Jumaat, 2 Oktober 2020

OH AHLI POLITIK:Peningkatan kes Covid-19 mendadak

 


Yang melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri jatuh ialah AHLI POLITIK.
Yang mengadakan pilihanraya sewaktu musim Covid-19 pun AHLI POLITIK.
Yang pergi berkempen dalam keadaan risiko penyebaran Covid-19 pun AHLI POLITIK.
Yang tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Sabah pun ialah AHLI POLITIK
Yang menyebabkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sampai 260 kes pada hari ini pun adalah berpunca dari AHLI POLITIK.

Tetapi jika berlaku semula PKP yang ketat atau dilaksanakan PKPD maka yang SUSAH DAN SENGSARA ialah RAKYAT

Yang dibuang kerja, yang tidak cukup makan minum dan dibebani hutang ialah RAKYAT.
Ahli politik?

Mereka gaji jalan, elaun puluh ribu.
Rasuah dan simpanan duit berjuta.

Tidak ada ahli politik ini yang memikirkan soal rakyat. Mereka hanya fikirkan isi perut dan isi kantung bank mereka.

Jika ada nescaya mereka tidak akan pergi ke Sabah, membuat bermacam hal semasa PKP dan penyebaran covid-19 ini.

Ya Allah ya tuhanku, kau tunjukkanlah dan berikanlah balasan segera dan setimpal kepada pimpinan negara yang menyebabkan rakyat sengsara dan menderita kerana kepentingan peribadi dan politik mereka, tanpa mengira dari parti mana sekalipun, agar menjadi pedoman di masa kini dan masa hadapan.

Rakyat negara ini berhempas pulas bertahan untuk mematuhi perintah kawalan, sanggup mengeluarkan wang persaraan masa tua, sanggup menggadaikan harta benda, sanggup dibuang kerja, demi menghadapi tekanan ekonomi kerana wabak covid19 ini, tetapi para pemimpin mereka rakus merebut jawatan, beroleh kemewahan tanpa sempadan.

Engkau tunjukkanlah kekuasaanMu, pemilik segala kerajaan di langit dan di bumi.

-mindarakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan