Sabtu, 9 Mac 2024

MERATAP PETAKA DARIPADA LANGIT SEJARAH: KAMPUNG BARU DAN SEJARAH PERJUANGAN KOMUNISME DI NEGARA INI.


Kampung Baru Berapit di Bukit Mertajam adalah antara yang dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kampung Baru Berapit di Bukit Mertajam adalah antara yang dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Oleh: Dr Riduan Mohamad

Seperti babi hutan yang terlepas didalam perkebunan sayur yang segar dan malar, mereka akan terus melanggar batas-batas kesabaran ummat. Memperolehi secebis kuasa diatas perpecahan bangsa Melayu akan dimanfaatkan semaksima mungkin untuk manfaat kaum tertentu.  Seperti " kaduk naik junjung" mereka tak peduli, merasa membusung dada dan tersanjung dengan mandraguna kuasa maka cucu cicit Min Yuen ini akan terus mendobrak kesantunan dan kesabaran ummat. Sebelum ini fasa pertama pemerintahan PH, mereka cuba mewajahkan MPAJA sebagai pejuang kemerdekaan, isu bendera berbintang lima, keinginan mengubah sejarah komunisme dan perang Pasifik, himpuni komrade PKM di Kajang dan  keizinan membawa balik abu mayat Ong Boon Hwa alias Chin Peng ke negara ini. 

Siapa tokoh kontroversi , Chin Peng kepada cucu cicit Min Yuen ?perlukan berdebat panjang akan jasa tokoh Marxist ini kepada negara kita. Bangsa yang tak mempedulikan sejarah ialah bangsa yang hilang kemuliaan dan akan terus ditimpa kehinaaan, sebab itulah bangsa Tamadun tua akan terus memelihara sejarah mereka dalam bingkai kemuliaan. Chin Peng mendapat reputasi yang baik sebagai wira komunis apabila berjaya mengorganisasikan Malayan People Anti Japanese Army didalam hutan Malaya dalam era penjajahan Jepun. 

Pembantaian Sook Ching diawal penjajahan Jepun telah mengorbankan 70 699 orang komuniti Cina di Malaya dan Singapura. Kesakitan etnik Cina ini berjaya dimanfaatkan oleh PKM untuk menubuhkan proksi mereka,  MPAJA. British membekalkan senjata kepada Chin Peng dan MPAJA melalui Force 136 sehinggalah selesai perletakan senjata Jepun akibat tragedi Nagasaki dan Hiroshima. Saya ulang!, perletakan senjata Jepun di Malaya bukan kerana kalah bertempur dengan MPAJA dan Bintang Tiga tetapi akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Chin Peng dan komrade MPAJA keluar daripada hutan seolah mereka pejuang yang berjaya mengalahkan Jepun di Malaya, penguasaan MPAJA selama 14 hari keatas Malaya memberikan kesan mendalam kepada hubungan etnik Melayu dan China. Orang Melayu disakiti , bahkan dibunuh di daerah tertentu bahkan menyebabkan tragedi balas dendam di Batu Pahat, Sungai Manik Perak.  Beliau juga mendapat anugerah daripada kerajaan British akibat penglibatan Bintang Tiga ini didalam hutan Malaya.

British memperkenalkan Ordinan Darurat 1948 untuk mengekang pengaruh Komunisme, termasuk penubuhan kampong- kampong baru yang digarap naratif baru mutakhir ini bahkan ingin diletakkan sebagai tapak warisan UNESCO. Darurat 1948, bermulalah saat getir tanahair ini, dengan pembantaian, pembunuhan terhadap rakyat dan anggota keselamatan. Belasan ribu menggeletak  hilang nyawa, serta usaha PKM merosakkan ekonomi negara ini dengan gerakan sabotaj. Kerajaan British berusaha menawarkan tangan perdamaian kepada PKM pada tahun 1955 melalui Rundingan Baling namun gagal kerana keegoan Chin Peng dan delegasi PKM. Mereka mahu bergerak secara sah dinegara ini,namun ditolak oleh kerajaan maka mereka terus mengangkat senjata memerangi pasukan keselamatan.

