KUALA LUMPUR: Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul dikemukakan 25 Ahli Parlimen, sebelum tarikh tutupnya, petang tadi.Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memberi jaminan kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat."Adalah dimaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai Isnin, 2 November hingga Selasa, 15 Disember.Sesi sidang mesyuarat kali ini sudah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober lalu," katanya.MR : Usul undi tak percaya rasa paling banyak
0 ulasan:
Catat Ulasan