Khamis, 26 November 2020

Pengeluaran Wang KWSP Sebanyak RM10,000 Diperluaskan Kepada Semua Pencarum Yang Terjejas

 

Sejak bermula sebagai cadangan daripada ahli politik, topik mengenai pengeluaran KWSP buat para pencarum sering menjadi isu hangat di kalangan ahli politik dan juga netizen.

Sekitar 10 hari yang lalu, pihak KWSP telah mengumumkan program i-Sinar iaitu pengeluaran wang daripada akaun 1 sebanyak RM9,000 buat dua juta ahli yang terjejas.

Syarat serta kelayakan yang ketat membuatkan sejumlah besar netizen kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat. Tidak kurang juga ahli parlimen yang menyuarakan supaya program i-Sinar diperluaskan kepada sejumlah besar para pencarum.

 Sehubungan dengan itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz hadir dengan sebuah berita baik pada hari ini dengan mengumumkan pengeluaran wang melalui program i-Sinar telah diperluaskan kepada lebih lapan juta yang terjejas sama ada individu yang kehilangan kerja mahupun menerima pendapatan yang kurang pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, KWSP juga sedia membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 buat para pemohon. Mereka yang terkesan atau memerlukan wang boleh memohon secara talian atau datang ke pejabat KWSP untuk mengeluarkan wang melalui akaun 1 KWSP.

-Vocket


0 ulasan:

Catat Ulasan