Rabu, 28 Oktober 2020

Lompat pagar SPRM: Alvin Goh cerita mengapa dia larikan diri

 


KUALA LUMPUR:
 Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.

Penafian itu dibuat Alvin, atau Goh Leong Yeong, menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya sebelum ia ditularkan di media sosial.
 

Video itu muncul selepas penahanan Alvin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

Terdapat beberapa perkara yang dijelaskan Alvin dalam video berkenaan, termasuk mengapa dia melarikan diri melalui pintu belakang bangunan SPRM.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri, namun saya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.

"Namun, tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian," katanya.

Tambahnya, dia telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM semasa siasatan berlangsung.

"Namun, ketika dibebaskan pada 11 Oktober lepas, saya mendapat tahu polis juga akan menahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.

"Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” jelas Alvin.

Katanya, apabila video itu ditonton, dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

-mindarakyat

Ps: Macam2 akal utk lepaskan diri ye

0 ulasan:

Catat Ulasan