Jumaat, 14 Ogos 2020

COVID19~'Makcik gelang pink' dihukum penjara sehari, denda RM8,000

Gambar seorang wanita menjamu selera di sebuah medan selera sambil memakai gelang pengesanan kuarantin COVID-19 yang tular di media sosial.
  
 IPOH: 'Wanita bergelang merah jambu' mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Terdahulu, media melaporkan gambar wanita terbabit tular di media sosial selepas dikatakan, sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera, dalam keadaan memakai gelang kuarantin COVID-19 sekali gus menimbulkan kegusaran serta kecaman warganet.

0 ulasan:

Catat Ulasan