Rabu, 13 Mac 2024

Tahukah anda?:Pelayar Melayu Juara Samudera Sebelum Greek Dan Roman.

 


Orang Melayu dah dominasi lautan samudera dunia  sejak abad pertama masihi. Ini di akui sendiri oleh sarjana barat. Orang melayu sudah kemudi ke sana sini sebelum orang Rome dan orang Greek tahu erti pelayaran.

Dalam buku  ‘Premoden Trade In World History oleh Rischard L. Smith, seorang sarjana sejarah dunia, telah mengatakan bahawa “Di lautan, laluannya didominasi, sekurang-kurangnya pada alaf pertama sebelum Masihi, oleh Orang Melayu….. Terma ‘Melayu’ merujuk  bukan khusus kepada penduduk Semenanjung Melayu. tetapi juga selalu digunakan dalam skala yang lebih besar, lebih umum. Ia merujuk, kepada pelayar laut yang bertutur dalam bahasa Astronesia yang tinggal di Sumatera, Borneo dan Kepulauan lain termasuklah Semenanjung Melayu.

Pelayar Melayu adalah pelayar jarak jauh yang terawal berdagang di wilayah negara moden Malaysia & Indonesia. Aktiviti berdagang mereka berdagang dari Laut China Selatan sehingga Timur Laut India. Mereka adalah pelaut yang mahir dengan teknologi nautikal mereka sendiri yang mungkin mereka telah menciptanya sendiri lama sebelum pedagang Greek & Roman yang baru mula berdagang di laut. Orang Melayu memulakan rangkaian komersial  daripada Filipina, New Guinea, sehungga Pantai Timur Afrika.” 

Namun, apa yang menarik, sarjana ini menggunakan terma ‘Melayu’ bagi merujuk kepada pelayar daripada kawasan Nusantara atau Kepulauan Melayu ini berbanding terma-terma yang lain. Kita juga sedar bahawa Kerajaan Kedah Tua menghasilkan barang besi dengan skala yang besar, seperti yang dizahirkan dengan bukti-bukti di Kedah. Tidak mustahil pelayar melayu membawa dagangan ke seantero dunia seawal abad ke-1 masihi.

Kalau dah sejak abad pertama pun Melayu tu dah pandai belayar, setakat nak buat kapal sebesar Mendam Berahi tu apa la sangat. 

Jadi, perkara macam ni bukan hairan sangat. Kalau mat salleh cakap baru orang percayakan.

Sumber:Demi Malaiu

0 ulasan:

Catat Ulasan