BIARPUN dirinya bergelar seorang penoreh getah, namun semangat patriotik bagi menyambut Hari Kebangsaan harus dipuji apabila dia sanggup menghabiskan wang hasil menoreh kerana membeli jalur gemilang untuk hiasan pada kereta miliknya. : KitaReporters
Wan Mustafa sedang memasang Jalur Gemilang di kereta miliknya
Lagi cerita-cerita berkaitan bendera:
Wan Mustafa Wan Hasan, 55, dari Kampung Gerai, dekat Jertih, Terengganu, tidak kisah menghabiskan wang dan masa untuk memasang bendera Jalur Gemilang pada kereta kerana semangat kemerdekaan beliau sanggup berbuat apa sahaja biarpun diketawakan oleh orang lain.
Penoreh getah bersemangat patriotik Wan Mustafa Wan Hasan
Malah, usahanya memasang Jalur Gemilang pada kenderaan miliknya bukanlah perkara baharu, sebaliknya aktiviti seumpama itu diakukan sejak 2014 sehingga sekarang.
"Bukan niat saya untuk menunjuk, tetapi semangat patriotik yang membara dalam jiwa mengilhamkan saya untuk terus memasang bendera sebagai tanda menghargai jasa pejuang terdahulu yang banyak berkorban demi negara," katanya.
Wan Mustafa berkata, setiap tahun apabila tiba bulan Ogos beliau akan membeli Jalur Gemilang untuk dihias pada kereta kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.
Bersemangat.. Wan Mustafa dibantu oleh isteri dan anak perempuan memasang 63 Jalur Gemilang pada kereta miliknya
Tambahan pula,katanya, aktiviti yang dilakukan itu turut mendapat sokongan ahli keluarga termasuk isteri dan anak yang sama-sama membantu memasang bendera Malaysia berkenaan.
Katanya, pada setiap tahun, beliau membeli Jalur Gemilang mengikut tahun kemerdekaan dan pada tahun ini, beliau terpaksa membeli 63 keping Jalur Gemilang mengambil sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63.
Kreatif.. kereta milik penoreh getah Wan Mustafa menarik perhatian penduduk daerah Besut
“Saya rela tidak membeli keperluan lain pada setiap bulan Ogos dan hasil jualan getah akan disimpan untuk belanja membeli Jalur Gemilang,” katanya.
Pada tahun ini, katanya, beliau memperuntukkan RM300 untuk persediaan membeli Jalur Gemilang yang dipasang pada kereta.
“Sebuah kereta Proton Iswara berusia 19 tahun menjadi pilihan untuk dihias pada setiap tahun,” katanya.
Wan Mustafa memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang bagi mempastikan tidak terbalik
Katanya, dia mempunyai lebih banyak idea untuk menghiasi keretanya dengan Jalur Gemilang, namun ia terbatas akibat kekangan kewangan.
“Inilah cara saya menanam rasa cinta dan apresiasi terhadap negara yang mampu dilakukan demi untuk Malaysia tercinta,” katanya.
Wan Mustafa berkata, paling seronok apabila beliau memandu kereta yang penuh dengan jalur gemilang ramai yang memberi tumpuan kepadanya, malah ada yang mengangkat tangan dan membunyikan hon.
Katanya, pernah juga ketika melalui sekatan jalan raya, anggota polis yang menjalankan tugas memberi tabik hormat kepadanya mungkin juga sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang.
Walaupun dia tidak mengharapkan apa-apa penghargaan daripada pihak tertentu di atas aktiviti yang dilakukan, namun beliau tetap bersemangat dan akan meneruskan kretiviti tersebut pada setiap tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara. - KitaReporters
0 ulasan:
Catat Ulasan