LONDON: Cristiano Ronaldo dilihat mengejek penjaga gol dan pemain tengah Republik Czech selepas Portugal bangkit untuk meraih kemenangan 2-1 pada aksi pertama Euro 2024.
Pemain berusia 39 tahun itu memberikan isyarat penumbuk kepada penjaga gol Republik Czech, Jindrich Stanek yang hanya terduduk di atas padang dan menjerit sesuatu ke arah telinga pemain tengah, Petr Sevcik.
Keraian Ronaldo itu hadir selepas Francisco Conceicao meledak gol kemenangan buat Portugal pada minit ke-92.
Bagaimanapun, ramai penyokong tampak tidak menggemari tindakan Ronaldo itu.
"Tiada kelas," kata seorang penyokong di laman platform X.
"Tak perlu pun buat sebegitu. Ia tidak kelihatan hebat pun," kata seorang lagi penyokong.
Ada juga meninggalkan komen seperti 'Messi takkan lakukan perkara sebegini kepada pemain lawan. Sebab itulah Messi pemain terbaik sepanjang zaman (GOAT)."
"Video ini menunjukkan kenapa saya tidak suka akan Ronaldo. Kenapa perlu meraikan jaringan di hadapan muka pemain lawan," kata seorang lagi penyokong.
"Ahli sukan yang teruk," tambah seorang lagi pelayar Internet. -AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan