Sejak Dato’ Addy Kana ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes Mcau Scam dan penggubahan wang hram, orang ramai mula mengikuti perkembangan kes ini.
Kes membabitkan Addy Kana ini sebenarnya agak kompleks dan sangat menarik untuk diikuti.
Ia susulan kegiatan Addy Kana difahamkan telah mengheret beberapa individu lain yang mungkin tidak mengetahui aktiviti sebenar dilakukan olehnya.
Sebagai contoh adalah pelawak Shuib Sepahtu yang turut dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.
Isu menjadi lebih hangat apabila saspek utama bernama Leong Yeong atau Alvin berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar bangunan belakang SPRM.
Kemudian, bermula dengan kes Mcau Scam itu juga, sumber SPRM mendedahkan terdapat terdapat segelintir artis dan instafamous tempatan dipercayai terlibat dengan sindiiket peIacvran kelas atasan dan dibayar sehingga RM40,000 untuk satu malam.
Sumber SPRM itu berkata, salah seorang saspek daripada kes Mcau Scam itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan peIacvran kelas atasan itu.
Sementara itu pula, semalam, ketika orang ramai yakin Addy Kana terlibat dengan kegiatan Mcau Scam itu, pihak polis membuat kenyataan mengatakan Addy Kana cuma terlibat sebagai koordinator atau agen.
Apa yang dimaksudkan pihak polis, Addy Kana cuma menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada sindiiket.
Kenyataan tersebut membuatkan orang ramai terkejut dan mempersoalkan adakah benar apa yang dikatakan pihak polis itu.
Malah Iesya Toh, seorang pengacara dan pelakon telah menulis di Instagram berkata apa yang dilakukan Addy Kana itu sebenarnya tiada beza pun dengan Mcau Scam.
Respon isteri Addy Kana semalam curi perhatian
Menariknya adalah, isteri Addy Kana yang dikenali sebagai Datin Alyaa Syuhaila memberi respon beliau susulan kenyataan pihak polis tersebut.
Alyaa telah memuatnaik keratan artikel dari Sinar Harian yang bertajuk, “Addy Kana, Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam: PDRM”, berserta dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’.
Selain itu Alyaa turut mahu individu yang muncul dalam satu video mengaku scammer dan ‘memetik’ nama Addy Kana sebagai boss dia agar disiasat.
Dalam erti kata lain, Alyaa sungguh yakin suaminya tidak terbabit dalam aktiviti Mcau Scam.
Persoalannya, adakah Alyaa tidak tahu kegiatan suami dia?
Pihak polis pula hari ini telah tampil dalam kenyataan terbaru dengan mengatakan Addy Kana terlibat. Malah tajuk dari semua akhbar utama juga menulis dengan jelas, ‘Addy Kana , Alvin terbabit Macau Scam, judi dalam talian’.
Apakah reaksi Datin Alyaa agaknya kali ini?
Berdasarkan semakan, tiada respon terbaru dari Datin Alyaa susulan kenyataan terbaru polis itu.
Addy Kana, Alvin terbabit Macau Scam, juudi dalam talian
Polis menyerbu 12 pusat panggilan sejak Sabtu lalu susulan pembongkaran sindiiket perjvdian dalam talian membabitkan Addy Kana serta Goh Leong Yeong aka Alvin, awal bulan ini.
Serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang itu turut menahan 138 individu membabitkan 95 warga China serta 43 warga tempatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati kebanyakan pusat panggilan diserbu menyasarkan mangsa di China.
” Daripada 12 serbuan dijalankan, ada sebuah premis di Cheras didapati terbabit dengan kegiatan mempromosikan pelacvran di WeChat, QQApp dan Weibo.
” Selain itu, kami menahan seorang warga tempatan di sekitar Lembah Klang, semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan saspek yang melarikan diri.
” Kami akan menyiasat jika wujud pembabitan ahli politik dalam kegiatan ini, namun setakat ini kami tidak mengesan elemen berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Dalam pada itu, Huzir berkata, pihaknya menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat di ibu negara dan tidak menolak kemungkinan Alvin di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat ‘tawaran’ daripada sindiiket di China.
Addy Kana pernah terlibat jnayah kes s4mun
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati Addy mempunyai jnayah lampau bersabit kes s4mun mengikut Akta Ordinan Darurat 1969.
” Siasatan mendapati kedua-dua mereka adalah ejen sindiiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Mcau Scam, peniipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjvdian dalam talian.
” Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jnayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas.
” Perintah lanjut reman ketiga-tiga saspek termasuk Addy akan dipohon mengikut Sksyen 4 (2)(a) POCA selama 38 hari apabila tempoh reman mereka tamat pada 3 November depan,” ujarnya.
sumber:jirancakap.com
0 ulasan:
Catat Ulasan