Helikopter Sewa Ala Madani?
Korang pernah dengar mana-mana negara yang sewa helikopter untuk kegunaan tentera mereka? Kerajaan Madani buat guys. Negara Nepal pun beli helikopter tentera mereka.
Cerita ni aku baca melalui hantaran Malaysia Military Review (MMR) kata kerajaan nak sewa helikopter untuk kegunaan beberapa agensi seperti TDM, TLDM, Bomba, APMM, PDRM dan Jabatan Perdana Menteri.
Pelik kan mikir? macam sewa pusing pusing pulau kat Langkawi tu ke? Kalau berlaku pe.rang nak kira macamana? Boleh ker guna?
Satu lagi kos yang dianggarkan untuk sewaaan selama 15 tahun adalah RM16.8 billion menurut MMR.
Aku buat semakan sedikit. Berdasarkan harga pasaran negara lain beli helikopter yang sama, jumlah yang sama, kos pembelian adalah RM3.954 billion.
Mungkin walanon akan berhujah, kalau sewa tak perlu penyelenggaraan. Takkanlah kos penyelenggaraan cecah RM12billion untuk 15 tahun? Gila lah....
Satu lagi pasal pemilihan Weststar sebagai pembekal helikopter ni. Korang mesti masih ingat kan masa PRU15 aritu siapa yang taja helikopter untuk PMX pi berkempen sana sini?
Jadi aku nak minta PMX jawab beberapa persoalan berkenaan pekarangan ini:
1. Benarkah apa yang ditulis Malaysia Military Review tentang sewaan helikopter?
2. Kenapa kaedah sewaan dipilih?
3. Kenapa kos sewaan RM16.8 billion sedangkan anggaran kos pembelian adalah RM3.954 billion sahaja?
4. Benarkah Weststar dipilih dan apa kaedah perolehan digunapakai?
Cukuplah setakat tu. PMX tu dahlah baru lepas kena grill dengan Mehdi Hassan sampai berasap kepala.
Aku grill lebih-lebih, dia sentap nanti. Karang mulalah Pahmi nak hantar radio car.
Salam Hormat,
0 ulasan:
Catat Ulasan