Khamis, 26 November 2020

Samsung Patenkan Rekaan Telefon Dengan Rekaan Skrin Lutsinar

 


Samsung
 sedia hadir dengan rekaan telefon menggunakan skrin boleh-lipat pada hari ini. Menariknya, bergerak kehadapan, Samsung dijangka terus hadir dengan inovasi baru dalam arena peranti, dan kini telah mempatenkan rekaan telefon menggunakan skrin lutsinar.

Melalui perkongsian laman LetsGoDigital, Samsung dilihat telah mempatenkan teknologi baru ini, dimana ia menggunakan rekaan skrin lutsinar, dan hadir dengan bingkai peranti seperti kebiasaan. Samsung dijangka menggunakan rekaan panel OLED dengan paparan sangat jelas bagi memastikan paparan dapat diperlihatkan apabila diaktifkan dan dilihat pengguna.

Buat masa ini, ia sekadar paten sahaja. Tetapi teknologi seumpamanya telah sedia diperlihatkan. Sebelum ini, pada 2015 yang lepas, Samsung telah memperlihatkan televisyen dengan skrin OLED lutsinar. Selain itu, ZUK juga telah memperlihatkan telefon dengan skrin lutsinar sebelum ini.

-mindarakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan