TRAGEDI tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mereka tertidur dalam kereta di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth cukup menyayat hati.
Punca kematian tiga sahabat itu diakibatkan oleh keracunan karbon monoksida.
Dan atas sebab itu juga kita tidak disarankan untuk tidur di dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan seterusnya ke saluran darah.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen).
Lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin.
Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal berfungsi dan menyebabkan kematian.
Tiga sahabat terkorban akibat keracunan karbon monoksida manakala seorang lagi sedang kritikal.
Menurut penjelasan daripada Facebook Public Health Malaysia, keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak.
Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.
Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya.
Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.
Keracunan karbon monoksida pembunuh senyap!
Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!
1. Keracunan karbon monoksia merupakan punca utama kematian akibat keracunan.
2. Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
3. Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia dikenali sebagai “pembunuh senyap”
4. Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, seramai 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi.
Ianya boleh dihasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Aqilah Akhirnya Tampil Luahkan Apa yg Terjadi Sebenarnya Slps Dia Sahaja Yang Terselamat
Polis telah mengambil keterangan daripada satu-satunya m4ngsa keracvnan gas karbon monoksida yang terselamat.
Ini semasa kejadian di sebuah stesen minyak dekat Permatang Pauh di sini pada bulan lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah telah ditemubual.
Itu sejurus dia dibenarkan keluar daripada wad di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada minggu lalu.
“Daripada keterangan yang diceritakan kepada pegawai penyiasat.
Ketika berhenti di stesen minyak itu mereka dalam keadaan letih dan lapar.
“Mereka sempat membeli makanan di kedai stesen minyak dan makan sebelum kesemuanya tertidur di dalam kenderaan yang enjin hidup dan cermin tertutup rapat.
“Nor Aqilah kemudiannya tidak tahu apa lagi yang berlaku dan sedar-sedar dia sudah berada di hospital kira-kira seminggu kemudian,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam kejadian pada 16 September lalu, Nor Aqilah terselamat dalam kejadian keracvnan gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh di sini.
Nor Aqilah bersama saudara kembarnya Nor Adilah serta dua rakan, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu.
Sharifah Fariesha disahkan terbunvh di tempat kejadian, manakala Ayunie Shazwanie men1nggl dunia ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini.
Nor Adilah dilaporkan men1ngg4l dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Sementara itu, Shafee berkata, Nor Aqilah kini semakin pulih dan boleh menerima hakikat tentang kem4t1an kembar dan rakan-rakannya itu.
Apakah gejala keracunan CO?
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.
Tetapi sekiranya gas ini dihidu semasa sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
Tip pencegahan keracunan karbon monoksida.
1. Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah.
Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
2. Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
3. Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
sumber:budaksitu.pw
0 ulasan:
Catat Ulasan