribu ahli seluruh negara.

Alhamdulillah!

Untuk makluman, KoPPIM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik atau mana-mana individu. KoPPIM sepatutnya menjadi platform penyatuan orang Islam tanpa mengira kecenderungan politik.

Kempen BMF yang diperhebatkan oleh PPIM, PEMBELA dan ratusan NGO Islam yang lain membina suatu momentum yang sangat hebat selepas idea Malakat Mall dipersembahkan kepada masyarakat umum. Banyak video dan post di media sosial menjadi viral.

Malakat Mall (Pasar Madinah kita) menyasarkan untuk mengambil alih 100 DEAD Mall dalam tempoh 10 tahun.

InshaAllah dengan sokongan Saudara dan rakan-rakan lain, kita akan mampu mengambil alih 50% dari syer pasaran yang kini dikuasai oleh syarikat asing.

Nilai RM30 Billion ini sebenarnya hanya di peringkat runcit sahaja. Jumlah di rantaian pembekalan sebenarnya bernilai lebih RM 100 Billion. Ini akan membuka ruang dan peluang usahawan Muslim  mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada lebih 1 Juta pengguna Muslim.

Ini sasaran yang kami tetapkan dalam tempoh 10 tahun (2030) :

1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada 1 Juta pengguna Muslim dengan gaji minima RM5,000 dan pendapatan pasif hasil dari dividen Kooperasi RM5,000.
2. Mewujudkan 100,000 peluang perniagaan kepada Usahawan Muslim
3. Membina 100 Malakat Mall di seluruh negara.
4. Mewujudkan 1,000 Malakat Grocer di seluruh negara.
5. Mengeluarkan ASNAF dari kemiskinan dan mencapai ‘ZERO ASNAF’ dan B ‘0’
6. Berusaha untuk memberikan pulangan 8-15% kepada ahli KoPPIM.
7. Membangun supply chain atau rantaian pembekalan agar dikuasai oleh Usahawan Muslim.
8. Mendidik dan rekrut 1 Juta pengguna Islam untuk menyatu kekuatan dalam KoPPIM dan menjadi pemilik bersama Malakat Mall.
9. Membantu 1 Juta pengguna Islam memindahkan perbelajaan belanja runcit mereka dari Mall lain ke Malakat Mall.
10. 1 JUTA (1,000,000) Komuniti Bebas RIBA 2030.

Saudara-Saudaraku yang dikasihi,

Masa depan anak bangsa akan bergantung kepada tindakan SAUDARA hari ini. Saya ingin mengajak Saudara, keluarga dan rakan-rakan lain untuk bersama menyatu dalam perjuangan ini.

Sekiranya dahulu Saudara berbelanja di ‘Mall’ milik syarikat bukan pembayar zakat, kini saya mengajak saudara untuk memindahkan perbelanjaan keluarga Saudara ke Malakat Mall.

Saya juga ingin mengajak Saudara menjadi pemilik bersama Malakat Mall dan Malakat Grocer dengan menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia dengan hanya membeli syer RM100 sahaja.

Pindah perbelanjaan keluarga Saudara di ‘Mall’ dan Kedai milik Saudara sendiri.

Dengan hanya RM100 sebulan dan memindahkan perbelanjaan runcit keluarga Saudara dan rakan-rakan ke Malakat Mall yang dimiliki Saudara sendiri, kita akan mampu menyediakan masa depan yang lebih terjamin untuk anak bangsa kita.

Covid 19 ini sebenarnya memperingatkan kita untuk membangunkan kekuatan ekonomi setempat!

Saya dan pasukan bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan kebangkitan ekonomi Islam ini berjaya dilaksanakan.

Daftar lah untuk menjadi ahli KoPPIM secara online di Daftar Ahli KoPPIM

Saya juga ingin menjemput Saudara dan keluarga untuk datang ke Malakat Mall, Cyberjaya untuk melihat sendiri apa yang kami sedang lakukan.

Ya ALLAH, Kau saksikanlah usaha Aku bersama SaudaraKu ini berjuang demi mengembalikan kehebatan Islam semula!

Ya ALLAH, Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk bebas dari RIBA!

Ya ALLAH,  Kau berikanlah kejayaan kepada usaha membina 100 Malakat Mall dan 1,000 Malakat Grocer diseluruh negara.

Ya ALLAH, Kau bukalah hati kepada 1 Juta Pengguna Muslim untuk menyertai KoPPIM dan berbelanja di Malakat Mall dan Malakat Grocer!

Ameen Ya Rabb!

Yang Menyintai ANDA!

Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi dan Pendidikan Islam
Pengasas Malakat Mall dan
Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch

#MalakatMall #MalakatGrocer #KoPPIM #MallIniKitaPunya #BMF #PenggunaPemilikEkonomi #BeliSamaKita #JualSamaKita #BeliDiKedaiMilikAnda #CoachFadzil