LONDON – Sebuah projek mega untuk membina pesawat bercirikan hotel yang boleh membawa 800 penumpang di ruang udara didedahkan kepada umum, lapor akhbar The Sun kelmarin.
‘Pesawat hotel’ itu mempunyai ketinggian tiga tingkat dan dilengkapi enam enjin saiz gergasi. Ia dikatakan boleh terbang pada altitud 12,192 meter.
Digelar sebagai ‘Helang Mara’, panjang kedua-dua sayapnya jika digabungkan ialah kira-kira 96 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak.
Panjang keseluruhan pesawat itu pula sekitar 80.16 meter.
Kapal terbang itu adalah cetusan idea pereka terkemuka Sepanyol, Oscar Vinals dan jika dicipta, ia akan mengetepikan pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380-800.
Pesawat futuristik itu akan menawarkan kemudahan mewah termasuk restoran, spa, pawagam, kedai dan kasino. – AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan