𝟯,𝟮𝟴𝟭 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 '𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀'
Suatu kejutan. Tatkala ramai menyangkakan bola sepak Kedah Darul Aman (𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝) di ambang ‘𝙢𝙖𝙪𝙩’ dalam dunia bola sepak tempatan, pasukan ini kekal mencipta magis tersendiri.
Jaringan tunggal daripada bintang Brazil, Cleylton dos Santos pada penghujung separuh masa pertama menggamatkan seketika suasana di Stadium Darul Aman (𝙎𝘿𝘼) untuk meletakkan mereka di hadapan Terengganu.
Namun, tidak ramai yang menyangka gol daripada pertahanan import itu sebenarnya memastikan nama Sang Kenari terus ‘𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥’ di saingan Liga Malaysia (𝙇𝙞𝙜𝙖 𝙈) ketika ini.
Jaringan tunggal pertahanan dari Brazil itu nyata memastikan Kedah berjaya meraih tiga mata yang dirindui dalam saingan Liga Super setelah kali terakhir mereka merasainya pada 12 Julai lalu.
Gelap tidak bermakna tiada sebarang titik cahaya akan tersirna, begitulah jua buat Kedah yang setelah sekian lama hanya berkisarkan perkara negatif, akhirnya mereka kembali meraih kejayaan.
Satu jaringan itu dipertahankan sebaik mungkin dalam setiap pemain sehingga ke wisel penamat biarpun mereka mendapat tentangan cukup sengit daripada Sang Penyu.
Sebut sahaja nama Ifwat, Cleylton, Sony Norde, termasuk Milos Gordic jelas masing-masing berusaha sehabis baik walaupun semua memiliki masalah tersendiri yang usah untuk disebut lagi.
Menang, tiga mata, serta tidak bolos, menjadi kombinasi yang dirindui para penyokong kepada Sang Kenari sejak sekian lama.
Buat kem Kedah sendiri, sudah tentu kesakitan mereka sebenarnya sedikit terubat akan keputusan positif itu selain sokongan padu diberikan penyokong yang berjumlah 3,281 semalam.
Penulis percaya, jumlah kehadiran itu menjadi titik perubahan besar untuk menarik kembali lebih ramai penyokong selepas ini ke stadium demi menolak Kedah dari lembah kehancuran.
Jika dilihat pada aksi semalam, setiap pemain tampil dengan aksi cukup bertenaga untuk membuktikan mereka masih ada dan sedia terus pertahankan nama pasukan tersebut.
Aksi seterusnya menyaksikan Kedah bakal beraksi di lokasi sama pada 25 Oktober untuk menerima tentangan PDRM pula dan sudah tentu kehadiran lebih ramai penyokong ditagih pasukan berkenaan.
Kami di Semuanya BOLA mengharapkan bukan sahaja keputusan positif kita dengar membabitkan Kedah di atas padang, tetapi isu dalaman mereka juga turut kedengaran demi memastikan Sang Kenari terus bernafas.
𝗔𝗿𝘁𝗸𝗲𝗹 : 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗢𝗟𝗔 - Afiq Rowley
.
0 ulasan:
Catat Ulasan