Selasa, 13 Oktober 2026

Kisah Benar:Semua kehidupan sekitar radius 25km hilang nyawa dalam sekelip mata.Bagaimana ia berlaku?

Tasik Nyos Di Cameroon yang menjadi misteri

21 Ogos 1986, sebuah kampung di Cameroon. Malam itu biasa saja, semua orang tidur seperti biasa.

Pagi esoknya, hampir seluruh kampung tak bangun. Bukan seorang dua. Satu kampung.

Tapi takde luka, takde darah, takde apa-apa tanda kekerasan. Habis, apa yang datang malam tu?

FAIL #58: Malam Tasik Nyos

21 Ogos 1986. Tasik Nyos, Cameroon.

Malam tu tak ada bunyi letupan. Tak ada ribut. Cuma sekitar jam 9 malam, penduduk kampung bawah tasik dengar satu bunyi pelik, macam perut menggelegak yang sangat kuat dari arah tasik.

Lepas tu senyap.

Pagi 22 Ogos, 1,746 orang mati. 3,500 ekor haiwan mati. Dalam radius 25 kilometer dari tasik. Semua masih di katil, di dapur, di tepi jalan. Jatuh macam suis kena tutup. Tak ada luka. Tak ada darah. Muka ada yang biru keunguan.

Yang datang malam tu bukan orang. Bukan hantu. Tapi awan yang tak nampak.

Ini yang berlaku:

*1. Tasik Pembunuh Senyap*

Tasik Nyos ni tasik kawah gunung berapi. Dalamnya 208 meter. Di dasar dia, ada kebocoran magma yang lepaskan karbon dioksida, CO2, secara perlahan-lahan selama bertahun-tahun.

Air tasik tu berlapis. Lapisan atas sejuk, lapisan bawah panas dan berat, jadi CO2 tu terperangkap kat bawah macam air gas dalam botol yang tak pernah dibuka. Tekanan makin tinggi. Selama beratus tahun.

*2. Botol tu akhirnya terbuka*

Sampai hari ni saintis tak 100% pasti apa yang picu. Paling kuat teorinya: tanah runtuh kecil di tebing tasik.

Runtuhan tu kacau lapisan air. Macam kau goncang botol Coca-Cola. Sekali CO2 yang terlarut tu bertukar jadi gelembung besar-besaran. Dalam beberapa minit, 1.6 juta tan CO2 meletup naik ke permukaan. Air tasik naik setinggi 25 meter, sapu tebing.

Inilah yang dipanggil *Limnic Eruption*, letusan tasik.

*3. Awan yang mengalir*

CO2 ni 1.5 kali lebih berat dari udara. Dia tak terbang naik ke langit. Dia mengalir turun lembah, macam air banjir yang tak nampak. Laju 20-50 km/j.

Dia tolak oksigen. Semua benda yang bernafas dalam lembah tu lemas dalam beberapa minit. CO2 pada 10% pun dah boleh buat kau pengsan dan mati. Awan malam tu kepekatannya dianggarkan 15-20%.

Itu sebab tiada tanda bergelut. Orang cuma rasa pening, sesak nafas, pengsan, lepas tu mati dalam tidur.

Ada survivor cerita dia pengsan 2 hari, bangun tengok seluruh keluarga dah tak ada. Ada yang terselamat sebab berada di tempat tinggi, CO2 tu mengalir ikut tanah rendah saja.

Benda ni pernah jadi 2 tahun sebelum tu di Tasik Monoun, 37 orang mati. Tapi tak ada orang ambil serius.

Selepas tragedi Nyos, kerajaan Cameroon dan saintis Perancis pasang paip degassing di tengah tasik sampai hari ni. Paip tu sedut CO2 dari dasar dan sembur keluar perlahan-lahan, supaya tak terkumpul lagi. Macam buka tudung botol sikit-sikit.

Jadi FAIL #58 ni bukan kes mistik. Ini bencana geologi paling pelik dalam sejarah moden. Tasik yang nampak tenang, tapi simpan gas maut.

0 ulasan:

Catat Ulasan