Sebanyak 25 ekor kerbau ternakan Pak Khamis, yang juga bapa kepada adik Muhammad Syukur Khamis (Mowgli Malaysia), dilaporkan mati secara tiba-tiba.
Berita itu disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Albakri menerusi Instagramnya baru sebentar tadi.
"Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.
"Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang," katanya.
Khabar berita itu membuatkan netizen turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga Syukor yang selama ini telah bersusah payah membesarkan haiwan ternakan itu.
Tidak diketahui apa punca kematian 25 ekor kerbau itu. Meskipun ada netizen yang membuat pelbagai spekulasi, adalah baik untuk tidak menuduh sesiapa-siapa dan serahkan kepada pihak berkuasa atau Pak Khamis sendiri untuk menyiasatnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan