Jumaat, 18 September 2020

Kisah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin bukanlah suatu yang baharu.


 Kami ada Allah

Kisah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin bukanlah suatu yang baharu.

Mereka tidak pernah merakamkan wajah sugul terhadap siri pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin negara Arab dan juga tali barut di kalangan mereka.

Usaha penjajahan Palestin dimulakan seawal 1897 setelah berlakunya persidangan zionis sedunia di Basel, Swizerland yang memutuskan untuk menjadikan Palestin sebagai negara yang dikhususkan untuk bangsa Yahudi.

Pelbagai usaha licik Zionis yang disokong UN dan pengkhianatan pemimpin Arab sendiri menyebabkan mereka berjaya membina negara haram Israel pada 15 Mei 1948.

Mesir menjadi negara Arab yang pertama melakukan pengkhianatan ini dengan mengiktiraf Isreal sebagai sebuah negara berdaulat dan diikuti oleh Jordan.

OIC menjadi bisu dan pekak dengan permasalahan Palestin apabila kebanyakan pemimpin berpenyakit wahan dan memberikan ketaatan kepada AS, sebagai abang besar gangster dunia antarabangsa.

13 Ogos 2020 melakarkan kesinambungan sejarah hitam Palestin yang dijajah apabila UAE mengiktiraf Israel dan diikuti oleh Bahrain pada 11 Sept 2020 ini.

Apa yang perhatikan sejak dahulu lagi bahawa rakyat Palestin tidak pernah berputus asa bagi mempertahankan Masjid al Aqsa dan bumi daripada terus dijajah sepenuhnya oleh regim zionis Israel.

Apa yang mereka usahakan ialah berjuang mempertahankan tanah wakaf umat sejagat ini sehingga menang, atau bertemu Allah dalam keadaan syahid.

Hidup biar mulia, mati biar syahid.

Biar pun semua pemimpin Arab dan dunia antarabangsa melutut kepada Israel, mereka akan terus berjuang untuk reda dan syurga Allah swt.

Mereka berkata, Ya kita ada Allah

Ikuti perkongsian di 

[ t.me/zainurrashid ]

0 ulasan:

Catat Ulasan