Rabu, 21 Oktober 2020

TV3 dan Penerbit Drama 'NamaKu Bedah' Diminta Sensitif Isu Pemakaian Artis

 

Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon² dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian ya

Ambe dpt satu wassup yg meminta ambe respond isu memakai pakaian yg ada lambang agama lain

Terkini dlm sebuah drama bertajuk "Namaku Bedah"  yg disiarkan di TV3, Terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang artis kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian utk digayakan dlm wataknya itu

Kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dgn sengaja
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya kpd pihak produksi drama atau filem

Ambe menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan

Syed Bakri Al-Yahya

#BiarTahuJanganDokTahu

sumber:1media.my

0 ulasan:

Catat Ulasan