Sebelum membuat SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0,pemohon perlu buat semakan status kelulusan BPN 2.0 terlebih dahulu.
Kepada yang baru nak mohon BPN 2.0, Nak senang,tengok je TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan BPN 2.0 bagi kategori Bujang dan Isi Rumah:
- Layari portal rasmi BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Cari
- Isikan Captcha seperti yang terpapar
- Tekan butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Pastikan anda mendapat status Lulus . Maka barulah akan dapat lihat paparan lain iaitu:
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Jika status Lulus, sila ambil perhatian pada bahagian Status Kredit.
- Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Cara paling mudah untuk buat verifikasi ialah dengan menyemak baki duit dalam akaun bank.
- Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank
TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0
Kategori Bujang B40
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.
- Bayaran BPN 2.0 Ansuran Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.
- Bayaran BPN 2.0 Ansuran Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
Kategori Bujang M40
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300
- Bayaran Ansuran Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada bulan Oktober 2020.
- Bayaran Ansuran Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
Maklumat lanjut BPN 2.0 BUJANG
Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.
- Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.
- Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)
- Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.
- Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada bulan Oktober 2020 berjumlah RM400
- Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200
sumber: kekandamemey
0 ulasan:
Catat Ulasan