Isnin, 4 Mac 2024

𝐀𝐅𝐅 𝐂𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐏

 𝐀𝐅𝐅 𝐂𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐏



Kejohanan AFF telah ditukar atau di rebrand dari AFF Mitsubishi Electric Cup, kepada ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024.

Kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024 yang ke 15 akan berlangsung dari 23 November hingga 21 December.

Sebanyak 10 pasukan akan bertanding di final round dengan dua pasukan ranking tercorot ASEAN akan bersaing di play-off terlebih dahulu untuk merebut satu slot ke final round.

Menggunakan nama ASEAN ganti AFF adalah lebih tepat kerana Australia walaupun anggota AFF secara rasminya namun mereka enggan join competition peringkat senior di AFF. Mereka hanya join apa sahaja kejohanan peringkat umur tapi tidak di senior. Maka, kejohanan ini tak sesuai guna nama AFF tanpa Australia tapi sesuai nama ASEAN kerana Australia bukan anggota ASEAN. 

Thailand merupakan pasukan yang memenangi paling banyak dengan 10 kali ke final dan juara 7 kali dari 14 edisi. Singapura pula ke final 4 kali dan menang kesemua final mereka. Vietnam masuk final 4 kali tapi menjuarainya hanya 2 kali sahaja.

Malaysia layak ke final sebanyak 4 kali namun setakat ini sejak 1996 hanya muncul juara sekali sahaja iaitu pada 2010 selepas kalahkan Indonesia. 

Indonesia pula merupakan salah satu gergasi bolasepak ASEAN yang tak pernah mengecapi peluang untuk memegang piala ASEAN ini walaupun telah berjaya ke final sebanyak 6 kali, iaitu lebih banyak dari Singapura, Vietnam dan Malaysia. Pertama kali Indonesia layak ke final pada 2000 dan tewas kepada Thailand. Kali terakhir mereka berjaya ke final Piala ASEAN pada 2020 juga lawan Thailand dan tewas juga.

Thailand jika ikut ranking terkini FIFA meruapakan pasukan no 1. ASEAN buat masa ini. Tapi ianya bukan sekadar pada papan ranking. Thailand membuktikannya di padang juga bahawa mereka sememangnya King of ASEAN football dengan menjuarai Piala ASEAN hampir 4 kali berturut-turut sejak 2014. 

Bermula dari 2007, Thailand layak ke final sebanyak 7 kali. Tetapi sejak edisi 2014 mereka berjaya jadi juara sebanyak 4 kali dari 5 edisi dengan menang beturut-turut pada 2014 & 2016, kemudian terlepas kepada Vietnam pada 2018 dan kembali jadi juara pada dua lagi edisi terakhir iaitu 2020 dan 2022.

Walaupun Thailand boleh dianggap Raja Bolasepak ASEAN namun mereka masih lagi jauh untuk menjadi wakil pertama ASEAN ke Piala Dunia. Di carta bolasepak Asia, Thailand hanya berkedudukan di  tangga ke 17 dan masih belum mampu menyertai kelompok 10 terbaik Asia, jauh sekali 6 terbaik Asia yang dikuasai oleh pasukan2 Asia Timur dan Asia Barat. 

Untuk menjadi antara pasukan pilihan ke Piala Dunia, secara psychologynya, sesebuah pasukan itu perlu secara konsistennya berada di kelompok 6 terbaik Asia dan sentiasa didalam 10 terbaik Asia untuk beberapa tahun atau at least 1 atau dua musim Piala Dunia. 

Vietnam walaupun pernah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia AFC dan pernah menjadi pasukan no 1 ASEAN tetapi kedudukan yoyo mereka menjadikan mereka semakin jauh dari layak ke Piala Dunia. 

Piala ASEAN kali ini adalah peluang bagi Malaysia untuk memenanginya buat kali kedua dan meletakkan Malaysia antara pencabar terkuat Thailand di ASEAN. Ini kerana Malaysia kini sedang berada di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan 2010 dulu. Tetapi, ia mestilah mendapat sokongan semua pihak terutama sekali kelab2 untuk melepaskan pemain dan tidak mengulangi peristiwa AFF 2022 lalu. Ini kerana Piala AFF atau Piala ASEAN ini dilangusngkan di luar kalender FIFA maka FAM terpaksa akur dengan kemahuan kelab yang tak mahu lepaskan pemain mereka. Memang itu hak kelab namun demi negara, kelab perlu melakukan pengorbanan. Risiko injury di ASEAN memang ada dan itu memang adat bersukan. Masa training pun boleh injured. 

Bagi edisi kali ni, harap kita dapat menurunkan barisan tebaik negara setidaknya semasa di peringkat semi final dan final. Kalau dulu Safiq Rahim mengetuai pasukan HM menjulang Piala AFF buat pertama kalinya di Jakarta, kali ini kita nak lihat Dion Cools mengetuai pemain2nya menjulang Piala ASEAN pula sambil Arif Aiman atau Fiazal Halim mencatat nama selaku penjaring terbanyak ASEAN. Tapi kalau sekali lagi hantar team Copy Ori Grade B, kita hanya mampu berhibur sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan