Isnin, 24 Jun 2024

"Manusia zaman Firaun hidup selama 1000 Tahun. Tak hairanlah teknologi mereka sangat-sangat maju!"

 "Manusia zaman Firaun hidup selama 1000 Tahun. Tak hairanlah teknologi mereka sangat-sangat maju!" 

Nak jawab salah faham ni, saya gariskan usia Firaun-Firaun terkenal dalam sejarah. Aku tak tahu dari mana tanggapan bahawa manusia dari dulu usianya beratus tahun, tapi rekod-rekod sejarah dan arkeologi memberitahu kita sebaliknya macam dibawah ini: 

---

Ramses II (Ramses the Great)

Usia: 90-96 tahun

Pemerintah: 1279-1213 SM

Ramses II terkenal sebagai salah satu Firaun yang paling lama memerintah dan hidup lama dalam sejarah Mesir Kuno.

---

Tutankhamun (King Tut)

Usia: 19 tahun

Pemerintah: 1332-1323 SM

Tutankhamun menjadi Firaun pada usia muda dan meninggal dunia juga pada usia yang muda.

---

Pepi II

Usia: Sekitar 64-84 tahun

Pemerintah: 2278-2184 SM

Pepi II adalah salah satu Firaun dengan pemerintahan terpanjang dalam sejarah Mesir, namun usianya masih dalam lingkungan usia manusia moden.

---

Cleopatra VII

Usia: 39 tahun

Pemerintah: 51-30 SM

Cleopatra terkenal sebagai Firaun terakhir Mesir dan hidup sehingga usia yang agak biasa bagi manusia moden.

---

Sekarang kita ambil manusia-manusia pra-sejarah yang hidup lagi lama dari zaman firaun, apakah rekod arkeologi pada peninggalan mereka menunjukkan mereka mampu hidup ratusan tahun?

Perak Man

Usia: Anggaran 40-45 tahun

Tarikh: 10, 000 Tahun Yang Lalu 

Perak Man adalah salah satu fosil manusia prasejarah yang terkenal di Malaysia dan usianya menunjukkan jangka hayat yang serupa dengan manusia moden pada zaman prasejarah.

---

Ötzi the Iceman

Usia: Anggaran 45 tahun

Tarikh: 3500 SM 

Ötzi adalah mumia manusia dari Zaman Gangsa yang ditemui di Alps dan usianya juga dalam lingkungan jangka hayat manusia moden.

---

Lucy (Australopithecus afarensis)

Usia: Anggaran 12-15 tahun

Tarikh: Sekitar 3.2 juta tahun dahulu

Lucy adalah salah satu fosil hominid tertua yang ditemui dan usianya menunjukkan jangka hayat yang pendek berbanding manusia moden.

----

La Chapelle-aux-Saints 1 (Neanderthal)

Usia: Anggaran 40 tahun

Tarikh: Sekitar 60,000 tahun dahulu

La Chapelle-aux-Saints 1 adalah fosil Neanderthal yang menunjukkan jangka hayat yang serupa dengan manusia moden.

---

Shanidar 1 (Neanderthal)

Usia: Anggaran 40-50 tahun

Tarikh: Sekitar 45,000-35,000 tahun dahulu

Shanidar 1 adalah fosil Neanderthal yang menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding beberapa manusia prasejarah lain.

---

Dari rekod wahyu, kita cuma tahu nabi-nabi sahaja diberi usia panjang. Ini saya percaya kerana kepentingan dakwah mereka. Tapi sayang rekod-rekod sejarah pula tidak bercerita ada manusia selain Nabi yang hidup beratus tahun. 

Raja-raja dari zaman Nabi Ibrahim A.S sampai ke zaman Nabi Muhammad, memiliki usia sama macam kita. Bahkan manusia yang hidup lagi lama iaitu zaman pra-sejarah agak sukar nak capai usia kita kerana pencapaian ketamadunan perubatan tidak seperti hari ini.

Sumber:Fb Helmi Affendi

0 ulasan:

Catat Ulasan