Rabu, 21 Oktober 2020

Wartawan terkejut namanya diguna untuk penyebaran berita palsu

 

Saadiah kiri, laporan berita palsu dari pihak tidak bertanggungjawab dari kanan

KUALA LUMPUR– Wartawan terkejut apabila namanya terpalit dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berita bertajuk “Larangan rentas negeri dari Melaka mulai esok” beserta nama pemberita Saadiah Ismail dan email wartawan terbabit tular di media sosial hari ini.

Saadiah Ismail yang berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian berkata, dia menerima banyak pertanyaan ramai bagi mendapatkan penjelasan berhubung berita tersebut.

"Allahu...saya dikejutkan begitu banyak whatsapp, emel dan juga panggilan dari penduduk negeri Melaka berkenaan dengan berita di bawah ini.

“Apa yang saya boleh katakan..ini adalah penyebaran berita palsu menggunakan nama saya Saadiah Ismail selaku pekerja di bawah syarikat akhbar Berita Harian,”katanya.

Bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya, Saadiah berkongsi penyebaran berita palsu berkenaan di Facebooknya.

Dia juga memuat naik siaran media kerajaan negeri Melaka yang menafikan larangan rentas negeri di Melaka seperti digembar gemburkan.

Saadiah berkata, semua pihak diharapkan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sekiranya menerima berita seperti itu.

“Jangan sembarangan sebarkan hingga mengundang panik di kalangan semua orang.

“Buat individu yang sengaja menggunakan nama saya, anda sudah mengganggu gugat ketenteraman setiap orang.

Terdahulu, berita palsu berkenaan tular di media sosial dan menimbulkan tanda tanya orang ramai akan kesahihannya.

Rentas7.com

0 ulasan:

Catat Ulasan