Isnin, 26 Oktober 2020

Kartun hina Dr Noor Hisham, apa masalah Fahmi Reza?

 

Dia ni ada otak ke tidak?

Fahmi Reza si kartunis murahan memang seorang yang biadab lagi kurang ajar.

Kali ini dia telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila melukis karikatur yang menghina wira negara, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Adakah patut dia lukis gambar Ketua Pengarah Kesihatan dalam mangkuk tandas?

Puncanya kerana Dr Noor Hisham menjawab, "please use the toilet (tolong gunakan tandas)" dalam Twitter sebagai maklum balas terhadap seorang netizen yang menggunakan perumpamaan 'guru kencing berdiri, murid kencing berdiri' berhubung perbuatan pihak tertentu tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dr Noor Hisham itu sebenarnya berkias meminta semua pihak tanpa mengira golongan kayangan atau rakyat marhaen supaya menunjukkan contoh yang baik. 



Tetapi Fahmi Reza yang pernah mencetuskan kontroversi dengan mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan telah mengambil kesempatan untuk menghina Dr Noor Hisham.

Mungkin sel-sel otaknya kurang berhubung sehingga menyebabkan si pencinta pengganas komunis ini tak faham maksud sebenar yang ingin disampaikan Dr Noor Hisham.

Penghinaan yang sangat buruk terhadap Dr Noor Hisham itu boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap seluruh petugas barisan hadapan dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang berhempas-pulas saban hari memerangi COVID-19.

Sudah tentu perasaan mereka tercalar dan tersinggung apabila Dr Noor Hisham yang merupakan 'jeneral' mereka dihina sedemikian rupa.

Seperti Dr Noor Hisham, ramai dalam kalangan mereka yang bekerja siang malam tanpa cuti sejak COVID-19 mula dikesan.

Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya perasaan mereka apabila 'panglima' Kementerian Kesihatan diperlekehkan oleh si kartunis murahan yang mencintai pengganas komunis.

Maka, semua rakyat Malaysia yang menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham dan kakitangan Kementerian Kesihatan mesti melaporkan ciapan Twitter murahan oleh Fahmi Reza yang berselindung di sebalik akaun @kuasasiswa  https://twitter.com/kuasasiswa/status/1319928131881295872?s=08 (Dia ni siswa ke?).

Jangan beri muka kepada si pencinta komunis ini terus berleluasa meracuni pemikiran anak-anak kita dengan dakyah-dakyah biadab dan bercangggah dengan nilai-nilai budaya masyarakat Timur.

Lakukan tindakan ini sebagai tanda solidariti kita terhadap Dr Noor Hisham dan semua anak-anak buahnya.

TUKANG TULIS

0 ulasan:

Catat Ulasan