Amaran awal diberikan kerana ‘iblis tidak pernah berhenti berehat’
BERITA baik kepada Persatuan Penggemar Arak Malaysia (PERAM).
Sebelum bulan September 2020 berakhir, biar kita keluarkan amaran awal siap-siap.
Bulan Oktober adalah bulan yang penggemar-penggemar arak di kebanyakan negara akan meraikan pesta arak yang dinamakan Oktoberfest.
Terdapat beberapa percubaan untuk meraikannya di negara kita, tetapi ia telah mendapat bantahan besar-besaran daripada umat Islam.
Saya telah menulis tentang isu ini dalam beberapa posting seperti berikut:
13 Oktober 2014 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/860200217337323
6 September 2017 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1637770879580249
19 September 2017 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1648474505176553
12 Oktober 2018 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2090296280994371
30 Januari 2019 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2246768895347108
6 Oktober 2019 – https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2668835649807095
Negara kita juga pernah digemparkan dengan siri-siri berita tentang pemanduan mabuk, beberapa insiden perlanggaran ke atas orang awam oleh pemandu-pemandu mabuk dan gejala pemabukan secara umumnya.
Mungkin salah satu rahmat dan hikmah dari ujian COVID-19 ini adalah tidak akan ada lagi sebarang bentuk perhimpunan awam untuk meraikan dan mengagungkan pesta arak ini.
Bagaimanapun, kita masih perlu berwaspada dan sentiasa memperingatkan.
Biar kita bagi amaran awal.
Ini kerana Iblis tidak pernah berhenti rehat.
Pemerhati politik
Mohd Luttfi Abd Khalid
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
0 ulasan:
Catat Ulasan