Kes culik di Sarawak
Hari ni atok nak buat cerita mengenai kes jenayah yang di disiasat oleh F Team.
Sebelum 1990 F Team hanya melaksanakan operasi menentang dan membenteras kegiatan Komunis, tapi selepas negara bebas dari ancaman Komunis melalui Perjanjian Damai Hatyai Thailand pada 2 December 1989, tenaga dam kepakaran F Team di channel pula kepada menyelesaikan kes2 jenayah. Hari ni atok cerita F Team terlibat dengan kes Penculikan Budak Dari Keluarga Miskin Di Sibu.
Suatu ketika dulu atok pernah buat satu cerita mengenai kejayaan Cawangan Khas menyelesaikan satu kes rompakan bersenjata melibatkan penjenayah warga asing dan mangsanya seorang VVIP, seorang Pegawai pangkat tinggi PDRM...Ramai yang suka baca cerita tu, dan ramai yang buat komen...dalam banyak2 komen yang atok baca, ada seseorang telah secara sinis menulis, Polis mengambil tindakan kerana mangsanya seorang VVIP, kalau mangsa tu rakyat marhaen mungkin PDRM tak bertindak pun....kenyataan sebegini adalah kurang manis diucapkan. Adalah tidak benar Polis hanya menyiasat kes melibatkan VVIP, kalau rakyat marhaen kita diabaikan...
Sebenarnya Polis mengambil tindakan keatas semua kes...hanya kadang2 kita beri keutamaan kepada kes yang lebih mendesak atau yang ada implikasi kepada keselamatan sejagat.
Kes2 jenayah biasanya disiasat oleh pegawai penyiasat dari CID tempatan...mereka akan cuba melakukan yang terbaik. Namun Pegawai Penyiasat tempatan ada handicap mereka...mereka kekurangan tenaga, kekurangan logistik dan mereka kekurangan kepakaran untuk menyiasat kes2 yang rumit...
Lain dengan Cawangan Khas mereka ada team tertentu dengan kepakaran tersendiri untuk menyiasat, mereka punya pasukan dan logistik yang lengkap...pengalaman mereka juga amat luas, apatah lagi mereka pernah menyiasat kes2 rahsia dan deliket semasa memerangi Parti Komunis Malaya...Team penyiasat Cawangan Khas ini termasuk Tuan Kamaruddin Hashim @Kenny dan F Team, mereka adalah aset berharga yang pernah dimiliki oleh PDRM suatu ketika dulu...namun keadaan sekarang atok kurang pasti, atok dah bersara pun lebih 24 tahun dan tidak lagi mengikuti perkembangandalam PDRM....adalah diharap PDRM masih mengekalkan atau menambah baik pasukan penyiasat mereka dari semasa ke semasa sama saperti F Team atau lebih baik dan lebih cekap dari itu.
Berbalik kepada isu Polis menyiasat tak mengira bulu...atok akan paparkan satu lagi kes jenayah yang diambil berat oleh PDRM tanpa mengira mangsa itu kaya atau miskin. Malah dalam kes ini Kenny dan pasukannya telah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Sibu ,Sarawak semata2 untuk menyiasat kes penculikan seorang budak cina berumur 12 tahun yang ibu bapanya hanya tukang masak di sebuah kedai makan.
Ini cerita benar berkisar pada tahun 1991...ketika itu Pesuruhjaya Polis Sarawak ialah Dato Ghazali Yaakub. Beliau orang lama dalam SB dan beliau tahu sangat kemampuan Special Branch, beliau telah menghubungi Cawangan Khas Bukit Aman meminta bantuan menyelesaikan satu kes penculikan melibatkan seorang kanak2 perempuan berusia 12 tahun. Kanak2 itu dari keluarga miskin...Bapa dan emaknya hanya tukang masak di sebuah kedai makan di Sibu. Rumah pun rumah usang yang disediakan oleh majikannya tak berapa jauh dari tempat dia bekerja.
Suatu petang jam 7.00 kanak perempuan tersebut telah pulang ke rumah dari tempat emak ayahnya bekerja...itu perkara biasa yang dia lakukan apabila senja. Ketika emak dan ayah balik dari kerja mereka dapati anak perempuannya tiada di rumah. Mereka mencari di merata tempat tetapi tidak ditemui...mereka tidak melapor kepada Polis. Keesokan hari mereka terus mencari tidak juga bertemu...selama 3 hari mereka mencari masih tiada jawapan. Polis masih jugak tidak dihubungi...malah mereka pergi jumpa bomoh...bomoh Budha, bomoh Kristian untuk menilik...semua bomoh kata mengikut firasat mereka anak itu selamat dan masih hidup. Mereka masih tidak buat repot Polis...inilah akibatnya jika orang percaya sangat dengan bomoh dan kurang yakin dengan keupayaan Polis.
Hari ke4 mereka buat iklan dalam akhbar cina tempatan minta orang ramai tolong carikan anaknya.... dia tidak minta tolong kepada Polis dia minta tolong orang awam.
Beberapa hari kemudian mereka dapat satu nota mengatakan anaknya masih hidup...kalau nak dapatkan anaknya bayar rm5000. Seterusnya mereka berunding dengan kawan2 dan sedara mara....bukan dengan Polis. Kawan2 kata bayar rm1000 saja dulu dan minta bukti yang menunjukkan anaknya masih hidup. Lojik jugak bunyi nya...Bapa minta bukti pakaian yang dipakai oleh anaknya semasa dia hilang...
