Penyanyi Agnez Mo baru-baru ini dilaporkan media Indonesia sebagai selebriti paling kaya di negara itu dengan jumlah harta mencecah 450 bilion Rupiah (RM12.7 juta).
Tidak hanya mengaut hasil daripada karier seni, penyanyi lagu Matahariku itu juga memiliki perniagaan berkaitan industri fesyen dan makanan.
Jumlah kekayaannya itu adalah hasil kerja kerasnya yang memulakan karier seni seawal usia 6 tahun menerusi muzik dan juga sebagai pengacara.
Melangkah ke alam remaja, penyanyi yang kini berusia 34 tahun itu mula melebarkan sayap apabila mula berlakon dalam beberapa sinetron dan kemudiannya mengeluarkan album.
Tidak hanya dikenali di Indonesia, Agnez juga pernah bekerjasama dengan beberapa bintang dunia antaranya Timbaland dan Chris Brown.
Rata-rata, netizen Indonesia memuji Agnez yang memiliki kekayaan serta wajah jelita. Dia juga dianggap sebagai artis yang tidak pernah mempamerkan kekayaannya.
-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan