Rabu, 23 September 2020

Malapetaka buat negara,100 kes buang bayi setiap tahun

 Malapetaka buat negara

Gambar hiasan


Dianggarkan seramai 96,000 wanita menjalani pengguguran janin setiap tahun di Malaysia (FRHAM).

Ada sebanyak 240 klinik yang menawarkan pengguguran janin di seluruh negara (RRAAM).

Sebanyak 50-55,000 kes bayi tidak sah taraf dilahirkan di Malaysia (JPN).

Sebanyak 1010 kes buang bayi dilaporkan di antara 2010-April 2019 (atau 100 kes setahun) - (PDRM)

Semua angka ini mempunyai sumber dari institusi rasmi yang berdaftar di Malaysia.

Punca utamanya adalah zina yang berleluasa.

Sejak dahulu telah saya suarakan bencana sosial atau malapetaka sosial negara, namun tidak kelihatan mendapat sambutan dari kalangan pemimpin negara. Pelbagai cubaan telah diusahakan.

Semoga Allah selamatkan rakyat dan negara ini.

Oleh: Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

0 ulasan:

Catat Ulasan