Tingkatkan Perniagaan WhatsApp Anda Melalui wasep.me
Sajikan pelanggan anda dengan paparan e-kedai yang lebih menarik serta dilengkapi sistem pengambilan pesanan dan pembelian yang mudah.
Bertukar daripada menaip pesanan yang membosankan menjadi klik yang mudah. Masa anda boleh digunakan untuk mendapat lebih banyak pesanan.
KELEBIHAN KAMI
Mengapa Memilih wasep.me
Memudahkan PesananAnda dapat mengelak daripada menjawab soalan yang sama berulang-kali serta tidak perlu berkongsi gambar sehingga memakan memori telefon pintar anda.
Mesra Pengguna
Paparan mesra pengguna dilengkapi fungsi yang tepat untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan dan terus dihantar ke dalam Aplikasi WhatsApp anda.
Anda boleh menghadkan kawasan penghantaran dan juga boleh meletakkan harga penghantaran mengikut kawasan melalui nama tempat atau poskod.
Katalog perniagaan anda boleh berfungsi sebagai laman sesawang peribadi anda di mana nama perniagaan anda boleh tersenarai di dalam pencarian google.
Fungsi Tambahan
Had Waktu Operasi
Anda boleh menghadkan waktu untuk menerima pesanan daripada pelanggan anda dengan mengaturkan hari dan waktu pilihan anda.
"Real-Time" Status
Anda boleh mengemas-kini status secara "real-time" dimana pelanggan anda boleh mengetahui status pembelian melalui resit "online" mereka
Cetak Resit
Jika anda memerlukan resit fizikal untuk diberi kepada pelanggan, anda hanya perlu menekan butang "Print" di dalam "Dashboard". Mudah bukan?
Maklumat pelanggan dan pesanan di hujung jari anda.
Peniaga WhatsApp tradisional selalu menghadapi MASALAH MAKLUMAT BERTERABUR ATAU HILANG kerana terlalu banyak soal-jawab sebelum pesanan dapat dibuat. Dengan wujudnya wasep.me dan digabung bersama fungsi ‘Labels’ di dalam aplikasi ‘WhatsApp Business’ anda, semua maklumat pelanggan dan pesanan dapat disusun rapi serta dapat menjimatkan masa untuk anda lebih fokus pada mendapatkan lebih banyak pesanan.
INGIN MENDAFTAR!
KLIK IKON DIBAWAH
0 ulasan:
Catat Ulasan