Berakhir darurat pada tahun 1960, Chin Peng dan komrade bintang tiga terus berada dihutan tebal Malaya, serangan gerila tetap mereka lancarkan untuk merosakkan  negara ini. Pembunuhan kepada pegawai-pegawai kanan polis, merosakkan tugu negara, infiltrasi dalam organisasi umum seperti PBCUM dan lain-lain. 1989 adalah tahun mereka sepenuhnya meletakkan senjata namun ideologi komunis tidak pernah pada. Taktikalnya berubah namun racunnya tetap berbisa, bukan kepalang kesakitan yang dialami oleh para anggota keselamatan negara ini dalam tempoh lebih separuh abad ( 1948-1989).

Maestro komunisme ini telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok. Thailand adalah negara beliau bermukim akibat tak dibenarkan pulang ke Malaysia. Kematian Chin Peng diratapi oleh penyokongnya di negara ini. Malah ramai yang menuntut abu mayat Chin Peng alias Ong Boon Hwa dibawa balik ke Malaysia sebagai penghormatan, namun kerajaan BN akur dengan sensitiviti majoriti rakyat negara ini saat itu.

Jangan kita lupa, DAP antara yang bersungguh mahukan abu mayat petualang ini dibawa pulang ke Malaysia, mungkin kerana untuk merengkuh undi kaum Tiong Hua. Antara sosok penting DAP yang lantang menuntut abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ialah  Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr P Ramasamy. Buku tulisan Chin Peng yang terkenal juga dalam diam tersebar dikalangan rakyat negara ini, " My side Of History",  lagi menambah kekaguman kepada perjuangan  Chin Peng dan komrad PKM.

Hari ini adalah sangat  mengejutkan malah mendukacitakan ramai rakyat negara ini  apabila  isu Kampong Baru meledak dan kebodohan pemimpin Melayu PH berhujjah dalam isu ini di Parlimen. Isu ini juga dibangkitkan di DUN Selangor oleh DS Azmin Ali untuk mematikan ketidakjelasan sejarah kampong baru oleh politikus Selangor yang kelihatan bersungguh mahukan sokongan etnik Tiong Hua. Puluhan juta diberikan untuk memperelok prasana kampong baru dimana keseriusan pihak kerajaan Persekutuan untuk merengkuh sokongan politik dan usaha balas jasa PRU 15!. Walhal sejak zaman British lagi kampong baru Min Yuen ini dilayan  seperti anak emas , pelbagai kemudahan kepada mereka sedangkan kaum Bumiputera terpuruk di kampong - kampong tradisional Melayu.

Kerajaan BNPH yang didominasi oleh DAP  diminta bertangungjawab dalam isu ini, kalian sangat angkuh dan bebal sekali. Isu ini bagi penulis terkait juga dengan isu serahan gran tanah di Perak  untuk kampong baru yang diletakkan dalam janji pilihanraya. Kampong baru atau penempatan  MinYuen yang diusahakan oleh Sir Harold Briggs pada tahun 1950. Beliau adalah Pengarah Operasi menanggani ancaman komunis di Malaya , sebaik dilantik pada tahun 1950 ,usaha - usaha memisahkan PKM dan tentera rakyat atau Min Yuen ialah membina penempatan tersusun kepada kaum Tiong Hua sebanyak 500 buah kampong yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Lebih 500 000 penghuni kampong baru ini dan melibatkan 10 peratus penduduk Malaya ketika itu. Rakyat Malaysia wajib membuka mata akan  isu-isu reinkarnasi komunisme dinegara ini.  Jangan kita menjadi insan yang buta akan sejarah kezaliman komunis seperti watak- watak " Buang" yang semakin membiak dalam masyarakat Melayu PH hari ini. Isu apa lagi akan mengguris nurani kita selepas Bah Kut Teh dan isu perkampongan Min Yuen ( Kampong Baru) ini?

DrAbu Zahra 

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )

0 ulasan:

Catat Ulasan