PENYANYI popular Siti Sarah menempelak segelintir ahli perniagaan yang sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk tujuan pemasaran.
Sarah yang juga ahli perniagaan berkata, dia terkilan melihat sikap manusia yang tergamak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam demi kepentingan diri.
"Semua orang buat silap dalam dunia ini. Tiada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sempurna mana dan pernah berpenampilan seksi dan jahil. Namun, taklah sampai sanggup jual 'barang' untuk berniaga. Tergoncang, melompat, sehinggalah ada yang melakukan hubungan intim atas katil ambil gambar.
"Makin lama makin ramai. Yang perempuan ini pun sama naik, tak tahu yang mana lelaki yang mana perempuan. Ya, anda kuat kerana tidak ada satu orang pun yang mampu menjatuhkan sebab itu makin lama makin menjadi," katanya.
Menurut Sarah, untuk berjaya dalam hidup tidak perlu buat perkara yang tidak senonoh.
"Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyampah. Tak perlu melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk kulit untuk buat duit banyak," katanya menerusi Instagram.-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan