Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
"Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 20 kes termasuk 11 kes daripada Kluster Tawar di Baling, Kedah.
"Satu lagi kluster baharu dikesan, Kluster Muda, juga di Kedah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada tujuh kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,828 kes, 96.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau berkata, daripada keseluruhan 9,149 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.
"Sehingga kini, empat kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan pernafasan.
"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan