Ahad, 6 Oktober 2024

SOALJAWAB AGAMA:DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAK

 DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAK

SOALAN :

Adakah harus seorang Islam duduk pada satu majlis yang ada pada majlis itu minuman arak sekalipun dia tidak meminumnya?

JAWAPAN :

Hukum duduk semeja dengan orang yang minum arak adalah haram dan turut sama mendapat dosa sekalipun tidak minum arak yang dihidangkan kerana dia termasuk orang yang bersetuju dengan perkara maksiat.

Dan majlis yang dihidangkan arak atau diminum akan arak dinamakan majlis maksiat.

Diriwayatkan daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. katanya :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم يَقُولُ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلا يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ

Artinya : “Wahai sekelian manusia sungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan dia duduk pada majlis yang dihidangkan padanya akan arak.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Dan daripada Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَقْعُدْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ

Artinya : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan sekali-kali dia duduk pada hidangan yang diminum padanya akan arak.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Berkata Imam Al-Qurtubi :

قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ ﴿إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ﴾ فَدَلَّ بِهَذَا عَلَى وُجُوبِ اجْتِنَابِ أَصْحَابِ الْمَعَاصِي إِذَا ظَهَرَ مِنْهُمْ مُنْكَرٌ؛ لِأَنَّ مَنْ لَمْ يَجْتَنِبْهُمْ فَقَدْ رَضِيَ فِعْلَهُمْ، وَالرِّضَا بِالْكُفْرِ كُفْرٌ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: ﴿إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ﴾ فَكُلُّ مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسِ مَعْصِيَةٍ وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِمْ يَكُونُ مَعَهُمْ فِي الْوِزْرِ سَوَاءً، وَيَنْبَغِي أَنْ يُنْكِرَ عَلَيْهِمْ إِذَا تَكَلَّمُوا بِالْمَعْصِيَةِ وَعَمِلُوا بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَقْدِرْ عَلَى النَّكِيرِ عَلَيْهِمْ فَيَنْبَغِي أَنْ يَقُومَ عَنْهُمْ حَتَّى لَا يَكُونَ مِنْ أَهْلِ هَذِهِ الْآيَةِ

Artinya : “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ yang berarti “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka” menunjukkan atas wajib menjauhi ahli maksiat apabila terbit dari mereka perbuatan munkar. Dari kerana sungguhnya barangsiapa yang tidak menjauhi mereka itu maka dia dikira redha dengan perbuatan mereka. Redha dengan kekufuran itu adalah kekufuran.

Allah telah berfiman yang artinya “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka”. Maka sekelian mereka yang duduk pada majlis maksiat dan tidak mengingkarkan atas mereka jadilah dia serta mereka itu bersamaan pada dosanya. Wajiblah bahawa dia ingkarkan atas mereka itu apabila mereka berkata-kata dengan perkara dosa dan melakukan perbuatan dosa. Maka jika tidak mampu atas mengingkari atas mereka maka wajiblah dia berdiri meninggalkan mereka sehingga tidaklah dia termasuk dalam firman Allah tersebut.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)

Berkata Imam Al-Munawi :

وإن لم يشرب معهم؛ لأنه تقرير على المنكر

Artinya : “Dan sekalipun dia tidak minum bersama mereka kerana sungguhnya dia adalah termasuk membenarkan atas perkara mungkar.” (Faidhul Qadir)

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

0 ulasan:

Catat Ulasan