Gol tunggal penyerang, Syafiq Ahmad, cukup untuk memastikan kemenangan pertama Kedah Darul Aman ke atas PDRM dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium MP Selayang, sebentar tadi.
Kedah memulakan perlawanan seperti yang diimpikan mana-mana pasukan, apabila gerakan pertama daripada sayap kanan yang diketuai Sony Norde berhasil apabila hantaran silangnya mudah ditampan masuk Syafiq Ahmad untuk membuka jaringan seawal 33 saat sejak wisel perlawanan ditiup pengadil perlawanan.
PDRM membawa nafas baru bagi musim 2024-25 yang dibimbing P. Maniam, melancarkan serangan demi serangan, mengawal permainan dengan lebih baik dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan namun kedudukan 1-0 kekal menuju bilik persalinan.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Kedah bagai 'lemas' di Selayang, apabila gagal mencari jalan keluar deretan serangan yang dilancarkan oleh barisan pemain The Cops.
Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain berjaya bertahan bagi memastikan tiga mata pertama di tempat lawan.
Selangor menjadi halangan berikutnya buat Kedah manakala PDRM bakal berkunjung ke Ipoh bertemu Perak pada Sabtu.
-Stadium Astro
0 ulasan:
Catat Ulasan