Duit rm1000 diletak di belakang sebuah kedai berhampiran stesen bas ...ke esokan hari duit itu telah diambil telah oleh seseorang, dan dia meninggalkan seluar pendek yang dipakai oleh anaknya, ada kesan darah diseluar itu.
Si bapa dihubungi lagi...kali ini penculik meminta wang tebusan rm50k. Ibu bapa jadi panik, mana nak cari rm50k. Barulah mereka buat laporan Polis...Polis Sibu buka kertas siasatan, pegawai penyiasat DSP Ambrose Chung dari Jenayah Berat Sarawak. Kes ditaklimatkan kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Ghazali Yaakub....dan beliau menghubungi Cawangan Khas Bukit Aman meminta bantuan.
Kamarudin Hashim @ Kenny
Kenny telah dipanggil mengadap oleh bosnya, ACP Rahmat dan beliau mengarahkan Kenny membawa pasukan penyiasatnya pergi ke Sibu untuk melakukan siasatan. Mereka pergi serta merta....
Kenny berjumpa Ambrose Chung dan mendapatkan taklimat darinya.. mereka juga secara diam2 pergi melawat tempat2 kejadian saperti kedai tempat ibu bapa bekerja, rumah mereka dan tempat si bapa meletak duit dan nota untuk diambil oleh penculik...selain dari itu Polis Sarawak belum ada apa2 perkembangan mengenai kes.
Kenny mulalah berurusan dengan keluarga mangsa secara sulit untuk memasang umpan bagi memerangkap penjenayah.....yang penting kerahsiaan mesti dijaga dan penjenayah mesti diyakinkan bahawa keluarga mangsa tidak buat repot Polis....
Dengan bimbingan Kenny, bapa mangsa menulis nota kepada penjenayah merayu supaya mereka tidak mengapa2kan anaknya, dia berjanji akan memenuhi permintaan penculik tapi dia mohon bayar sikit2 kerana dia orang susah tak ada duit. Dia akan bayar ansuran rm500 selang dua hari....penculik pun makan umpan dan bersetuju. Kenny mengaturkan tempat letak duit ditukar kepada satu tempat DLB di lorong sebelah pejabat pos...Kenny memang sengaja pilih tempat tu sebab mudah membuat pemerhatian. Kenny dan orang2 nya boleh memerhati dari tingkap bilik hotel yang berhampiran dan separuh anggotanya membuat pemerhatian dari bawah....kamera2 juga diletak di tempat2 strategik...
Sebenarnya Kenny dari awal lagi sudah mengagak bahawa mangsa colek sudah mati kena bunuh tetapi perkara itu tidak dinyatakan kepada keluarga mangsa mahu pun kepada pasukan penyiasat Sarawak...adalah lebih baik mereka tak tahu.
Kali pertama bapa mangsa letak duit rm500 ditempat baru itu, Kenny dapat melihat ia diambil oleh seorang lelaki naik motosikal umur lebih kurang 20 tahun kira2 jam 7.00 petang. Kenny membiarkan saja tanpa membuat tangkapan...pemuda itu dilihat terus balik ke rumah....kini rumahnya, motosikal nya telah di ketahui.
Dua hari kemudian, bapa mangsa letak lagi duit rm500, duit pun duit yang dibekalkan oleh Kenny...diambil lagi oleh pemuda yang sama, dan terus balik ke rumah juga. Kali ketiga letak duit, saspek telah pergi makan di sebuah kedai...dia duduk sorang diri. Lepas makan jam 9.00 malam dia pergi ke pusat hiburan...Kenny mengekori dari belakang dan masuk ke pusat hiburan itu, selamba tanpa disedari oleh sesiapa. Team Kenny dan D9 Sarawak ikut serta buat pemerhatian di dalam dan di luar pusat hiburan. Kelihatan saspek berada dalam kumpulan 4-5 kawan, muka mereka tak jelas sebab gelap.
Hampir tengah malam saspek keluar dari pusat hiburan bersendirian naik motosikal....Kenny mengarahkan team penyiasat dari D9 Sarawak membuat SPU (Secret Pick Up) dan bawa di sebuah kawasan hutan di jalan arah ke Kanowit, kemudian masuk ke lorong gelap dalam hutan...Interrogation dimulakan di sana. Situasi macam ni akan buat saspek lebih gerun...Pegawai D9 mulakan usaha..nyata saspek itu seorang yang degil tak mahu mengaku. Sampai sakit2 tangan Ambrose Chung bagi dia penampar, tak juga mahu bercakap....Kenny hilang sabar. Dia tarik telinga budak tu, letak pistol automatik jenis Llama dekat telinga dia...bam...terbentuk satu lubang kecil di cuping telinganya, serupa buat lubang tindik guna Llama...Berdengung2lah telinga agak kawan tu sebab pistol diletak betul dekat telinga...dan rasanya mestilah sakit...namun darah keluar sikit saja. Budak bertindik pun tak keluar darah kan.
Kenny beritau dia kalau dia masih tak mahu bercakap tembakan kedua akan dihala ke lubang telinganya pula. Kenny pegang telinga lagi sebelah dan halakan muncung ke lubang telinga...dia acah je tu, nak bagi budak tu takut , takkan nak tembak betul. Lantas burung pun dengan cepat bernyanyi... terbarai segala cerita....
Ceritanya begini....pada petang kejadian saspek bersama 4 orang rakan sedang makan di kedai tempat bapa mangsa berkerja....
Bersambung.....
Nukilan: Zahriman Alias
0 ulasan:
Catat Ulasan