"MEREKA SUDAH LEBIH & MELAMPAU... JADI ATAS NASIHAT PEGUAM, KAMI AKAN BUAT SIDANG MEDIA" - DIN 'SEARCH' DAKWA KENYATAAN AMY 'SEARCH' TAK BETUL, BAKAL TAMPIL JELASKAN SEGALA YANG DIUNGKIT.
"Itu semua tidak betul. Mereka sudah lebih dan melampau. Jadi, atas nasihat peguam, kami akan buat sidang media. Saya akan jelaskan segala perkara yang mereka ungkit.
"Saya juga akan tunjukkan bukti perkara yang ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Saya akan jelaskan segala-galanya selepas Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun depan."
Demikian ujar anggota kumpulan Search, Din berhubung isu membabitkan pembayaran royalti penjualan album Rockology Search: Kid'Din Collection seperti yang dibangkitkan vokalis kumpulan rock legenda itu, Datuk Amy Search, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, Din atau nama sebenarnya, Nordin Mohd Taib, 61, menyifatkan perbuatan Amy itu sebagai keterlaluan.
Sebelum ini, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa dengan sikap Din dan adiknya, Kid yang didakwa 'membisu' soal pengagihan royalti yang difahamkan sudah diterima.
Dakwa Amy lagi, tindakan dua-beradik itu seperti merompak hasil titik peluh mereka apabila pembikinan album dibuat tanpa sebarang perbincangan membabitkan dirinya dan Nasir.
Bukan itu sahaja, Amy turut mendakwa perbuatan dua beradik itu seolah-olah seperti kacang lupakan kulit kerana mudah melupakan jasa rakan seperjuangan yang banyak membantu ketika dalam kesempitan.
Untuk makluman, album Rockology Search: Kid'Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299.
Ia mengandungi antaranya cakera padar (CD) berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Din dan Kid.
#RRK
0 ulasan:
Catat Ulasan