Isnin, 9 November 2020

“Sikit-sikit sekolah vernacular,” Prof Ridhuan Tee berang dengan dasar ultra kiasu

 


Belanjawan yang memahami keutamaan, barulah win…. Ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular?

Apabila kerajaan tidak sebut nama sekolah vernakular dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) secara spesifik dalam Belanjawan 2021, maka melompatlah ultra kiasu, seperti katak kepanasan. Dakwanya, ultra kiasu sekolah vernakular dipinggir.

Selepas ini NGO ultra kiasu pasti akan desak kerajaan pimpinan PN. Adakah kerajaan akan tunduk?

Sejak bila sekolah vernakular dipinggirkan kerajaan? Apa hak Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mendapat peruntukan belanjawan kerajaan?

SMPC hanya melahirkan lebih ramai ultra kiasu berkiblatkan Taiwan (China).

Saya tidak mahu sentuh soal sekolah vernakular seperti SJKC/T, kerana sekolah ini memang sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya sama seperti sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan memang ada seperti biasa, cuma tidak ada peruntukan tambahan mungkin.

Justeru, apa masalahnya? Dasar ultra kiasu, tidak pernah puas, asyik nak lebih?

SKJC sudah mempunyai kemudahan seperti sekolah berasrama penuh, nak bagi belanjawan tambahan apa lagi? Lagipun kewujudan sekolah ini tidak berperlembagaan. Semakin dibantu, semakin ultra kiasu mereka. Semakin mereka tidak mengundi PN. Percayalah.

Kenapa perlu bantu SMPC? Saban tahun sekolah ini terus membesar, dengan bangunan tambahan baharu dengan kelengkapan serba canggih. Jika tidak percaya, pergi tengok sendiri 60 SMPC seluruh negara, sudah menjadi seperti sebuah universiti. Tidak puas lagi.

Baca sejarah SMPC. Dahulu kerajaan bagi pilihan, sama ada mahu diserapkan dalam sekolah bantuan kerajaan menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), atau kekal menjadi sekolah persendirian.

-detikdailyonline

0 ulasan:

Catat Ulasan