Kes culik Sarawak...sambungan
Kamarudin Hashim @ Kenny
Sambungan cerita kes penculikan budak perempuan cina di Sarawak...
Ceritanya begini....pada petang kejadian saspek bersama 4 orang rakan sedang makan di kedai tempat bapa mangsa bekerja. Mereka separuh mabuk sebab sambil makan sambil minum arak.. mereka melihat anak dara sunti tukang masak itu berada di kedai...rakan2 saspek membuat cabaran kepada saspek supaya mengajak mangsa keluar pergi jalan2...
Semasa mangsa berjalan kaki balik ke rumah, saspek telah ikut dari belakang, tahan dan ajak mangsa berbual . Sebentar lagi kawan2 saspek yang 4 orang datang menaiki kereta 4x4...mereka paksa mangsa naik kereta larikan ke jalan Oya, mereka masuk ke lorong dalam hutan, di sana ada sebuah pondok tinggal. Saspek bermotor ikut dari belakang.....di pondok itu mangsa telah dirogol bergilir2 sehingga ke pagi. Mangsa seorang anak dara banyak keluar darah, dia dirogol hingga pengsan. Mereka semua tidur di sana....ke esokan hari, mangsa masih hidup, dia dirogol lagi bergilir2. Akhirnya salah seorang dari mereka telah mencekik leher mangsa sampai mati...mayatnya ditinggalkan di pondok itu.
Selepas mendapatkan maklumat dari saspek, pada awal pagi Kenny bersama pasukan D9 Sarawak pergi melaksanakan tangkapan keatas 4 orang rakan jenayah saspek. Saspek yang telinga berlubang itu kemudian membawa Polis ke pondok tempat kejadian rogol, dan menjumpai tulang2 mangsa....seterusnya tiba saat yang menyayat hati apabila Kenny terpaksa pergi berjumpa ibu bapa mangsa untuk memberitahu tentang penemuan mayat...suasana sangat sedih, Kenny tidak dapat menahan sebak ketika itu...
Bagi Kenny dan Team penyiasatnya dari Bukit Aman, tugas mereka telah selesai....Kertas Siasatan disiapkan oleh Polis Sibu dan semua saspek dituduh kesalahan membunuh. Difahamkan semasa perbicaraan saspek yang telinga berlubang telah diambil sebagai saksi pendakwa...dan dia dibebaskan dari pertuduhan. Empat orang lagi didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati....
Kebetulan pada tahun 1994, tiga tahun selepas kejadian, ketika itu Kenny telah pun bersara dari Polis atas pilihan sendiri, dia sedang berada di Sibu atas urusan syarikat tempat dia berkerja....mahkamah ketika itu sedang bersidang untuk menjatuhkan hukuman keatas 5 orang saspek....Kenny mengambil kesempatan meninjau dari belakang proses pengadilan. Dia dapat melihat ketika Hakim menjatuhkan hukuman mati keatas 4 orang pesalah dan saspek telinga berlubang dibebaskan kerana dia menjadi saksi pendakwa. Kenny masih sedih mengenangkan nasib malang yang menimpa mangsa anak tukang masak itu...namun dia tersenyum puas mendengar Hakim menjatuhkan hukuman mati keatas 4 orang perogol tersebut.
Nukilan Zahriman Alias
0 ulasan:
Catat Ulasan